Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Monday, November 14, 2011

Download Sofeware

Perkongsian yang bermanfaat bagi yang minat Sofeware...boleh download kat sini..setakat ni banyak yg free...

http://filehippo.com/

Saturday, September 17, 2011

Perkongsian : Pesakit yg tak nak berubat.

( Permasalah dan cara rawatan sama je : Pesakit yg murung dan tak nak berubat/ pesakit yg sakit tapi tak nak berubat/ masalah lekaki main kayu 2/3 atau sebaliknya / masalah lari dari rumah / masalah laki nak tambah lain ( ini kena tengok kes dan punca )/ dam lain2....



saya copy dari reply emeil saya.2,3 hari lepas tengah bawa kereta pulang dari mengawas exam UPSR, dia call saya...masalah ini banyak berlaku..justeru jawapannya tak lari seumpama ini :



maaf terlambat balas mesj...bz sikit.....biasa kalau kes2 begini susah nak buat cz merawat org yg tak nak dirawat tak berkesan sebenarnya..maaf cakap biasa bila dirujuk dgn guru2 kami tunggu dia sakit dulu..masa ni baru dia teringat dan terdetik untuk berubat.

Pun begitu setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Tidak ada tempat yang selayaknya kita mengadu kecuali Allh swt.Banyakkan bersabar dengan ujian hidup. Lakukan solat sunat hajat yg berterusan.

Disini saya hanya dapat membantu dari segi pihak yg berhajat supaya melakukan solat hajat yg berterusan mengikut kaifiat yg pelbagai. Namun begitu boleh juga ikut kaifiat yg diberikan oleh guru saya.

Kaifiat 1 :

Sediakan pakaian pesakit ( dipakai atau diletak tempat sujud)

Rakaat 1 :

Bacaan Fatihah, ayat kursi 1x dan ikhlas 11x

Rakaat 2 :

Bacaan Fatihah, ayat kursi 1x dan ikhlas 11x

Selepas salam :

Baca ayat 1000 dinar 40x.selepas itu berdoakan mengikut hajat masing2.Lakukanlah solat hajat ini berterusan tanpa jemu dan putus asa.Mudahan2 dengan kesabaran itu Allah perkenankan permohonan hambanya.



Kaifiat ke 2 :

Solat hajat bebas yg biasa kita sendiri lakukan dari segi bacaannya.

Cuma selepas salam bacakan ayat 1-5 dari surah toha dengan diulangi 5x.

Caranya : Tangan kanan digenggam dengan niat(qosad) digenggam hatinya supaya menyedarkan dirinya agar kembali ke fitrah semula jadi.

Lakukanlah solat hajat ini berterusan tanpa jemu dan putus asa.Mudahan2 dengan kesabaran itu Allah perkenankan permohonan hambanya.



Yang lebih afdal melakukannya ialah orang yg berhajat kerana sudah pasti dia lebih mengahayati dan memahami situasi.Masa inilah masa yg sesuai untuk kita memohon hajat dan mengadu segala masalah yg kita hadapi. Sesungguh Allah Maha melihat hati2 hambanya dan Allah adalah tidak buta kepada hati2 hambanya. Maaf cakap kekadang pesakit ni dia minta ustaz2 yg lakukan solat hajat untuk dia tetapi dia sendiri tidak melakukannya.



Sekiranya pesakit tersebut makan atau minum dirumah, bacakan ayat2 quran pada beras( sambil baca tangan diletak pd beras danl pusing beras mengikut lawan jam) air ditiup.

Ayat2 nya :

Al-Fatihah, ayat kursi, yasin ayat 1-9, alam nasyrah, alam tarakaifafa ala, li ilafiquraisy, izaja anasrullah, dan 3 qul.

kemuadian Surah Toha ayat 1-5 ( 5 x ) niatkan dilembutkan hati, sedarkan diri, kembali pada asal dan niat sendirilah..

Surah Yusuf ayat 4-5 ( kasih sayang )



Peringatan : Pesan guru saya, sebelum melakukan solat sunat hajat, lakukan paling kurang 2 rakaat solat sunat taubat. Ye!! Kerana kita bernama manusia, tidak terlepas dari melakukan kesilapan dosa samada sengaja mahupun tidak, Justeru takutt2 dosa yg kita lakukan itu terhalang dari Mustajabnya doa kita.

Friday, August 26, 2011

Membekal Air Berkarbonat Shoffee

Assalamualaikum wrt............

Kepada pengunjung-pengunjung budiman..buat masa ini saya ada membekalkan Air Berkarbonat Jenama Shoffe, produk Muslim 100%.

Sempena Hari Lebaran yang bakal tiba, sajikan tetamu istimewa hari raya anda dengan minuman berkarbonat keluaran Shoffee ( suci ).

