Isyarat mata kiriku genap hari ke 5. Kata orang-orang tua, kalau mata kiri yang sentiasa bergerak-gerak, isyaratnya mahu menangis dan kalau isyarat mata kanan isyarat berita gembira. Dalam hati kecil ini sentiasa tertanya-tanya kenapa ni ????? Tergerak juga di hati kecil mahu bertanyakan perkhabaran dikampungku tapi ada sahaja halangannya. Hinggalah petang kelmarin sabtu sekitar jam 6 petang, aku mendapat panggilan dari kakakuku Mazlina " Jangan terkejut ye "....terus darahku tiba-tiba naik....Sabki belum lagi dijumpai tenggelam tak timbul-timpul..sayu rasanya hati ini di saat itu....kenapa ujian datang disaat aku dalam situasi isteri belum habis pantang bersalin....kalau sudah habis pantang atau sudah ada kekuatan segalanya, pasti aku ringankan kakiku ini terbang balik kelate di saat itu juga. Namun segala perancangan itu Allah ta'ala telah aturkan.....Ya Allah berikanlah aku kekuatan menempuhi hidup ini....
Isteriku menyuruh aku pulang, kejam rasanya kalu aku berbuat demikian...Aku redha atas pemergiannya. Orang yang selalu bertengkar dengan aku semasa kecil kini meninggalkanku buat selamanya. Jarak kami berdua cuma 5 minit sahaja. Aku yang keluar dulu kemudian barulah dia. Meskipun kami kembar tapi kami langsung tidak seiras malah bila kami berdua orang akan kata kami ni macam tidak kembar.
6 pg tadi sesudah subuh, aku menelefon kat rumah kelate.......kebetulan isterinya siti yang angkat, bunyi suaranya sudah membuatkan air matanya mengalir....aku tidak dapat menahan air mataku ini....lantas aku melontarkan kata-kata padanya..." sabar ye Siti " hanya itu yang aku mampu lontarkan.
Ya allah.......hambamu yang daif ini memohon keampunan buat saudara kembarku ku Mohd Sabki binti Halimah....Ampunilah segala dosa-dosanya yang lalu.
Biodata kami berdua :
Mohd Sabri b Ibrahim dilahirkan 5.12.1978 hingga ..???????????
Mohd Sabki b Ibrahim dilahirkan 5.12.1978 hingga 27.6.2009
hanya meninggalkan isterinya sahaja....zuriatnya mati sebelum bersalin dan hingga ke hari ini tidak dikurniakan rezeki...
al-fatihah buat saudara kembarku....mudah-mudahan segala bekalan yang engkau bawa mampu dijadikan hujjah dan syafa'at di alam sana.
No comments:
Post a Comment