Akhir-akhir ini kerap kali berlaku gempa bumi...hari ini berlaku di negara2 luar...malaysia setakat ini selamat lagi....kajian mengatakan kerana faktor kedudukan bumi Malaysia terselamat dari ancaman gempa dan seumpamanya. Gempa bumi dalam bahasa melayu...dalam bahasa arah disebut zilzal/zalzalah. Saya sendiri ketika menuntut di al-azhar 1999-2003 pernah 1x mengalami situasi gempa bumi..ia berlaku hampir 7 saat...tapi tidak kuat....sekali rasa macam katil kena goyang....hakikatnya inilah yang dinyatakan dalam hadis nabi antara tanda0tanda qiamat semakin hampir kerap kali berlaku zalzalah. Marilah sama-sama kita hayati dan fahami isi kandungan dari surah ini. Dalam surah ini secara jelas dan terang menceritakan tentang goncangan bumi yang akan berlaku disaat hari qiamat nanti....insya allah jika ada ruang untuk khutbah jumaat nanti, saya akan membicarakan topik ini...dan insya allah saya akan cuba kaitkan dengan sains dan logik akal tentang bagaimana benarnya firman Allah ini.
maksud ayat :
1) apabila bumi digoncang dengan segoncangnya
2)nescaya bumi akan memuntahkan segala isi perut yang terdapat dalamnya
3)dan manusia bertanya "mengapa berlaku begini"?
4)pada hari itu menceritakan beritanya
5)kerana tuhanmu telah memerintahkan yang sedemikian itu
6)pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam2, supaya diperlihatkan kepada mereka balasan pekerjaan mereka
7)barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walaupun sebesar zarrah nescaya dia akan melihat balasannya
8)barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walaupun sebesar zarrah nescaya dia akan melihat balasannya.
download ust zahazan punya syarahan tafsir surah zalzalah
No comments:
Post a Comment