Alhamdulillah setelah sekian lama tidak ada aktiviti qiam anjuran team ashabul munjiyyat, qiam dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bermula dari jam 3.15 pg hingga ke subuh. Tapi sayang ust Adnan tidak dapat hadirkan diri kerana ada beliau dari kk ke k.belud 1.30pg. Justeru beliau tidak dapat hadirkan diri. C.Lan yang hander kesemuanya.
Dimulai dengan solat tahajjud, taubat, tasbih 4 rakaat, hajat dan penutup witir. Sesudah witir ijazah pisau diberikan kepada ahli baru. Aku yang sudah dapat sebelum ini upgrate tukar design.
Pesanan yang bermakna kali ini, kalau dapat lakukan solat sunat sebelum subuh 2 rakaat dengan bacaan fatihah dan alam nasyrah dirakaat pertama,fatihah dan alam tarakaifafa'ala dirakaat ke 2. Alam Nasyrah untuk mudah terima ilmu pada hari tersebut, Alam Tarakaifafa'ala untuk kunci kepada segala jenis penyakit dunia. Maha besar kekuasaan Allah tapi begitu sukar sebenarnya untuk kita lakukan dan istiqamah dalam melaksanakan solat sunat sebelum subuh.
Mudah-mudahan diberikan kekuatan kepadaku untuk dilaksanakan. Ya Allah kurniakan hambamu kekuatan untuk perbanyakan sujud pada Mu.
Pesanan kedua sebagai peringatan, bacaan surah yasin sesudah melakukan solat subuh. Insya allah pada hari tersebut Allah akan permudahkan segala urusan.
Sekitar jam 9.30pg kami ke Kuala Abai, salah satu tempat peranginan di Kota Belud yang tidak dikomersilkan. Pun begitu tempatnya sungguh nyaman dan gerenti puas hati sebab airnya yang jernih bagaikan macam tidak ada air. Air di paras leher mampu kita lihat jari jemari kaki kita dengan jelas...itulah bukti air di sini terlalu jernih.
No comments:
Post a Comment