Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Friday, January 30, 2009

Zikir Sihir Pemisah

Zikir ini diijazahkan kepada ana di satu masa ana berdepan dengan kes orang terkena sihir pemisah antara suami isteri.Beberapa tanda yang menunujukkan terkena sihir pemisah ialah :
1) perubahan scara tiba2 antara salah seorang suami isteri
2) sentiasa bertengkar bila bersua muka
3) terhalang hubungan suami isteri disaat hendak bersama
4) mimpi ular ( kebiasaannya petanda kena sihir )

banyak lagi tanda2 lain....

Untuk mengelak perlu istiqamah dgn zikir2 tersebut :
1)akhir surah al-imran

يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَأمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


2)بِسْمِ الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

3) ayat daripada surah al-waqiah ayat 89 :

فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتٌ نَعِيم

Kebiasaan pesakit tidak ada pendinding2 khusus untuk melawan kesakitan seumpama ini. Sebaik2 rawatan memerlukan kekuatan dari pesakit itu sendiri. Jadikan lah al-quran itu sbagai zikir harian terutama selepas solat sbg. disiplin diri.

amalkan setiap kali selepas solat sebanyak 3x
seelok-nya diamalkan oleh suami istri

Wednesday, January 28, 2009

7 Tip mendapatkan Takaful mengikut keperluan anda

"Takaful sudah menjadi trend yang popular kini dalam membantu perancangan kewangan anda. Bagi yang belum ada atau yang sudah dapatkan takaful boleh membaca 7 tip di bawah bagi mendapatkan polisi Takaful yang sesuai dengan anda.
#1 Tabung kesihatan
Ramai tidak sedar sebenarnya Takaful dapat menyediakan tabung kesihatan dengan jumlah yang besar tanpa perlu memyimpan di bank. Bayangkan peserta didapati mendapat penyakit kritikal seperti kanser dan memerlukan kos rawatan sehingga RM60,000. Ya, memang benar anda boleh mendapatkan rawatan di Hospital kerajaan dengan kos yang lebih rendah tetapi di sana peserta terpaksa menunggu dengan senarai yang panjang untuk mendapatkan rawatan. Kebiasanya pesakit kanser terpaksa menunggu berbulan-bulan lamanya untuk mendapatkan rawatan kerana kelengapan perubatan di Hospital kerajaan terhad sedangkan rawatan kanser tidak boleh di tunggu. Disebabkan itu anda pernah mendengar pesakit tidak sempat dirawat kerana mendapat rawatan yang lewat. Untuk mengatasi masalah ini Takaful menawarkan perlindungan penyakit kritikal mengikut keperluan peserta dengan caruman yang rendah. Selain itu peserta juga boleh mendapatkan Medical card dengan bayaran murah tetapi perlindungan sehingga mencecah RM300,000. Oleh sebab itu peserta yang bercadang untuk mendapatkan takaful bolehlah mempertimbangkan Tabung kesihatan.

#2 Tabung pendidikan anak

Pendidikan anak adalah menjadi keperluan utama bagi setiap ibubapa. Kebelakangan ini pelbagai skim diperkenalkan bagi membantu ibubapa membuat tabung pendidikan anak. Takaful juga dapat membantu anda membuat tabung pendidikan dan lebih menarik lagi pembayar atau ibubapa menikmati pelepasan bayaran (waiver of contribution) yang tidak ada dalam skim pelaburan atau menyimpan di bank. Pelepasan bayaran akan diberi kepada ibubapa atau pembayar jika meninggal dunia, lumpuh, cacat kekal atau mengidap 39 penyakit kritikal. Ini bermakna ibubapa atau pembayar tidak perlu risau dengan tabungan pendidikan anak mereka kerana takaful dapat menjamin tabung meraka akan diperolehi selepas tempoh matang dengan caruman yang rendah walaupun pembayar sudah tiada. Tabung pendidikan anak disyorkan kepada peserta yang mahu memastikan anaknya mendapat pendidikan universti dan dalam masa yang sama tidak memerlukan wang yang banyak untuk membiayai pendidikan anak mereka

#3 Tabung perancangn kewangan pesaraan

Tabung ini adalah asas kepada Takaful kerana konsep takaful adalah menabung dan perlindungan. Perlindungan asas yang kebanyakan syarikat takaful tawarkan adalah kematian dan khairat kematian. Disamping itu peserta sebenarnya menabung dengan Takaful. Tabung ini boleh diambil apabila polisi peserta matang dengan keuntugan mudharabah. Walaubagaimanapun peserta boleh membuat pengeluaran sebanyak tiga kali sepanjang tempoh polisi. Takaful juga akan mengeluarkan penyata setiap tahun jumlah simpanan semasa peserta bagi memudahkan peserta merancang tabung pesaraan.

