Anak-anak ku yang disayangi, ingat pesanan abi, besar nanti jadilah tentera-tentera Allah yang sentiasa menyumbangkan segala jiwa ragamu demi perjuangan islam. Usah gentar dengan segala ujian dan tohmahan, kerana semua ini adalah fitrah dan sunnatullah. Janji Allah pasti kan tiba....islam akan mentadbir suatu hari nanti.
Anak-anak ku.....cita-cita abi nak jadi hafiz quran tak kesampaian....dikaulah yang bakal meneruskan cita murni ini.....Ya Allah Engkau Maha Kaya, Engkau Maha Mendengar bisikan hati kecil ini, kurniakan kami anak-anak yang soleh/solehah..alangkah beruntung hamba-hambanya yang memiliki anak yang soleh dan solehah. Aku rindukan suasana seperti itu...Amin.....ya rabbal alamin....
No comments:
Post a Comment