Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Tuesday, March 31, 2009

Bezanya IQ Murid Sekarang Dengan Murid Dulu

Seperti biasa setiap kali saya mengajar ada je cerita2 yang akan disampaikan mengikut keadaan subjek yang diajar. Baik Quran ke, akhlak, ulum dan seumpamanya supaya murid-murid tidak boring. Hari ni saya ada mengajar akhlak di tahun 5SK di bawah tajuk adab menolong ibubapa.

Perbincangan yang di bawa adalah dari segi hukum dan kebaikan kita menolong ibubapa. Alhamdulillah mereka semua faham menolong hanya kepada perkara-perkara yang baik sahaja, yang jahat tidak dikira derhaka jika menginkarinya. Kesimpulan dari itu, saya menghuraikan satu kata-kata " syurga dibawah tapak kaki ibu " .

Saya pun menceritakan satu cerita yang pernah diceritakan oleh ust saya dulu-dulu, bila murid-murid mendengar " syurga dibawah tapak kaki ibu " ada murid ni balik rumah dia pergi tengok betul ke syurga ada dibawah tapak kaki ibu. Untuk memudahkannya dia pi tengok syurga itu semasa ibunya sedang tidur. Ditengok-tengoknya tak der pun kat kaki ibunya, so naik lah ke atas sikit pi ke betis pun tak der syurga tu, pi lagi naik lutut pun tak der, naik lagi ke paha puuun tak der, last jumpa syurga lain, eh...ehh.. ini syurga bapak ni.........hahhaha....punya ketawanya budak-budak dalam kelas......

Beginilah tingginya IQ murid-murid sekarang...

Monday, March 30, 2009

Sampaikanlah Ilmu Walau Sepotong Ayat

Hampir setahun 3 bulan aku menetap di Teluk Villa Putatan. Pada mulanya tidak ada orang yang datang mengaji quran kat rumah aku kecuali anak murid tetap semasa tinggal di petagas. Kini bila dah setahun lebih yang mengaji mencecah 30 orang. Alhamdulillah...ikutkan hati malas sudah terima orang untuk ngaji coz terlalu ramai. Tapi fikirkan ini saje sumbangan yang mampu aku berikan pada penduduk taman teluk villa ni.
Salah seorang muridku Hafiz Danial kalau tak silap nama penuhnya hampir 6 bulan baca iqra' kini sudah mampu membaca quran dengan baik. Penekanan kini kepada hukum tajwid sahaja. Tahniah kepada Hafiz.....sejuk hati mak dia....pengalaman maknya bila menceritakan sebelum ni ada juga hafiz pergi ngaji tapi mcm tak der perubahan tapi bila mai ngaji kat sini....sudah mula menunjukkan potensi....syukur....

Ini Nik ( baju biru ) dan sorang lagi saper namanya, aku belum kenal dengan jelas lagi coz baru juga ngaji kat sini dalam seminggu dua ni...mereka sek kat SMK pekan putatan ni jer. Syabas kepada mereka kerana semangat untuk belajar quran tu ada. Harapan aku mereka ni bukan setakat semangat belajar quran je, kalau boleh solat dan lain2 pun sama juga. Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan kepada aku dan mereka semua untuk menjalani kehidupan yang akan datang.

Wednesday, March 25, 2009

Siaran Langsung Kuliah Ilmu

Jom kita pakat dengar kuliah maghrib secara langsung.

Kuliah Maghrib setiap hari Rabu (Tafsir Al-Quran oleh Ustaz Nasrudin bin Hassan At-Tantawi) dan Khamis (Tafsir Hadis Kitab Riadhussolihin Imam Nawawi oleh Ustaz Nasrudin bin Hassan At-Tantawi) menerusi WebTV1.

Sila Klik dapa URL yang saya sediakan disini
:http://webtv.pas.org.my/v2/

Setiap Pagi Jumaat : Kuliah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

http://www.kelantan.tv/

Kuliah Jumaat dari Masjid Rusila Marang, Terengganu.Oleh Tuan Guru HajiAbdul Hadi bin Awang. Jam 9.00 pagi.

http://terengganukini.net/v2/

Saturday, March 21, 2009

Permasaalahan Berkaitan Dengan Solat Siri 2

Kanak-Kanak dalam Saf
Soalan:
Saya nak tahu tentang hukum kanan-kanak yang belum baligh sembahyang bersama dengan kita. Apa hukumnya, tolong jelaskan?
Jawapan:
Jika kita solat berjamaah sedangkan didalam saf tersebut terdapat kanak-kanak, maka solat kita tetap sah bahkan pahala berjamaah tetap tidak terjejas, cuma hanya berkurang dalam pahala saf. Jadi perkara yang tidak baik jika kita melarang kanak-kanak ikut bersama-sama orang tua berjamaah di masjid. Bahkan setengah masjid di tempat kita sengaja membuat pengumuman melarang kanak-kanak umur lima tahun masuk ke dalam masjid. Sebetul cara ini secara tidak langsung kita telah mematikan minat anak untuk datang dan mencintai masjid. Padahal Rasulullah SAW pernah membawa cucu baginda ke dalam masjid ketika baginda menjadi imam. Ketika itu Hassan dan Hussein memanjat bahu baginda sehingga baginda melamakan sujudnya. Ini membuktikan bahawa Rasulullah begitu peka terhadap perkembangan agama kanak-kanak.