Terdapat 7 jenis perisa : Cola, Anggur, Strwabery, Oren, Mangga, Soda, Sarsi ( habis stock )


Saiz botol 1.25L dengan harga RM 2.30 sebotol
Saiz botol 330ML dengan harga RM 1.30 sebotol

Untuk :
10 L bergas : RM 22.00
10 L tidak bergas : 20.00
( tidak termasuk tong, harga tong RM10,
tong boleh dikembalikan dan RM10 akan dikembalikan semula )

Untuk Refill :
10 L bergas : RM 17.00
10 L tidak bergas : RM 15.00
1.25 L : RM 2.00


Boleh juga dengan belian :




1 kotak X 12 botol X 1.25L : RM 27.00


1 kotak X 24 botol X 33ML : RM 26.00

Dengan belian kuantiti yang banyak insya allah ada diskaunnya. Sama-samalah kita mencari yang halal, gunakan tanpa was-was.




Berminat sila buat order terlebih dahulu untuk memastikan stock sentiasa ada.

Last order untuk sambutan Aidil Fitri 28 ogos 2011 sebelum jam 10 pg.


Wednesday, August 3, 2011

Panduan & Keutamaan Solat Tahajjud

Panduan & Keutamaan Solat Tahajjud


Solat Tahajjud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tengah malam sesudah bangun tidur. Jadi, kalau mau mengerjakan solat Tahajjud, harus tidur dahulu, kerana erti Tahajjud adalah bangun pada malam hari. Solat sunat tahajjud dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya tidak terbatas, dilaksanakan dengan munfarid (tanpa berjamaah). Waktu untuk melaksanakan solat Tahajjud (Shalatul Lail) ditetapkan sejak waktu Isya’ hingga waktu subuh (sepanjang malam). Afdhalnya shalat Tahajjud dilakukan pada sepertiga malam yang akhir iaitu kira-kira mulai jam 1.00 malam sampai menjelang masuk waktu shubuh.


Waktu-waktu Yang Utama
1. Utama : 1/3 malam pertama ( Ba’da Isya – 9 mlm-12.00 t/mlm ) 2. Lebih utama : 1/3 malam kedua ( pukul 12.00 t/mlm – 3 pagi ) 3. Paling utama : 1/3 malam terakhir ( pukul 3 pagi – Subuh ) *anggaran waktu di Kuala Lumpur, dan boleh berubah sedikit mengikut waktu solat semasa.


Lafaz Niat Solat Tahajjud
اُصَلّ سُنّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لله تَعَا لى
Ushallisunnatat-tahajjudi rak’ataini lillahi ta’aalaa
(Saya niat shalat sunnat tahajjud dua raka’at karena Allah Ta’ala)
CARA MELAKSANAKAN SOLAT TAHAJJUD
Niat shalat Tahajjud di dalam hati berbarengan dengan Takbiratul Ihram. “Aku niat solat sunah Tahajjud dua rakaat karena Allah”
1. Membaca doa Iftitah
2. Membaca surat al-Fatihah
3. Membaca salah satu surat di dalam a-Quran.
4. Ruku’ sambil membaca Tasbih tiga kali
5. I’tidal sambil membaca bacaannya
6. Sujud pertama sambil membaca Tasbih tiga kali
7. Duduk antara dua sujud sambil membaca bacaannya
8. Sujud yang kedua sambil membaca Tasbih tiga kali.
9. Setelah selesai rakaat pertama, lakukan rokaat kedua sebagaimana cara diatas, kemudian Tasyahhud akhir setelah selesai maka membaca salam dua kali dan rakaat-rakaat selanjutnya sama dilakukan seperti contoh diatas.
10. Setelah selesai shalat Tahajjud bacalah zikir yang mudah (Allah-Allah-Allah) terutama perbanyak Istigfar (mohon ampun), adakan dialog bathin dengan Allah sampaikan semua unek-unek yang ada dalam hati lalu ditutup dengan doa

