Doa ini saya salin semula dari doa yang telah saya postingkan sebelum ini kerana bila diprint ternyata ianya tidak jelas dan terang.
Doa Tolak Bala/ Wabak
بسم الله الرحمن الرحيم
تَحَصَّنَا بِذِي اْلعِزَّةِ وَالْجَبَرُوتِ ، وَاعْتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الحَيِّ الَّذِي لاَ يَمُوتُ . اَللَّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذَا الوَباَءَ ، وَقِنَا شَرَّا الرَّدَى ، وَنَجَّنَا ِمنَ الطَّعْنِ وَالطَّاعُونَ وَالْبَلاَءِ ، بِلُطْفِكَ يَا لَطِيْفُ ، يَا خَبِيْرُ ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٍ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالمَيِن َ
Maksudnya :
Kami berlindung dengan Mu ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut kepada Mu Ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam yang ghaib dan kami bertawakkal kepada Mu ya Allah Tuhan yang hidup lagi tidak mati. Wahai tuhan kami jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami daripada segala penyakit berjangkit, taun dan bala bencana, dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkaulah ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad saw dan ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya. Segala pujian hanya bagi Mu ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam.
Amalkan juga ayat ini dari surah yasin ayat 58:
سَلاَمٌ قَوْلاً مِّن رَّبِّ رَّحِيمٍ
Cara pengamalan : lakukan setiap kali selepas solat, jangan dikira berapa jumlahnya dan setiap kali hendak keluar dari rumah, sila baca ayat ini. Mudah-mudahan Allah menjaga kita dari segala musibah dan bala.
Kalu nak Download dalam bentuk word pun boleh tapi kena ada perisian arab untuk baca tulisan jawi...sila rujuk ditepi colum untuk download perisian font arab/jawi
No comments:
Post a Comment