Barangkali masyarakat kita perlu merubah minda yang keliru dalam mendidik anak-anak mencintai masjid dan melatih mereka dalam solat. Jangan terlalu memperhatikan pahala saf sehingga minat anak-anak dikubur atau diabaikan. Wallahu A'lam.

Sunday, March 15, 2009

Download kitab-kitab di sini

Dapatkan tafsir quran edisi bahasa arab di sini
Download Kitab Tafsir Quran, Kitab Hadis, Tauhid & Feqh
Kebayakannya dalam edisi bahasa indon.
jangan lupa download !!!

Permasaalahan Berkaitan Dengan Solat Siri 1

Tertidur Waktu Solat Subuh


Soalan:
Saya mendengar ada orang mengatakan kalau kita terlewat bangun waktu Subuh lalu waktu Syuruk telah lepas, kita boleh terus sembahyang Subuh tanpa perlu niat Qadha'. Betulkah Ustaz? Kalau boleh Ustaz tolong jelaskan?
Jawapan:
Jika kita terlewat waktu subuh kerana tertidur, sedangkan waktu syuruk telah lepas ataupun matahari telah terbit, maka ketika terjaga tersebut segeralah mengerjakan solat Subuh. Tidak perlulah kita berniat qadha', sebab terlepas sesuatu hukuman tersebut lantaran bukan sengaja. Namun jika kita mengetahui telah masuknya waktu subuh tetapi kita meneruskan tidur, maka perkara ini jelas berdosa.


Dua Imam Satu Surau
Soalan:
Apakah hukumnya sembahyang dua imam (dua kumpulan makmum) dalam satu surau yang hanya dipisahkan oleh dinding, seandainya sembahyang tersebut ialah sembahyang fardhu yang dilakukan serentak?
Jawapan:
Mengerjakan solat dengan dua imam dalam satu surau dalam masa yang sama hukumnya tidak boleh. Dalam masalah ini kami kemukakan tentang imam tetap dalam satu masjid. Jika satu jamaah hadir disuatu masjid yang mempunyai imam tetap tetapi pada masa itu ia tidak hadir, maka diperintahkan kepada mereka menghantarkan utusan menjemput ia hadir. Tetapi jika bimbang luput waktu solat, maka dibolehkan seorang yang lain tampil menjadi imam. Kata Imam Nawawi, jika dibimbangkan timbul fitnah hendaklah mereka solat bersendirian dan diistihbabkan kepada mereka mengulangi solat bersama imam itu jika ia hadir. Jadi jelaslah jika tidak hadir saja imam tetap disuruh solat sendirian jika khuatir menimbulkan fitnah apakah lagi dengan sengaja membuat jemaah sendiri di belakang atau di sebelah imam yang sedang solat.

Seandainya kita orang yang datang kemudian, sedangkan di dalam surau atau masjid tersebut ada dua imam yang sedang berjemaah, maka dalam hal ini ada beberapa pendapat. Jika makmum dapati dua orang imam masing-masing sedang solat dengan jemaahnya, maka ikutilah imam yang tetap. Namun jika keduanya tidak termasuk imam yang tetap dan masing-masing sebaya dan memiliki ciri-ciri imam yang dikehendaki, cuma perbezaannya yang satu cepat bacaannya sedangkan yang satu lagi lambat. Menurut Al Faurani dalam kitab Al Ibanah "Hendaklah dilihat kepada makmum itu sendiri. Jika ia seorang yang lambat membaca maka hendaklah ia mengikut imam yang lambat membaca. Sebaliknya jika ia cepat membaca maka hendaklah ia mengikuti imam yang cepat membaca".

Imam Al Tarmizi telah menjelaskan dalam Al Sunah iaitu diistihbabkan kepada imam bertasbih enam kali dalam rukuk dan sujud supaya makmum di belakangnya sempat bertasbih tiga kali". Kemudian menurut Imam Syafi'e dalam kitab Al-Umm "Pada hemah saya eloklah setiap masa bagi imam menambahkan tasyahud, tasbih dan bacaan surah sekadar yang dilihatnya boleh memberi kesempatan kepada makmum yang berat lidahnya menyempurnakan bacaannya yang perlu dibaca olehnya."

