sekitar jam 11 pagi, aku dapat panggilan dari mak yang nenenk sekarang sedang tenat dan nazak mengahadapi sakaratul maut. Aku masih lagi tidur kerana malam tadi jam 3pg dah bangkit untuk menghadiri jemputan kuliah subuh kepada pelajar2 yang menyertai kem anak soleh. sampai sana sekitar jam 4.30. Alhamdulillah sempat juga buat yang sunat2. So balik ke rumah sambung tidur lah sikit. Tut-tut jam 11 dapat panggilan nenek nazak dari ptg kelmarin lagi.
Aku terus bangkit coz agak terkejut juga..sambil2 tu cuba mencari jawapan apalgi yang nak dibaca supaya dipermudahkan menghadapi sakaratul maut itu selain dari surah yasin. Sempat juga scan keadaan nenek..bila di scan nampak gaya sekitar jam 4 ni may be ajalnya tiba. Sewaktu solat asar kat masjid, sempat bercerita dengan sahabat dan bertanya pendapat ayat apalagi yang nak dibaca ketika nazak...jawapan yang sama surah yasin tapi dengan bil 40 org. sekitar 2 minit untuk jam 5 ptg tergerak untuk call mak, mak cakap baru je 2 minit nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir...innalillahi wainna ilaihirojiin....
Kali terakhir aku melihat nenek ialah 1.1.2010 iaitu hari ketika aku datang semula ke sabah untuk bertugas....semasa bercuti tempoh hari alhamdulillah aku sempat melakukan rawatan untuk nenek. Biasalah kalau orang dulu-dulu ni banyak amalan-amalanya....sedar tak sedar kekadang benda ni penyebab untuk menyusahkan kita menghadapi sakaratul maut. Alhamdulillah seekor je sempat masuk islam...yang lain tu may be dah ajalnya...
Umur nenek ku sekitar 90 lebih..moga2 rohmu berada dalam kedaan yang diredhai.....
No comments:
Post a Comment