Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Monday, August 24, 2009

Menu Buka Puasa Hari Ke 2

Ramadan kali ni kami 1 family nak cuba makan kuih2 tradisional dari kelate....hahaa....cuba teka kuih apa ini....kuih ini namanya Butir Nangka. Kebiasaan ianya bewarna hijau..kali ni kami buat moden sedikit dengan warna warni....alhamdulillah fisrt buat terus menjadi....

Si Hafizuddin dan Si Sofiyuddin suka sangat makan

Siap bersila gaya pendekar lagi tu....


Monday, August 17, 2009

Tanda-tanda Hati Mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya. 2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda. 3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya. 4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya. 5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya. 6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya. 7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya. 8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya. 9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri. 10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian�daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia) * Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah) * Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
*Zuhud dengan dunia * Zikrullah * Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

Saturday, August 15, 2009

Khutbah Jumaat 14/8/09

Islam DiTegak Penyakit DiSekat

السلام عليكمالحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalianFirman Allah dalam ayat 36 surah ar-Ruum :وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا ۖ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَMaksudnya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asaUjian dan bala yang datang daripada Allah kepada umat manusia adalah bertujuan untuk membezakan antara hamba Allah yang benar-benar bersyukur kepadaNya dengan mereka yang kufur. Ramai di kalangan umat manusia apabila dilimpahi dengan pelbagai nikmat dunia maka mereka lupa kepada Allah. Sebaliknya apabila diuji dengan hilangnya nikmat yang dikecapi selama ini barulah mereka ingat kepada Allah. Begitu ramai lagi umat yang tidak ingat kepada Allah ketika mendapat rezeki yang banyak dan meluahkan kemarahan kepada Allah apabila nikmat itu ditarik daripadanya. Ramai umat manusia yang berseronok bila memperolehi kemewahan yang melimpah tetapi mula keluh kesah apabila nikmat yang dikecapi selama ini dikurangkan oleh Allah. Amat kurang hamba Allah yang begitu rapat dengan Allah ketika dianugerahkan dengan nikmat yang melimpah dan semakin rapat kepadaNya bila diuji dengan bala ujian yang menguji keimanannya. Islam memuji umatnya yang bersyukur ketika senang dan bersabar ketika susah sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim :قال الرسول  : عَجَبًا ِلأَمْرِ المُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُMaksudnya: Begitu beruntung nasib orang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tiada habuan yang baik kecuali bagi orang yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka dia bersyukur maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa sesuatu kesusahan maka dia bersabar maka sabar itu baik baginya
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Hadid :مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌMaksudnya : Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.Kita mesti mengakui bahawa setiap bencana yang berlaku merupakan ujian Allah bagi menguji tahap keimanan umat manusia atau pun pembalasan daripada Allah bagi menimbulkan kesedaran dan pengajaran kepada umat manusia yang selama ini sering melakukan penderhakaan terhadap Allah disamping amaran bagi segelintir manusia yang merosakkan bumi Allah tanpa memikirkan keselamatan orang lain supaya segera menghentikannya. Dunia hari ini sibuk memperkatakan tentang penyakit selsema babi yang telah meragut banyak nyawa. Negara kita sendiri menyaksikan 56 orang mati akibat selsema babi sehingga Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menjangkakan jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk Malaysia dijangkiti virus ini maka angka kematian dianggarkan seramai 5 500 hingga 28 000 orang. Begitu juga larangan kerajaan Arab Saudi kepada umat Islam yang berumur 12 tahun ke bawah dan 65 tahun ke atas daripada menunaikan haji bagi mengelakkan jangkitan selsema babi menggambarkan dunia menjadi kalut akibat suatu musibah yang menimpa umat manusia. Malangnya umat manusia hanya takut kepada selsema babi sahaja tanpa rasa gerun kepada Allah Tuhan yang mencipta penyakit tersebut. Manusia terus angkuh menyatakan bahawa mereka akan mencari ubat bagi menyekat penyakit merebak ini tanpa rasa insaf di atas kelalaian dan penderhakaan mereka terhadap Allah. Manusia tanpa rasa sedar terus bongkak mahu melawan kuasa Allah dengan keadaan mereka yang serba lemah dan kurang. Manusia seolah-olah mahu menyembunyikan tentang kekuasaan dan kehebatan Allah yang mencipta dan menghantar penyakit merbahaya ini bagi menyedarkan umat manusia yang banyak melakukan kerosakan di atas muka bumi milik Allah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Firman Allah S.W.T dalam ayat 25 surah al-Anfal :وَاتَّقُواْ فِتْنَةً لاَّ تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمْ خَآصَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِMaksudnya : Dan takutlah kamu kepada siksaan yang tidak diturunkan khusus terhadap orang-orang yang zalim di antara kamu sahaja. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNyaSedarlah kita bahawa setiap musibah yang menimpa adalah ketentuan daripada Allah bagi menyedarkan kita semua. Musibah bila datang tidak mengenal siapa samada berilmu atau jahil, kaki maksiat atau ahli ibadat, manusia taat atau derhaka kepada Allah. Selsema babi ini membuka pemikiran manusia bagaimana hebatnya ajaran Islam bermula daripada pengharaman babi itu sendiri. Begitu juga dengan amalan membasuh tangan ketika berwudhu’ dan setiap kali makan yang merupakan antara cara pencegahan merebaknya selsema babi. Dulu ramai yang memandang sinis apabila melihat muslimat berpurdah menutup muka tetapi kini orang mula menutup muka dengan alat tertentu bagi mengelak jangkitan selsema babi. Serangan selsema babi memberi ruang yang luas kepada umat Islam sendiri dan golongan bukan Islam untuk mengkaji tentang betapa indah dan hebatnya ajaran Islam. Begitu juga dengan tunjuk ajar daripada Rasulullah s.a.w apabila berdepan dengan penyakit berjangkit atau merebak melalui beberapa hadis antaranya :فِرَّ مِنَ المَجْذُوْمِ فِِرَارَكَ ِمنَ الأَ سَدِ ( رواه البخاري )Larilah (jauhilah) mereka yang berpenyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singaلا َ يُورِدُ مُمَرَّضٌ عَلَى مُصَحٍّ ( رواه مسلم )Maksudnya : Janganlah orang yang sakit bercampur dengan mereka yang sihatإذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلَا تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ (رواه ابخاري ومسلم)Maksudnya : Apabila kamu mendengar terdapat wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula berada di sana, janganlah kamu keluar dari kawasan tersebut untuk melarikan diri.Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Ketika berdepan berdepan dengan musibah ini maka marilah kita sama-sama bermusabah diri agar kita tidak termasuk dalam golongan yang tidak mahu menerima hakikat bahawa ia datangnya daripada Allah. Kita tidak mempunyai kekuatan atau kekuatan untuk melawan Allah sebaliknya kita wajib tunduk patuh dengan segala arahan dan larangan Allah sepanjang masa dan tempat. Ingatlah bahawa antara sebab merebaknya penyakit berjangkit ini antaranya apa yang diberitahu oleh nabi….. لَمْ تَظْهَرِ الفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوْا ِبهَا إِلا فَشَا فِيْهِمُ الطَّاعُوْنُ وَالأوْجَاعُ الَّتِى لَمْ تَكُنْ مَضَتْ ِفى أَسْلافِهِمُ الَّذِيْنَ مَضُوْا ….. (رواه ابن ماجه )Maksudnya : ….Tidak bermaharajalela perbuatan buruk seperti zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan ditimpa penyakit Taun yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lainBegitu juga kita pada ini mula ditekan semula dengan kenaikan harga barang dan juga sikap tidak bertanggungjawab yang menyorok bekalan gula bertujuan untuk menaikkan harga bagi mengaut keuntungan berganda tanpa menaruh belas kasihan kepada rakyat yang menderita. Perkara ini turut dijelas dalam hadis yang sama….وَلَمْ يَنْقُصُوْا المِكْيَالَ وَالِمْيزَانَ إِلا أُخِذُوْا بِالسِّنِيْنَ وَشِدَّةِ المُؤْنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْMaksudnya : Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin merekaOleh itu tiada cara dan jalan yang terbaik dalam berdepan musibah berbentuk penyakit, kerosakan akhlak, jenayah yang meningkat, tekanan ekonomi dan sebagainya melainkan kita kembali melaksanakan tuntutan system Islam disamping tidak putus-putus untuk berdoa kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya sepanjang masa dan tempat. Islamlah nescaya kita selamat dunia dan akhiratFirman Allah daalam ayat 1-3 surah al-Mutoffifin :وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُواْ عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَMaksudnya : Kecelakaan ke atas mereka yang curang terhadap sukatan atau timbangan. Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan bagi pihak mereka maka mereka minta disempurnakan. Dan apabila menyukat atau menimbang bagi pihak orang lain lalu mereka menguranginyaبَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Dalam Khutbah ke 2 saya menyatakan masalah kewujudan rempit dijalan yang berhadapan dengan masjid al-hilal ini. Rempit berlaku sebelah petang. Harapanku semoga orang kampung celik mata betaga gejala ini akan serius jika tidak dibendung awal. Mudah-mudahan akan ada tindakan daripada mereka yang merasakan satu tanggungjawab samada pihak kampung,penghulu dan AJKnya, Polis dan seumpamanya.

Friday, August 14, 2009

Saat-saat Terakhir Ustaz Asri Rabbani

Saksikan detik-detik terakhir al-marhum Ustaz Asri Rabbani- Al-fatihah

video

Thursday, August 13, 2009

Ust Asri Rabbani Meninggal Dunia


Al-fatihah buat Ustaz Asri Rabbani

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Vokalis utama kumpulan Rabbani Mohamad Asri Ibrahim meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.
Lapuran lanjut akan menyusul

mudah-mudahan arwah ditempatkan dari kalangan orang yang bertaqwa....