Hukum Mufaraqah Dari Imam Ketika Solat

فتـاوى الصلاة
هل يجوز للمأموم ترك الصلاة خلف الإمام؟.
السؤال: هل يجوز للمأموم ترك الصلاة خلف الإمام؟. المفتي: الشيخ / عبــد الآخـــر حمـــاد الإجابة: الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد,,
لا أدري إن كان مقصود الأخ السائل السؤال عن ترك المأموم للصلاة خلف الإمام بعد أن يكون قد دخل معه في الصلاة ،أو أنه يترك الصلاة خلفه فلا يصلي خلفه أصلاً .
فإن كان الأمر الأول هو المقصود فهذا الذي يسميه العلماء بمفارقة الإمام ،وصورته أن ينوي المأموم مفارقة إمامه ويكمل الصلاة وحده ، والأصل أن ذلك لا يجوز وأن على المأموم أن يتابع إمامه لقول الرسول صلى الله عليه وسلم : (إنما جعل الإمام ليؤتم به), ولكن إذا كان هناك عذر يمنع المأموم من الاستمرار في صلاته مثل إطالة الإمام الصلاة بصورة تشق على المأموم فله مفارقة الإمام ،وقد ورد في ذلك حديث في الصحيحين فيه أن معاذاً رضي الله عنه صلى بقومه فأطال بهم الصلاة فانفتل منهم رجل فصلى وحده ،ثم أخبر الرسول صلى الله عليه وسلم بذلك فلم ينكر عليه ،بل أنكر صلى الله عليه وسلم على معاذ إطالته الصلاة فقال له : (أفتان أنت يا معاذ)،وهكذا لو كان الإمام يسرع في صلاته إسراعاً شديداً بحيث يضيع ركن الاطمئنان فإن للمأموم أن ينوي المفارقة كذلك ،وقس على ذلك.
أما إن كان المقصود أن يترك المأموم الصلاة خلف إمام معين فلا يذهب للصلاة وراءه أصلاً ،فإنه إن كان هناك سبب شرعي بأن يكون هذا الإمام فاسقاً أو مبتدعاً فنعم له ذلك ،بل عليه أن يترك الصلاة خلفه ويبحث عن إمام آخر غير مبتدع ولا فاسق ،إلا إذا لم يكن في منطقته غير أولئك المبتدعين فإنه يصلي خلفهم ولا شيء عليه في قول عامة أهل العلم لأن الصلاة خلفهم خير من ترك الجمع والجماعات كما بينه شيخ الإسلام ابن تيمية في المجلد الثالث والعشرين من مجموع الفتاوى والله أعلم

Saturday, March 14, 2009

Sambutan maulidurrasul

Renungan buat semua tatkala sambutan maulid nabi. Saban tahun kita menyambut maulidurrasul disetiap lapisan masyarakat dan kakitangan kerajaan samada di masjid-masjid,sekolah-sekolah, jabatan-jabatan dan lain-lain.
Hakikatnya rasulullah tidak pernah menyambut hari kelahirannya dan begitu juga para sahabat rasulullah pun tidak pernah menyambut hari kelahiran rasulullah. Sambutan maulidurrasul mula disambut semenjak sedekad dua dekad ini hasil daripada kesedaran ulamak-ulamak kita ekoran umat hari ini makin lupa tentang sejarah perjuangan rasulullah.
Mujurlah adanya ulamak-ulamak yang menyedari betapa perlunya sambutan maulidurrasul bagi meletakkan rasulullah dihati kita semua. Persoalannya, sambutan yang diadakan kini hanya sekadar perarakkan sepanduk yang dilakukan oleh setiap jabatan dan lain-lain agensi dan apabila selesai sahaja perarakan tersebut sepanduk2 diletak di stor atau bilik2 khusus. Tidak lebih daripada itu.



Sunday, March 1, 2009

Antara Aurat, Tudung & Fesyen yang Tergadai


Merujuk kepada firman Allah dalam surah an-nur ayat 31:

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
maksudnya:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya( labuhkan ).

Satu persoalan yang berlaku di zaman bergaya dan fesyen terkini, kalau boleh semuanya nak di fesyenkan hingga dalam sedar tak sedar terpesong dari konsep islam yang mendidik ke arah ubudiyyah dan rasa rendah diri untuk patuh kepada Allah.

Gambar di atas yang saya paparkan semuanya menjelaskan fesyen terkini yang kononnya pada pemahaman sesetengah wanita islam ia menutup aurat, hakikatnya ia adalah satu gambaran yang prnah disabdakan oleh nabi saw pada 1430 tahun dahulu " di akhir zaman umatku perpakaian tetapi umpama tidak berpakaian".

Maaf saya katakan, realitinya, kebanyakkan wanita hari ini lebih kepada fesyen. Agak susah untuk melihat wanita-wanita bertudung seperti yang sarankan dalam firman Allah " labuhkan tudungmu hingga ke paras dada" Ulamak dalam menafsirkan perkataan labuh ke paras dada sehingga pakaian/tudung tidak membentuk tubuh seseorang. Selagi terbentuk tubuh, ia tidak menepati kehendak islam yang sebenar.

Di mana kedudukan anda sekarang? Alah.....janji aku tutup aurat.....Alah...lebih baik pakai dari langsung tak pakai.....inilah yang berlaku dikalangan wanta hari ini.
Ada juga yang pakai tudung cat bawal dan seangkatan dengannya...cat jenis ini tidak diluluskan kerana ia nipis dan terbayang. Inilah yang dikatakan pakai tudung macam tak pakai.
jumpa lagi dalam episod seterusnya...