Doa sesudah mengerjakan sunnat Tahajjud:
اَللّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ اَنْتَ قَيّمُ السَّموَاتِ والْارْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّموَاتِ وَالاَرْضِى وَمَنْ فِيْهِنَّ. َولَكَ الْحَمْدُ اَنْتَ نُوْرُالسّموَاتِ والاَرْضِ.َولَكَ الْحَمْدُ اَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّّ والْجَنَّةُ حَقٌّ والنَّارُ حَقٌّ والنَّبِيُّوْنَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ. اَللّهُمَّ لَكََ اَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَلْتُ وَ اِلَيْكَ اَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَاِلَيْكَ حََكَمْتُ فَاغْفِرْلِى. مَاقَدَّمْتُ وَمَااَخَّرْتُ وَمَا اَسْرَرْتُ وَمَااَعْلَنْتُ اَنْتَ الْمُقَدّمُ وَاَنْتَ الْمؤَخّرُلآ الهَ اِلاَّ اَنْتَ وَلآ اِله غَيْرُكَ ولاَ حَوْلَ ولاَ قُوّةَ اِلاَّ بِاللّهِ
Allahumma lakalhamdu annta qayyimussamaawaati wal’ardhi wa manfiihinna wa lakalhamdu annta nuurussamaawaati wal’ardhi, wa lakalhamdu anntalhaqq wa wa’dukalhaqq, wa liqaa’uka haqq, wa qauluka haqq, waljannatu haqq, wannaaru haqq, wannabiyuuna haqq, wa muhammadun shallallaahu ‘alaihi wa sallam haqq, wassaa’atu haqq. Allaahumma laka aslamtu wa bika aamanntu wa ‘alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wa bika khaashamtu wa ilaika haakamtu faghfirlii maa qaddamtu wa maa akhkhartu wa maa asrartu wa maa a’lantu, anntalmuqaddimu wa anntalmu’akhkhiru laa ilaaha illaa annta wa laa ilaaha ghairuka wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.
Ertinya:
Ya Tuhan kami, karuniakanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan selamatkanlah kami dari siksa neraka. Ya Allah, bagi-Mu puja dan puji. Engkau-lah penguasa langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalam keduanya. Dan bagi-Mu pula puja dan puji, pancaran cahaya langit dan bumi. Bagi-Mu-lah puja dan puji itu, karena hanya Engkau-lah Yang Maha Besar, janji-Mu benar dan pertemuan dengan-Mu-pun benar pula. Firman-Mu benar dan surga-Mu-pun benar. Neraka benar dan para Nabi juga benar serta Nabi Muhammad saw juga benar dan hari kiamat itu benar. Ya Allah, kepada-Mu aku berserah diri dan dengan-Mu aku percaya. Kepada-Mu aku bertawakkal dan kepada-Mu aku akan kembali serta dengan-Mu aku rindu dan kepada-Mu aku berhukum. Ampunillah dosa-dosaku apa yang telah aku lakukan sebelumnya maupun yang terdahulu atau yang kemudian, yang kusembunyikan dan yang kunyatakan dengan terang-terangan. Engkau-lah tuhan yang terdahulu dan yang kemudian. Tiada Tuhan selain Engkau, tak ada daya dan upaya melainkan dengan-Mu ya Allah. (HR. Bukhari-Muslim)
Kemudian membaca istighfar (mohon ampun):
Astaghfirullaahal’azhiim alladzii laa ilaaha illaa huwalhayyulqayyuumu wa atuubu ilaih. Allaahumma annta rabbi laa ilaaha illaa annta, khalaqtanii wa ana ‘abduka wa ana ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatha’tu a’uudzubika minsyarri maa shana’tu abuu’u laka bini’matika ‘alyya wa abuu’u bidzambii, faghfirlii fa’innahu laa yaghfirudzdzunuuba illaa annta.
Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanatawwafil’aakhirati hasanatawwaqinaa ‘adzaabannaar.
Artinya:
Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada tuhan selain DIA sendiri. Yang Maha Hidup dan Yang Berdiri sendiri-Nya, serta aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu, dan aku pun dalam ketentuan-Mu dan dalam janji-Mu, sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari sejahat-jahat kelakuan. Aku mengakui kenikmatan yang kau limpahkan kepadaku dan aku mengakui pula akan dosa-dosa-ku. Maka ampunilah aku, karena tak ada yang dapat menerima taubat atas dosa-dosa-ku selain Engkau sendiri.
Atau doa berikut:
Ya Allah, sungguh aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak berguna, hati yang tidak khusyuk, do’a yang tidak didengar, nafsu yang tidak merasa puas, dari kelaparan yang merupakan seburuk buruk teman tidur, dari pengkhianatan yang merupakan seburuk buruk pengiring, dari kemalasan, kekikiran, dan lemah hati, dari kepikunan, dari kembalinya umur yang hina, dari fitnah Dajjal dan adzab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hati yang sering berdo’a, tawadhu, dan bertobat di jalanMu, Ya Allah, aku memohon kepadaMu keteguhan ampunanMu, hal hal yang mendatangkan keselamatan dari azabMu, keselamatan dari setiap dosa, keberuntungan dari setiap kebaikan, kemenangan dengan mendapatkan surga, dan keselamatan dari neraka (Hadits Riwayat Al-Hakim).
Jika ingin tidur kembali, bacalah Ayat Qursyi, Al-Ikhlash, Al-Falaq, An-nas. Insya Allah.


Keutamaan Solat Tahajjud
1. Akan dipelihara oleh Allah SWT dari segala macam bencana.
2. Tanda ketaatannya akan tampak kelihatan dimukanya.
3. Akan dicintai para hamba Allah yang shaleh dan dicintai oleh semua manusia.
4. Lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandung hikmah.
5. Akan dijadikan orang bijaksana, yakni diberi pemahaman dalam agama.
Bagaimana Untuk Mudah Solat tahajjud?

Solat malam termasuk ibadah yang berat, karena di saat kita terlelap dan masih mengantuk maka kita harus bangun untuk solat. Berikut beberapa sebab agar kita dimudahkan untuk melaksanakan shalat malam.

