Ayuh sahabat-sahabat, kita renung bersama sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sekalian yang membaca, kekadang kita merasakan kita ini adalah yang terbaik. Buktinya kita selalu kritik hasil kerja orang lain, buktinya kita tidak menghargai kerja orang lain, buktinya kita tanpa rasa rendah diri mengarahkan sesuatu perkara yang padanya mengharapkan adanya habuan yang dia akan dapat tanpa memikirkan penat lelah orang yang memerah tenaga, fikiran dan segalanya untuk sesuatu yang dirancang. Itulah yang dikatakan resam kehidupan.
Satu kisah yang mungkin boleh dikongsi bersama, kalau tak silap kisah Lukmanul Hakim bersama anaknya dalam satu destinasi. Berjalanlah Lukmanul Hakim bersama anaknya menuju ke suatu tempat dengan menunggang seekor keldai. Anaknya dengan selesa berada di atas tungganggan sedang bapanya Lukmanul Hakim berjalan kaki. Tiba-tiba berkatalah seseorang yang tidak dikenali, dasar anak derhaka, tergamak dibiarkan bapanya berjalan kaki sedangkan dia menunggang keldai.
Lalu turunlah anaknya dari tunggangan tersebut dan giliran bapanya pula yang menunggang keldai sedang anaknya berjalan kaki. Berjalanlah mereka berdua ke destinasi yang dituju. Tiba-tiba berkatalah seseorang kepada Lukmanul Hakim, dasar bapa yang tak kasihkan anak, sanggup dibiar anaknya berjalan kaki sedang dia bersenang lenang atas tunggangan.
Lukmanul Hakim dan anaknya meneruskan perjalanannya. Kali ini mereka berdua menunggang keldai tadi bersama-sama, anaknya didepan dan bapanya dibelakang. Tiba-tiba berkata seseorang , dasar manusia tidak ada hati perut, keldai itu dah lah kecil, dinaik kedua-duanya atas keldai itu.
Akhirnya Lukmanul Hakim bersama anaknya meneruskan perjalanan tanpa dijadikan keldai itu sebagai tunggangan sambil menarik tali keldai itu. Tiba-tiba berkata seseorang, ada keldai dibawa sahaja, kenapalah tidak dijadikan keladai itu sebagai tunggangan. Mengeluh panjang Lokmanul Hakim bersama anaknya.
Kesimpulan….ragam manusia ini bermacam-macam, ikhlaskan niat dalam semua perkara 100% peratus, tidak boleh 80-20% . Yakinlah, sesungguhnya keikhlasan yang sebenar akan menatijahkan sesama kita bertolak ansur, , memahami antara satu sama lain dan yang paling kemuncaknya dicampakkan ke dalam hati kita reda di atas apa yang berlaku. Hasilnya, kepenatan yang dirasai merupakan satu pengorbanan dan pengalaman manis dan sudah pasti kegembiraan akan dikecapi selepas daripada itu. Soalnya …bilakah????
Berkata saidina Omar al-khattab :
حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا
Hisablah diri kamu terlebih dahulu sebelum kamu dihisabkan.
sekiranya setuju dengan atikel ini diam dan muhasabah sekarang juga, jika tidak setuju boleh dipanjangkan.
Sekian-http//:telukvila.blogspot.com
No comments:
Post a Comment