Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Wednesday, January 28, 2009

7 Tip mendapatkan Takaful mengikut keperluan anda

"Takaful sudah menjadi trend yang popular kini dalam membantu perancangan kewangan anda. Bagi yang belum ada atau yang sudah dapatkan takaful boleh membaca 7 tip di bawah bagi mendapatkan polisi Takaful yang sesuai dengan anda.
#1 Tabung kesihatan
Ramai tidak sedar sebenarnya Takaful dapat menyediakan tabung kesihatan dengan jumlah yang besar tanpa perlu memyimpan di bank. Bayangkan peserta didapati mendapat penyakit kritikal seperti kanser dan memerlukan kos rawatan sehingga RM60,000. Ya, memang benar anda boleh mendapatkan rawatan di Hospital kerajaan dengan kos yang lebih rendah tetapi di sana peserta terpaksa menunggu dengan senarai yang panjang untuk mendapatkan rawatan. Kebiasanya pesakit kanser terpaksa menunggu berbulan-bulan lamanya untuk mendapatkan rawatan kerana kelengapan perubatan di Hospital kerajaan terhad sedangkan rawatan kanser tidak boleh di tunggu. Disebabkan itu anda pernah mendengar pesakit tidak sempat dirawat kerana mendapat rawatan yang lewat. Untuk mengatasi masalah ini Takaful menawarkan perlindungan penyakit kritikal mengikut keperluan peserta dengan caruman yang rendah. Selain itu peserta juga boleh mendapatkan Medical card dengan bayaran murah tetapi perlindungan sehingga mencecah RM300,000. Oleh sebab itu peserta yang bercadang untuk mendapatkan takaful bolehlah mempertimbangkan Tabung kesihatan.

#2 Tabung pendidikan anak

Pendidikan anak adalah menjadi keperluan utama bagi setiap ibubapa. Kebelakangan ini pelbagai skim diperkenalkan bagi membantu ibubapa membuat tabung pendidikan anak. Takaful juga dapat membantu anda membuat tabung pendidikan dan lebih menarik lagi pembayar atau ibubapa menikmati pelepasan bayaran (waiver of contribution) yang tidak ada dalam skim pelaburan atau menyimpan di bank. Pelepasan bayaran akan diberi kepada ibubapa atau pembayar jika meninggal dunia, lumpuh, cacat kekal atau mengidap 39 penyakit kritikal. Ini bermakna ibubapa atau pembayar tidak perlu risau dengan tabungan pendidikan anak mereka kerana takaful dapat menjamin tabung meraka akan diperolehi selepas tempoh matang dengan caruman yang rendah walaupun pembayar sudah tiada. Tabung pendidikan anak disyorkan kepada peserta yang mahu memastikan anaknya mendapat pendidikan universti dan dalam masa yang sama tidak memerlukan wang yang banyak untuk membiayai pendidikan anak mereka

#3 Tabung perancangn kewangan pesaraan

Tabung ini adalah asas kepada Takaful kerana konsep takaful adalah menabung dan perlindungan. Perlindungan asas yang kebanyakan syarikat takaful tawarkan adalah kematian dan khairat kematian. Disamping itu peserta sebenarnya menabung dengan Takaful. Tabung ini boleh diambil apabila polisi peserta matang dengan keuntugan mudharabah. Walaubagaimanapun peserta boleh membuat pengeluaran sebanyak tiga kali sepanjang tempoh polisi. Takaful juga akan mengeluarkan penyata setiap tahun jumlah simpanan semasa peserta bagi memudahkan peserta merancang tabung pesaraan.

#4 Tabung perlindungan hutang

Perlindungan hutang adalah menjadi teras yang penting dalam islam kerana Rasullulah s.a.w sendiri menekankan dalam pengurusan hutang. Hutang menjadi tanggungjawab anda walaupun sudah meninggal oleh sebab itu umat islam diwajibkan membayar hutang walaupun tidak dituntut. Takaful juga menyediakan kemudahan ini kepada peserta mengikut keperluan peserta dengan caruman yang rendah.

#5 Tabung kemalangan

Takaful juga menyediakan tabung kemalangan kepada peserta. Jika berlaku kemalangan peserta boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada tabung kemalangan. Tabung kemalangan mempunyai banyak jenis antara jenis popular perlindugan kematian, cacat dan lumpuh, perlindungan kehilangan angota badan, perlindungan patah dan banyak lagi.


Peserta bolehlah memilih jenis tabung kemalangan mengikut keperluan peserta.


#6 Tabung perlindungan pendapatan

Tabung ini amat penting kepada setiap peserta kerana sebelum ini saraan keluarga dikongsi bersama tetapi jika berlakunya musibah pendapatan suami atau isteri akan terhenti serta merta lebih merana lagi jika si suami sahaja yang menyara keluarga.

Oleh sebab itu peserta disarankan untuk mendapatkan perlindungan pendapatan sebanyak tiga tahun pendapatan dengan caruman yang rendah. Contohnya peserta memperolehi pendapatan sebanyak RM50,000 setahun. Tiga tahun pendapatan adalah sebanyak RM150,000.


#7 Tabung pembiayaan perumahan

Tabung ini memberi perlindungan kepada peserta jika berlakunya musibah kepada pembayar dengan membantu membiayai baki hutang perumahan. Tabung pembiayan perumahan mempunyai dua jenis iaitu MRTA dan MLTA. Perbezaan keduanya ialah MRTA hanya membiayai baki hutang perumahan manakala MLTA membayar harga asal rumah, contohnya rumah peserta berharga RM300,000 MLTA akan membayar baki kepada waris sebanyak RM300,000 juga.


Tujuh tip diatas diharap dapat membantu anda dalam merancang kewangan anda dalam masa yang sama mendapat perlindungan. Disamping itu peserta juga dapat menikmati potongan cukai pendapatan bagi takaful dan KWSP maksima sebanyak RM6,000 manakala bagi takaful pendidikan layak menerima potongan maksima sebanyak RM3,000. Akhir sekali tepuk dada tanya selera dalam memilih pelan yang sesusai dengan anda. Selamat bertakaful.

No comments:

Post a Comment