Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Thursday, April 2, 2009

Mencari Khusuk Dalam Solat

Solat merupakan salah satu rukun islam yang wajib dilaksanakan dalam apa jua keadaan sekali pun. Apa yang ditakuti apakah solat kita diterima atau sebaliknya. Takutnya pada peringatan "maka celakalah bagi mereka yang mendirikan solat, orang-orang solat mereka lalai
" فويل للمصلين ألذين عن صلاتهم ساهون
Justeru kebayakan ulamak membincangkan cara-cara untuk mendapatkan kekhusyukan ketika solat.

1) Wuduk yang sempurna

2) datang awal ke masjid bagi yang solat berjemaah dimasjid atau seumpamananya dan lakukan solat sunat qabliyyah terlebih dahulu. Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat MB Kelantan dalam kuliahnya ketika membincangkan kitab Ihya' Ulumuddin ( إحياء علوم الدين ) tujuan solat sunat untuk memujuk hati kita kepada solat dan meninggalkan perkara2 dunia.

3) Betul dan rapatkan sof dengan cara yang betul iaitu menyamakan tumit dengan orang sebelah kita.

4) Baca doa " رَبِّ أّعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِين وَأَعُوْذُ بِكَ رَبِّي أَن يَحْضُرُونَ" dan baca surah an-nas

5) Memahami setiap bacaan dalam solat terutama bagi kita orang ajnabi ( bukan arab ) Takbiratul-Ihram & Takbir Allah Maha Besar.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujin ya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,Rahmatilah daku,kayakan daku,angkatlah darjatku, rezekikan daku,berilah aku hidayah,sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau sela watkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Mudah-mudahan memberi manfaat kita semua.

No comments:

Post a Comment