#4 Tabung perlindungan hutang

Perlindungan hutang adalah menjadi teras yang penting dalam islam kerana Rasullulah s.a.w sendiri menekankan dalam pengurusan hutang. Hutang menjadi tanggungjawab anda walaupun sudah meninggal oleh sebab itu umat islam diwajibkan membayar hutang walaupun tidak dituntut. Takaful juga menyediakan kemudahan ini kepada peserta mengikut keperluan peserta dengan caruman yang rendah.

#5 Tabung kemalangan

Takaful juga menyediakan tabung kemalangan kepada peserta. Jika berlaku kemalangan peserta boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada tabung kemalangan. Tabung kemalangan mempunyai banyak jenis antara jenis popular perlindugan kematian, cacat dan lumpuh, perlindungan kehilangan angota badan, perlindungan patah dan banyak lagi.


Peserta bolehlah memilih jenis tabung kemalangan mengikut keperluan peserta.


#6 Tabung perlindungan pendapatan

Tabung ini amat penting kepada setiap peserta kerana sebelum ini saraan keluarga dikongsi bersama tetapi jika berlakunya musibah pendapatan suami atau isteri akan terhenti serta merta lebih merana lagi jika si suami sahaja yang menyara keluarga.

Oleh sebab itu peserta disarankan untuk mendapatkan perlindungan pendapatan sebanyak tiga tahun pendapatan dengan caruman yang rendah. Contohnya peserta memperolehi pendapatan sebanyak RM50,000 setahun. Tiga tahun pendapatan adalah sebanyak RM150,000.


#7 Tabung pembiayaan perumahan

Tabung ini memberi perlindungan kepada peserta jika berlakunya musibah kepada pembayar dengan membantu membiayai baki hutang perumahan. Tabung pembiayan perumahan mempunyai dua jenis iaitu MRTA dan MLTA. Perbezaan keduanya ialah MRTA hanya membiayai baki hutang perumahan manakala MLTA membayar harga asal rumah, contohnya rumah peserta berharga RM300,000 MLTA akan membayar baki kepada waris sebanyak RM300,000 juga.


Tujuh tip diatas diharap dapat membantu anda dalam merancang kewangan anda dalam masa yang sama mendapat perlindungan. Disamping itu peserta juga dapat menikmati potongan cukai pendapatan bagi takaful dan KWSP maksima sebanyak RM6,000 manakala bagi takaful pendidikan layak menerima potongan maksima sebanyak RM3,000. Akhir sekali tepuk dada tanya selera dalam memilih pelan yang sesusai dengan anda. Selamat bertakaful.

Tuesday, January 27, 2009

DOA DALAM TAFSIR SURAH AL-A'RAF

DOA MEMOHON KESELAMATAN TERHADAP DIRI, ANAK-ANAK, KELUARGA DAN RUMAHTANGGA DARI KEJAHATAN MANUSIA, BINATANG DAN BALA BENCANA



إِنَّ رَبِّيَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ ،
مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأُ لاَ يَكُونُ لاَ حَوْلَ ،
وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ ،
أَشْهَدُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ،
وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا،
أَعُوذُ بِالَّذِي يُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الأَرْضِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
مِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ رَبِّي آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ




Maksudnya : Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung, .Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku.Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung.Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu.Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

( Riwayat al-Baihaqiy dalam Dala`il al-Nubuwwah no 3046, al-Matalib al-Aliyyah no 3490 , Ithaf al-Khiarat no 6087 , Bughyat al-Bahith no 1052)

Kelebihan & Khasiat
Menurut riwayat dari al-Tabaraniy dalam Kitab al-Du’a dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa telah mengadu seorang sahabat kepada Abu Darda` r.a bahawa kebakaran sedang berlaku pada kawasan rumahnya.Abu Darda menafikannya.Kemudian dating lagi seorang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah orang yang dketiga tetapi tetap dinafikannya.Kemudian datanglah orang yang ke empat memberitahu bahawa apabila api itu hamper dengan rumahnya ia terpadam sendiri.Abu Darda r.a telah menjelaskan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya”.

