Allahu akbar.....mengalir air mata ini setelah sekian lama inginkan bayi perempuan. sebelum tepat jam 11.25 pg ketika dibilik bersalin, aku tetap memberi semangat kepada isteriku yang hampir tak bermaya agar kuatkan semangat, alhamdulillah allah permudahkan. Tepat jam 11.25 pg pada 17 jamadil akhir 1430/11 jun 2009 isteriku telah berjaya melahirkan seorang bayi yang seberat 3.4 kilo. Hampir seminit lebih aku tertanya2 lelaki atau perempuan sebab penglihatan aku terhalang. aku cuba bertanya doktor, lelaki atau perempuan, doktor sambil tersenyum melihat aku, tiba2 penglihatanku jelas melihat jantina. Aku terus melontarkan ucapan tahniah buat isteriku kerana Allah maqbulkan doa kita. Betapa pada masa itu air mata ingin mengalir tapi ku tetap mengawalnya. Namun tempiasnya tetap ada. Ku sujud syukur padamu Ya allah. Kami bercadang meletakkan namanya sebagai Nur Jannah/Nurul Jannah yang bermasud cahaya syurga.
No comments:
Post a Comment