1. Berusaha untuk tidur di awal malam dan menjauhkan diri dari begadang. Rasulullah membenci tidur sebelum Solat Isyaa dan berbicara sesudah Solat Isya'.
2. Ketika akan tidur, perhatikan adab-adab tidur, misalnya membaca doa sebelum tidur, membaca ayat kursi, membaca dua ayat terakhir dari surat Al Baqarah, membaca Surat Al Kaafirun, dll.
3. Tidur sebentar di siang hari
4. Meninggalkan kemaksiatan, dosa dan perbuatan bid’ah
5. Berkeinginan kuat untuk shalat malam
6. Memasang jam loceng (alarm clock). Boleh juga dengan saling membangunkan isteri, suami, dan keluarga. Bahkan boleh dengan saling membangunkan tetangga atau teman dengan menelefon melalui handphone-nya. Saling berta’awun.
Kutipan Hadis & Quran Tentang Solat Tahajjud

Solat malam itu adalah dua rakaat, dua rakaat apabila khawatir akan masuk waktu shubuh maka berwitirlah satu rakaat saja. ( HR.Bukhari-Muslim ).

Pada malam hari, hendaklah engkau solat Tahajud sebagai tambahan bagi engkau. Mudah-mudahan Tuhan mengangkat engkau ketempat yang terpuji. (QS : Al-Isra’ : 79)
Seutama-utama solat sesudah shalat fardhu ialah shalat sunnat di waktu malam. (HR. Muslim)

Menurut keterangan yang sahih, saat ijabah (dikabulkannya do’a) itu adalah 1/3 malam yang terakhir. Abu Muslim bertanya kepada sahabat Abu Dzar : “ Diwaktu manakah yang lebih utama kita mengerjakan sholat malam?” Sahabat Abu Dzar menjawab : “Aku telah bertanya kepada Rosulullah SAW sebagaimana engkau tanyakan kepadaku ini.” Rosulullah SAW bersabda : “Perut malam yang masih tinggal adalah 1/3 yang akhir. Sayangnya sedikit sekali orang yang melaksanakannya.” (HR Ahmad)
Bersabda Rosulullah SAW : Sesungguhnya pada waktu malam ada satu saat ( waktu. ). Seandainya seorang Muslim meminta suatu kebaikan didunia maupun diakhirat kepada Allah SWT, niscaya Allah SWT akan memberinya. Dan itu berlaku setiap malam. ( HR Muslim )

Bersabda Nabi SAW : Jika suami membangunkan istrinya untuk shalat malam hingga keduanya shalat dua raka’at, maka tercatat keduanya dalam golongan (perempuan/laki-laki) yang selalu berdzikir.”(HR Abu Daud)

Berkata Imam Ibnul Qayyim, Sesungguhnya shalat malam itu dapat memberikan sinar yang tampak di wajah dan membaguskannya Ada sebagian istri yang memperbanyak pelaksanaan shalat malam. Ketika ditanyakan kepada mereka mengenai hal tersebut, mereka menjawab, Shalat malam itu dapat membaguskan wajah dan kami senang jika wajah kami menjadi lebih bagus.Demikian yang dituliskan oleh Mahmud Mahdi Al-Istanbuli di bukunya Kado Perkawinan halaman 312 ketika mengutip perkataan Ibnul Qayyim di buku Raudha Ath-Thalibin.

Hendaklah kalian melaksanakan shalat malam karena shalat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang shaleh sebelum kalian, ibadah yang mendekatkan diri kepada Tuhan kalian, serta penutup kesalahan dan penghapus dosa. (HR. Tirmidzi no. 3549, Al Hakim I/380, Baihaqi II/502. Dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam Irwaa Al Ghalil II/199/no. 452).

Jibril berkata, Hai Muhammad, kemuliaan orang beriman ada dengan solat malam. Dan kegagahan orang beriman adalah sikap mandiri dari bantuan orang lain. (Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah no. 831).

Allah turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga malam terakhir. Allah lalu berfirman, Siapa yang berdoa kepada-Ku niscaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepada-Ku niscaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepada-Ku tentu Aku ampuni.Demikianlah keadaannya hingga fajar terbit. (HR. Bukhari no. 145 dan Muslim no. 758).

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” (Surah az-Zariat ayat 15-18).


Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2011/04/panduan-keutamaan-shalat-tahajjud.html#ixzz1TvHdPoOS


Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2011/04/panduan-keutamaan-shalat-tahajjud.html#ixzz1TvHIi1mZ

Monday, July 25, 2011

Pengurusan Jenazah Nor Fasihatus Solihah










Tepat jam 4.45 aku dipanggil masuk ke bilik bersalin. Dibalik tirai pabila sesampai sahaja aku sudah ternampak ketulan bewarna merah keluar dan terampai2 dikatil hospital likas. Ternyata kandungan pertama dari isteriku telah pun keluar dan aku yakin itu adalah yg telah pun meninggal. Perasaan cemas ada sebab bila ditanya isteri ada ke tidak rasa gerak2 bayi, mungkin kerana terlalu sakit justeru jawapannya tidak. Nurse yang sedang melakukan tugasnya cuba melakukan permeriksaan kepala bayi seorang lagi sudah hampir mahu keluar, lalu sekejap itu juga air ketuban dan baby keluar seketul..alhamdulillah Allah Maha Adil & Penyanyang. Baby perempuan selamat tepat jam 4.50pg. Syukur pada Mu ya Allah atas nikmat pemberian ini. Kami meminta jasa baik doktor untuk melihat jenazah sorang lagi..dibuka dibalik lipatan ketulan darah lalu aku mula ternampak jari kaki dan seterusnya anggota2 lain. Rupanya2 jantina yang sama. Sebelum keluar alhamdulillah sempat azan & iqamah untuk yang masih hidup.