Saturday, January 24, 2009

Doa Untuk Sekeluarga

Doa ini amat sesuai untuk diamalkan sekeluarga kerana ia diajar olh baginda Rasulullah saw.

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّ سَمْعِي وَشَرِّ بَصَرِيْ وَشَرِّ لِسَانِي وَشَرِّ مَنِيَّةِ

ya Allah ! sesungguhnya aku memohon darimu daripada kejahatan pendengaran, kejahatan mata kejahatan hati dan kejahatan air mani.

Penafsiran air mani di sini ialah kejahatan jantina iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, zina dan seumpama dengannya.
Bagi anak-anak yang degil, ibubapa disarankan mendoakan mereka dengan doa ini.Sebaik-baiknya ibu yang melakukan doa ini untuk anaknya dengan meletakkan tandan di dada mereka dan doakan. Mudah-mudahan dengan satu doa yang diajar terus dari nabi ini menghasilkan natijah terbaik dalm kehidupan kita.
- أَمِين-

Wednesday, January 21, 2009

Doa Hancurkan Yahudi

Satu-satunya doa yang diajar oleh Rasulullah untuk menghancurkan yahudi laknatullah

اَللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُودِ

yang bermaksud : Ya Allah! Hancurkalah yahudi.

cukup pendek doa ini, bacakanlah dalam setiap doa kita baca.

Tuesday, January 20, 2009

Cara Rasulullah Halau Jin

Dalam perjalanan ke tempat kerja tadi, saya sempat mengikuti kuliah us.Zahazan pada 19.1.09, dia menceritakan pada suatu hari ada seorang ibu datang mengadu kepada rasulullah bahawa bayinya sering kali diganggu oleh makhluk halus. Lalu rasulullah meminta dibawa bayi tersebut kepadanya untuk dilihat. Apabila bayi tersebut dibawa kepada Rasulullah, Rasulullah pun membacakan kepada bayi tersebut :
أخرج عدوا الله
diulangi sebanyak 3x kemudian diludah(isyarat)sambil menepuk dibelakang bayi tersebut. Lalu keluarlah jin tersebut yang berupa anjing dari mulut bayi tersebut.

Saturday, January 17, 2009

Zikir 7

Satu-satunya zikir yang pendek tapi fleksibel kegunaannya. Semuanya bergantung kepada keyakinan kita. Niatkan apa yang anda hajatkan...insya allah dengan izin Allah ia cukup memberi manfaat


1. ( اعوذ بالله من الشيطان الرجيم ( 3 كالي ساتو نافس
2. بسم الله الرحمن الرحيم ( 3 كالي ساتو نافس
3. أشهد ان لا إله الله وأشهد أن محمدا رسول الله ( 3 كالي ساتو نافس
4. لا اله إلا الله محمدا رسول الله ( 3 كالي ساتو نافس
5. لا اله إلا الله ( 3 كالي ساتو نافس
6. يا الله .....الله .....الله ....الله

teruskan sebut allah sehingga habis nafas.


7. Sebut Allah mengikut denyutan jantung....teruskan zikir dengan mengikut denyutan jantung sehingga anda akan merasa satu aura yang selubungi kita..disaat itu anda boleh berhenti. Anda niatkan apa yang anda ingin pada no yang ke 7. Pengalaman saya bila berdepan dengan jin, peringkat akhir sekali saya akan tarik sisa2 jin dengan zikir ini. Saya akan qasad dengan gelombang api sunami serta mohon kepada Allah ta'ala clearkan segala sisa2 jin yang ada dalam badan pesakit.

Thursday, January 15, 2009

Gangguan Jin

Tindakan awal yang anda boleh lakukan apabila diganggu oleh jin ialah dengan membaca surah al-fil sebanyak 7x dan niatkan dari awal saebagai bom. Niatkan supaya Allah hapuskan/hamcurkan sebagaimana hancurnya tentera2 abrahah yang cuba untuk menyerang ka’bah.



Nantikan Himpunan kuliah tafsir tok guru setiap hari jumaat sepanjang tahun 2008. Mudah-mudahan memberi manfaat. masih dalam usaha untuk nak masukkan ceramah2 tok guru ke blog ni..insyallah untuk tahun 2008 punya