Bertempat di surau austrol park
bermula sekitar jam 9mlm.
" Nasihat bagi mereka yang hatinya mati "
Alhamdululillah, inilah pertama kalinya saya dan teman-teman dapat bersama dengan seorang tokoh ulama muda. Kehadiran amat menggalakkan. Macam ceramah-ceramah pas pulak malam tadi. Sesungguhnya amat beruntung sesiapa dapat mengikuti ceramahnya malam tadi.
5 isi penting untuk hati yang mati :
1. Membaca al-quran dan mentadabbur
2. Membaca al-quran sambil memahami maknanya.
3. Solat tahajjud ( qiamullail )
4. menziarahi orang-alim
5. berzikir/istighfar
Saya secara jujur tertarik dengan ulasan menziarahi orang2 alim...tak ramai dikalangan kita yang menziarahi orang alim....yang kebiasaan kita ziarah yang padanya tidak ada pada pandagan allah yakni kehidupannya jauh dari Allah. Justeru sudah tentu perbualan kita kepada banyak perkara-perkara fasiq ( rosak ) yang boleh mengundang kepada kerosakan dan kefasiqan hati kita. Contoh berbicara tentang game, permainan, bola, rancangan tv dan seumpamanya. Hasilnya setakat itu sahaja. Sebab itu hati kita mati dari mengingati Allah.
Sebaliknya jika kita menziarahi orang alim...sudah tentu yang terkeluar dari mulut mereka adalah nasihat yang baik yang kebanyakkan menunujukkan ittiba' nabi ( mengikut nabi ).
Betapa nikmatnya dapat bersama dengan orang yang banyak ilmu ni. Rugilah bagi mereka yang tidak dapat bersama.
Pemerhatian saya malam tadi, orang tempatan dari sabah tak ramai...sekitar 15% sahaja yang hadir..selebihnya adalah orang-orang dari semenanjung yang berkhidmat di Sabah. Di manakah lagi orang tempatan Sabah ??? Sesungguhnya perjuangan ini masih panjang. Betapa kecintaan mereka terhadap program2 islam ini masih jauh jika dibandingkan dengan program2 berbentuk juara lagu dan perihal maksiat ini....muhasabah diri : أدعوا الى سبيل ربك بالحكمة
Hampir 50% adalah dari kalangan ustaz/ustazah.....yang sememangnya mereka ini sudah mempunya latar belakang ilmu agama...warga lain tak tahu kemana.....?????
Kesimpulan : tanyalah iman sendiri
No comments:
Post a Comment