Jam 10pg isteriku menghubungi aku jenazah sudah boleh dituntut. Jam 11 aku sampai.Alhamdullillah pengurusan begitu cepat dengan dibantu oleh kawan2. Terima kasih semua. Selepas jumaat jumpa pengulu dan penggali kubur. Pengusan jenazah mandi dan solat sunat Jenazah selasai, terus ke kubur untuk proses pengkebumian. Alhamdulillah sekitar jam 3 lebih sikit semuanya selesai.

Sunday, June 19, 2011

Produa Myvi Manual 1.3





assalamualaikum...
myvi manual 1.3 tahun 2006 but regester 2007 untuk dijual murah2 cz trade in
dgn exora..kereta masih elok cz jrg pakai..meter hampir 40 ribu..harga RM 33K
boleh runding lg..berminat hubungi saya

Tuesday, June 7, 2011

Amalan bulan Rejab

‎1. Istighfar Rajab (70x siang & 70x malam) ; أللهم اغفرلي وارحمني وتب علي وانت خيرالراحمين.
‎2. Tasbih Rajab (100x tiap selepas maghrib) ;
Pada malam 1 – malam 10 Rajab, سبحان الله الحي القيوم.
Pada malam 11 – malam 20 Rajab, سبحان الأحد الصمد.
Pada malam 21 – malam 30 Rajab, سبحان الله الرءوف
‎3. Banyakkan berpuasa sunat di bulan ini (terutama 1,2,3 Rajab & sunat Isnin Khamis. Ada sesetengahnya yang berpuasa sunat penuh sebulan Rajab & disambung sunat penuh Sya’aban kecuali hari syak-penghujung Sya’aban).
‎‎4. Bagi yang berniat mengkhatamkan al-Quran eloklah bermula dari bulan ini. Jika sebulan ini sudah sekali khatam, bulan Sya’aban sekali khatam & bulan Ramadhan sekali khatam, kita sudah mengkhatamkan 3 kali berturut-turut. Alhamdulillah. Jika tidak berkemampuan ; lakukanlah disiplin bacaan 10 juz pada bulan Rajab ini, 10 juz lagi pada bulan Sya’aban nanti dan 10 juz lagi pada bulan Ramadhan. InsyaAllah.
Bagi yang tak mampu nak lakukan, tak berminat nak lakukan, memang malas nak buat, diamkanlah saja tanpa sibuk menghukum bid’ah dholalah, munkar dan sebagainya. Biarlah orang yang rajin beribadah & seronok dengan zikr terus melakukannya. wAllahu a’lam wa ahkam wa musta’an, wa bittaufiq.
5.Doa Awal Rejab
اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
(Allahumma baarik lanaa fii rojabin wa sya'baana wa ballighnaa romadhoona)
Maksudnya : Wahai Allah! Berkatilah kami di dalam bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan

Thursday, April 21, 2011

Wednesday, April 6, 2011

Kursus Rintis B.Arab Tahun 3

28mac - 31 mac tiba2 dapat surat ke Beach resort Negeri 9 untuk Bahasa Arab Rintis Tahun 3.


Gambar bersama dengan Ustaz Muhammad abg kepada ustaz hasdi di Keningau. Tak sangka pula tiba2 dapat kenal dengan abang ustaz hasdi



Selepas habis kursus ni, terus transit sekejap 2 hari kat perak jumpa mak & mertua & family kat Perak.

Sunday, March 6, 2011

PDF Feqh Sunnah

jilid 1:
http://www.mediafire.com/?szmtmnhryt2


Jilid 2:
http://www.mediafire.com/?sm9obxdnwih

Jilid 3:
http://www.mediafire.com/?ystttmpwj01

Download ceramah Dr Zulkifli Al-Bakri

Download ceramah Dr Zulkifli Al-Bakri

http://www.4shared.com/dir/9xKuUlj7/Dr_Zulkifli_Al-Bakri.html

Wednesday, February 23, 2011

MP3 Tilawah SK Sri Gaya

Khusus buat Mohd Khairul Farhan b Baharudin
sila download mp3 dari surah al-baqarah ayat 63

http://www.ziddu.com/download/13924524/al-baqarah63.mp3.html

Khusus buat Nur Nabilah b Baharudin/ Farah Nur Izzah bt Seman
sila download mp3 dari surah al-Furqan ayat 61

http://www.ziddu.com/download/13924525/al-furqan61.mp3.html

harap2 dapat hafaz...

Tuesday, February 22, 2011

BAB SEMBAHYANG DENGAN MENGADAKAN SUTRAH ( Benteng ) DI HADAPAN

KITAB BAHRUL MADZI: BAB SEMBAHYANG DENGAN MENGADAKAN SUTRAH (Adangan) DI HADAPAN.