Download Doa Tolak Bala / Wabak

Doa ini saya salin semula dari doa yang telah saya postingkan sebelum ini kerana bila diprint ternyata ianya tidak jelas dan terang.
Doa Tolak Bala/ Wabak
بسم الله الرحمن الرحيم

تَحَصَّنَا بِذِي اْلعِزَّةِ وَالْجَبَرُوتِ ، وَاعْتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الحَيِّ الَّذِي لاَ يَمُوتُ . اَللَّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذَا الوَباَءَ ، وَقِنَا شَرَّا الرَّدَى ، وَنَجَّنَا ِمنَ الطَّعْنِ وَالطَّاعُونَ وَالْبَلاَءِ ، بِلُطْفِكَ يَا لَطِيْفُ ، يَا خَبِيْرُ ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٍ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالمَيِن َ

Maksudnya :
Kami berlindung dengan Mu ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut kepada Mu Ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam yang ghaib dan kami bertawakkal kepada Mu ya Allah Tuhan yang hidup lagi tidak mati. Wahai tuhan kami jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami daripada segala penyakit berjangkit, taun dan bala bencana, dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkaulah ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad saw dan ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya. Segala pujian hanya bagi Mu ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam.

Amalkan juga ayat ini dari surah yasin ayat 58:
سَلاَمٌ قَوْلاً مِّن رَّبِّ رَّحِيمٍ
Cara pengamalan : lakukan setiap kali selepas solat, jangan dikira berapa jumlahnya dan setiap kali hendak keluar dari rumah, sila baca ayat ini. Mudah-mudahan Allah menjaga kita dari segala musibah dan bala.
Kalu nak Download dalam bentuk word pun boleh tapi kena ada perisian arab untuk baca tulisan jawi...sila rujuk ditepi colum untuk download perisian font arab/jawi

Monday, August 10, 2009

Doa Tolak Wabak Yang Menular

Sila print bagi yang memerlukan....untuk saiz lebih besar sila klik pada gambar..



Saturday, August 8, 2009

Doa waktu DiTimpa Musibah

إِنـَّا ِللَّـهِ وَإِنـَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّـهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Maksudnya : Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku)

SIBUK PASAL H1 N1 – LAHIR BABI BERKEPALA MANUSIA



Warga Minahasa Tenggara (Mitra), khususnya di Desa Watuliney, Kecamatan Belang, dihebohkan atas kelahiran anak babi yang memiliki wajah dan bagian kepala mirip manusia. Tak heran jika warga kemudian berbondong-bondong menyaksikan peristiwa langka tersebut Sabtu hingga Minggu (03/02) kemarin.
Babi ‘berkepala manusia’ itu sendiri dilahirkan induknya Pukul 22.00 Wita, Jumat (01/02). Keesokan paginya, seorang penjaga peternakan babi milik keluarga Joutje Pondaag-Tumboybela, dikagetkan saat melihat anak bayi yang dilahirkan tersebut.
Pasalnya, muka babi itu lebih menyerupai manusia.Babi mungil itu memiliki bulu putih dengan berat 1,5 kilogram. Kalau muka, hidung dan lidah babi itu mirip manusia, namun suaranya lebih mirip monyet. Lebih unik lagi anak babi berkelamin betina tersebut memiliki dahi layaknya dahi manusia serta memiliki pusar di atas kepalanya.



http://www.darulbayan.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=108&Itemid=32

Thursday, August 6, 2009

Tips Supaya Al-Quran Selalu Dibaca

Dalam kuliah ustaz Zahazan baru-baru ni ada menyatakan bagi orang awam, sehari paling kurang al-quran dibaca sebanyak 20 ayat. Lagi banyak lagi baik...ambik sebelah pagi sepuluh ayat dan sebelah petang/malam 10 ayat.

Tips supaya memudah/mengingatkan kita tentang kewajipan membaca quran ini sebagaimana yang saya dapat input hasil daripada kuliah al-fadhil Tuan Ibrahim b Tuan Man ialah al-quran diletakkan di atas rehal tempat yang selalu kita mendirikan solat....biarkan al-quran itu direhal....kalau disimpan dalam almari , alamatnya almarilah yang akan membacanya...kekadang sampai berabuk al-quran itu menandakan al-quran itu tidak dibaca.....sama-samalah kita lakukan mudah-mudahan mukjizat yang besar ini bukan hanya gah dari segi namanya sahaja lebih dari itu adanya insan-insan yang membacanya.

Wednesday, August 5, 2009

Gambar Kembar ku

Kepada sahabat2 dan pengunjung2........sedekahkan fatihah untuk kembar ana.....ana baru je terima petang tadi gambar ini dari abg ipar ana....hampir sebulan telah berlalu kembarku meninggalkan kami untuk selamanya....al-fatihah
sebak hatiku melihat gambar ini....namun apakan daya....setiap yang bernyawa pasti akan menemuinya...alfatihah







sesekali terniat juga dalam hati nak berjumpa dalam mimpi......tapi setakat ini tercapai lagi untuk bertemu dengannya...berbanding dengan arwah abg ku dan datuk ku.....mereka sudah kerap kali aku berjumpa...ya Allah...engkau maha kaya...hadirkan diri kembarku dalam mimpi ku......