Ketahuilah kiranya saudaraku, Syara’ menyuruh sesiapa yang hendak bersembahyang di tempat yang mungkin dilalui orang (baik dalam masjid atau di luarnya) agar mengadakan sutrah atau sesuatu adangan atau sekatan di hadapan berdasarkan Hadith Turmudzi:

Sumber Talhah katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang kamu meletakkan di hadapannya (sutrah) seperti hujung pelana unta, maka hendaklah dia bersembahyang;dan janganlah dia perduli sesiapa yang melalui di belakang pelana itu.”
Kata Abu Isa At-Turmudzi: Dalam bab ini terdapat Iagi Hadith surnber Abu Hurairah, Sahl B.Abi Hathmah, Ibnu ‘Umar, Sibrah B. Ma’bad, Abu Juhaifah dan Aa’isyah. Imam Muslim mengeluarkannya dalam kitab Shahiihnya.

Masalah: Hukum sutrah di hadapan orang yang sembahyang.
Kata Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim: Berdasarkan Hadith ini menunjukkan sunat meletakkan sutrah di hadapan seseorang yang bersembahyang; sekurang-kurangnya setinggi hujung pelana unta, iaitu dua pertiga hasta.

Masalah: Bahan-bahan sutrah.
Kata Imam An-Nawawi: Berupa sesuatu yang dapat didiri atau diletakkan di hadapan seseorang yang bersembahyang seperti tongkat, kayu, kumpulan batu atau tanah (jika sembahyang di atas tanah atau pasir —P), atau barangan;(jika tiada) boleh juga tikar atau hamparan sembahyang; pun juga digariskan satu garisan (sebagai langkah terakhir).

Masalah: Apakah guna sutrah?
Kata Imam An-Nawawi: Guna sutrah ialah untuk menghalangi pemandangan mata orang yang bersembahyang agar selalu di tempat sujud dan untuk menghalangi orang dan melintas di hadapan sutrah yang dapat mengganggu kekhusyukan sembahyang.

Masalah: Apakah hukum garisan sutrah?
Kata Imam An-Nawawi: Berdasarkan Hadith di atas, Al-Qaadhi ‘Iyaadh menolak garisan sebagai sutrah. Manakala Imam Ahmad b. Hanbal menerimanya; sedang dia adalah lemah. Menurut Al-Qaadhi ‘Iyaadh bahawa Imam Malik juga menolak garisan sebagai sutrah.

Masalah: Bagaimana bentuk garisan sutrah?
Kata Imam An-Nawawi: Para ‘ulamaa’ mempunyai berbagai pendapat: garisan melengkung sebagai mihrab, lurus ke kiblat, dan garisan dari kanan ke kiri.

Masalah: Adakah sutrah imam terpakai serentak sebagai sutrah ma’mum?
Ya saudaraku, kata Abu Isa At-Turmudzi: Ilmuwan mengira ma’mum tidak perlu lagi membuat sutrah masing-masing bila imam telah membuat suatu sutrah di hadapannya.

KITAB BAHRUL: BAB LINTASAN TANPA SUTRAH TIDAK MEMBATALKAN SEMBAHYANG KECUALI LINTASAN ANJING,KELEDAI DAN

Ketahuilah kiranya saudaraku, para ulamaa’ Mujtahidin tidak sekata mengenai terbatalnya
sembahyang; tetapi Hadith Turmudzi mengiranya terbatal:

Sumber ‘Abdullah B. Ash-Shaamit katanya : “Saya telah mendengar Abu Dzarr berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seorang lelaki bersembahyang dan tiada di hadapannya seperti hujung pelana unta atau seperti kayu tengah pelana unta (sutrah), sembahyangnya diputuskan oleh anjing hitam (syaitan), perempuan dan keledai.”
Kata Abu Isa At-Turmudzi: Sumber-sumber lain ialah daripada Abu Sa’iid, Al-Hakam Al-Ghifaari, Abu Hurairah dan Anas B.Maalik. Imam Muslim mengeluarkannya di dalam Shahiihnya.

Masalah: Adakah anjing dan perempuan yang melintas tanpa sutrah membatalkan sembahyang?
Kata Abu Isa At-Turmudzi: Sebahagian Ilmuwan mengira terbatal sembahyang yang dilintasi keledai, wanita dan anjing hitam. Manakala Imam An-Nawawi pula berkata: Terdapat berbagai pendapat para ‘ulamaa’: Jumhuur Al‘Ulamaa’ kalangan Salaf(Awal) dan Khalaf(Kemudian), Imam Abu Hanifi, Imam Maliki dan Imam Syafi’i mengatakan tiada batal sebab dilintasi oleh tiga jenis tadi. Manakala Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan terbatal bila dilintasi anjing hitam; tetapi beliau tidak pasti tentang terbatal sebab dua jenis lagi. Di kala Nabi s.a.w. sedang sembahyang, didapati ‘Aa’isyah sedang tidur di hadapannya di arah kiblat; sedangkan Nabi meneruskan sembahyangnya.

Masalah: Ta’wilan tiada terbatal sembahyang tanpa sutrah yang dilintasi keledai, wanita dan anjing hitam.
Kata Imam An-Nawawi: Mereka mengatakan sembahyangnya itu tidaklah terbatal; cuma terkurang pahalanya disebabkan hati terlalai sebabnya; manakala ada pula yang mengirakan Hadith berkenaan telah dinasakh dengan Hadith lain yang bermaksud

“Sembahyang itu tidaklah terbatal oleh lintasan sesuatu;”

dan Hadith:

“Dan hendaklah kamu menolak atau menangkisnya sekuasa kamu (terhadap siapa dan apa yang melintas).”

Sebenarnya untuk mengatakan sesebuah Hadith itu dinasakh (dihapus)kan adalah bukan mudah. Dia perlu dikaji dengan teliti seluruh Hadith yang berkenaan serta sejarah atau tarikh dan peristiwa dia dinasakhkan. (At-Tahaawi memandang Hadith sumber Abu Dzarr dinasakhkan oleh Hadith sumber Aisyah —P).

------
Berikut petikan feqhus sunnah:

V. HARAM LEWAT DI MUKA ORANG YANG BERSEMBAHYANG:

Hadits-hadits menyatakan haramnya berjalan di muka Seseorang yang bersembahyang sampai tabirnya, dan perbuatan itu dianggap sebagai dosa besar.

Dan Busr bin Said diriwayatkan:

“Bahwa Zaid bin Khalid mengutusnya kepada Abu Juhaim guna menanyakan apa yang telah didengarnya dari Rasuluilah s.a.w. mengenai lewat di muka orang yang sedang bersembahyang. Ujar Abu Juhaim: “Rasuluiah s.a.w. bersabda: “Andaikata seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang ditanggungnya karena lewat di muka orang yang bersembahyang, niscaya ia akan lebih suka berdiri menunggunya selama empatpuluh daripada lewat di mukanya itu.” (Riwayat Jama’ah).

Juga dan Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah).

Berkata Ibnul Qayyim: “Menurut Ibnu Hibban dan lain-lain, hukum haram yang disebutkan itu ialah bila orang yang bersembahyang itu menggunakan tabir. Maka kalau tidak pakai tabir, tidaklah haram lewat di mukanya. Dalam hal ini Ibnu Hibban mengambil alasan kepada sebuah hadits yang diriwayatkan dalam buku shahihnya dari Al-Mutthalib bin Abi Wada’ah, katanya:
“Saya melihat Nabi s.a.w. setelah selesai thawaf, berjalan melalui tempat thawaf, kemudian bersembahyang dua raka’at, sedang di antara beliau dengan orang-orang yang thawaf itu tidak ada tabir apapun.”

Selanjutnya kata Ibnu Hibban: “Hadits ini jadi bukti tegas yang menyatakan bahwa lewat di muka orang yang bersembahyang apabila tidak memakai tabir itu, hukumnya boleh. Jadi terpikulnya dosa bagi orang yang lewat di muka orang yang bersembahyang itu hanyalah bila menggunakan tabir, sedang jika tidak menggunakannya, maka tidak mengapa.” Kemudian dijelaskannya pula: “Tenang bahwa shalat yang dilakukan Nabi s.a.w. itu tidak memakai tabir yang membatasi diri beliau dengan onang-onang yang sedang thawaf.” Keterangan itu disesuaikannya dengan hadits Al-Mutthalib, katanya: “Saya lihat Nabi s.a.w. bersembahyang di dekat Rukun Aswad, dan orang-orang lelaki serta perempuan berjalan di mukanya, sedang antara mereka dengan beliau tidak ada sebuah tabirpun.”

Dalam buku Raudlah dijelaskan bahwa apabila seseorang bersembahyang dan tidak memakai tabir, atau sekalipun memakai tetapi menjauh dan tabirnya itu, maka menurut pendapat yang terkuat orang itu tidak berhak menolak siapa saja yang lewat di depannya, sebab ia tidak berhati-hati. Dan dalam hal ini tidaklah haram berjalan di muka orang itu, hanya sebaiknya janganlah berbuat demikian.”

Sekian. WA.

Sunday, February 20, 2011

DETIK-DETIK TERAKHIR KEHIDUPAN RASULULLAH

I. Detik-detik Terakhir Peristiwa Tentang wafatnya Rasulullah SAW


Peristiwa tentang wafatnya seorang pemimpin alam semesta, seorang Nabi dan Seorang Rosul Tuhan yang terakhir adalah peristiwa maha besar. Tidak ada sejarah yang telah mengungkapkan peristiwa yang mendetail sedemikian rupa tentang berpulangnya seorang Rosul Tuhan seperti halnya dengan wafatnya Nabi Muhammad SAW itu.

Isyarat-isyarat tentang bayang-bayang akan terjadinya peristiwa besar yang sangat mengharukan hati itu telah terlebih dahulu memperlihatkan tanda-tandanya kepada ummat pengikut beliau.

Isyarat itu antara lain terlukis dalam bunyi Khutbah Arafah oleh Rasulullah, dan juga bunyi Firman Allah SWT sebagai Wahyu Tuhan yang terakhir yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW, dikala beliau menunaikan ibadah rukun Islam yang kelima sebagai Haji Perpisahan

"Pada hari ini Aku (Allah) sempurnakan bagimu Agamamu, Aku cukupkan nikmatKu untukmu dan Aku rela Islam sebagai agamamu" (Al-Qur'an, Al-Maidah ayat 3)

Khutbah Arafah

Setelah mencucurkan keringat, darah dan air mata berpuluh-puluh tahun lamanya (23 tahun), berjuang dengan sekuat tenaga daya dan kesungguhan dan berdakwah memberantas penyakit-penyakita jaman jahiliah, zaman kebodohan ummat di kala itu, memanggil manusia ke jalan Tuhan, berjihad menegakkan nilai-nilai kebenaran dan keadilan Ilahi, maka akhirnya berhasillah beliau dalam menunaikan misi sucinya, menegakkan Islam sebagai agama wahyu satu-satunya yang dipilih Tuhan untuk ummat manusia di bawah
langit ini.

Setelah berhala-berhala, patung-patung ciptaan zaman jahiliah itu diruntuh-ratakan sebagai lambang kemusyrikan; setelah penyakit syirik terbongkar dari dada ummat manusia, dan kemudian di isi beliau dengan air hikmah, Iman dan Tauhid yang murni, maka terasalah bagi beliau, ia tak akan
lama lagi akan dipanggil oleh Tuhan ke HadiratNya, berpisah dengan ummat yang sedang dibina dan dipimpinnya dengan sukses gilang-gemilang itu

Maka demikianlah, pada musim haji tahun ke-10 hijriah, bersama-sama kurang lebih 114.000 kaum muslimin yang datang dari segenap penjuru Arabia, beliau pun menunaikan ibadah Haji Akbar yang bagi beliau sendiri adalah merupakan Haji Perpisahan (wada') haji terakhir, karena beliau tidak dapat lagi
bersama ummatnya menunaikan ibadah suci itu pada tahun mendatang.

Dalam Haji Wada' inilah beliau menyampaikan mutiara wasiat yang dianggap sangat berharga bagi ummat beliau, disamping itu juga menyelipkan ultimatum Tuhan kepada kaum Musyrikin, bahwa Allah dan RasulNya telah memutuskan hubungan dengan mereka, karena aqidah mereka adalah bernoda dan najis.
Dan sejak tahun ke-9 Hijriah telah dibuat tapal batas tanah suci Mekkah dan madinah (tanah haram) yang sama sekali tidak diijinkan kaum kafir untuk menginjaknya sampai hari kiamat kelak.

Khutbah Arafah yang akan merupakan pegangan hidup dan matinya kaum muslimin itu, adalah juga merupakan piagam perdamaian yang mempunyai nilai kemasyarakan yang tinggi, diucapkan beliau dari atas untanya yang berdiri di Namirah dekat bukit Arafah, yang terletak di tengah-tengah padang Arafah yang dahsyat dan luas itu. Khutbah bersejarah yang diabadikan sepanjang masa itu berbunyi antara lain seperti di bawah ini :

"Wahai ummat manusia, dengarkanlah nasehatku baik-baik, karena barangkali aku tidak dapat lagi bertemu muka dengan kamu semua di tempat ini.
"Tahukah kamu semua, hari apa inikah ini? Yang dijawab sendiri oleh beliau: Inilah hari Nahar, hari kurban yang suci. Tahukah kamu bulan apakah ini? inilah bulan suci. Tahukah kamu tempat apakah ini? inilah kota yang suci."

Kelas Pengajian Al-Quran


Kepada anak-anak didik taman teluk villa yang mengikuti kelas pengajian al-quran, Insya Allah kelas akan bermula pada bulan 3 ini. Tahun 2011 ni cabaran, amanah dan tanggungjawab begitu berat. Apapun diharapkan bulan 3 ni diberikan kekuatan oleh Allah. Ya Allah lapangkan waktuku itu, berkatilah setiap detik masa yang Engkau kurniakan itu agar setiap detik yang berlalu penuh dengan redha MU.

Jadual pengajian Al-Quran :
Hari : Isnin, Selasa & Rabu
Waktu : Selepas Maghrib & Isyak.

Saturday, February 19, 2011

Stok Baru 2011


Assalamualaikum.....

Stok baru jam azan telah pun mimpai...yang berrminat bolehlah hubungi saya terus untuk tempahan.
cuma kali ini ada satu design baru dan sesuai untuk diletakkan dimeja.
Kelebihan sama sahaja cuma:
1. display waktu solat adalah full
2.voluem boleh diejas samada perlahan atau kuat
3.lampu sesuai untuk lihat pada waktu malam
4. Azan setiap kali cukup masa bersama doa selepas azan.
Harga sama dengan jam azan tangan , boleh dirunding insya allah.