Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Thursday, October 28, 2010

Firts Time Masalah Besar Sepanjang Pegang Jawatan

Dalam struktur organisasi sekolah, kita tak dapat lari dari tugas, hampir setahun setengah tugas sebagai Penyelaras Kawad Kaki dibebankan..Seronok juga dapat sebab dapat belajar banyak perkara..yang tak seronok pun banyak juga terutama kerjasama dengan rakan team..apapun itu adalah resam dalam bekerja.
Untuk kali ini oleh kerana penyelaras kawad kaki masih disandang, maka untuk kem unit beruniform yang akan diadakan di kem Rela Tuaran, aku juga jadi penyelaras....cuma pengalaman kali ini aku ada buat tempahan baju untuk kem ini...setelah perbincangan dengan pembekal..alhamdullillah semua diatur...akhir baju sampai hari selasa hampir 3 hari program akan berjalan..seronok rasanya..tapi bila dibuka baju...saiz baju itu kecil dan sesuai untuk murid tahap 1.....baju di order dengan kuantiti yang banyak....disiasat berlaku masalah kefahaman dia orang tak capai kehendak kita...saya buat order saiz M,L dan XL untuk murid tahun 4,5 & 6. Berkali2 saya jelaskan untuk murid tahun 4,5 & 6, makna kata murid besar..tahu2 di ikut standart sek rendah....itu yang jadi macam itu.....duit habis hampir 3ribu...ini yang mengganggu fikirannku selama 2 hari..betul2 bercelaru, serabut....berkali2 bila jumpa pk mau letak jawatan.....ya Allah kuat betul dugaan yang aku rasakan kali ni...alhamdulillah selepas buat solat sunat hajat mohon keampunan dan tenangkan fikiranku...yakin ku padaMU ya Allah setiap masalah akan ada penyelesaian....hari ini berjumpa dengan GB..alhamdulillah dengan hati yang tenang aku ceritakan keadaan yang berlaku...GB pun dengan hati yang tenang juga mendengar dan tiada pula nak maki hamun.....cuma pesan GB kita belajar dari kesilapan...benar kata2 itu dan akan ku jadikan ia sebagai iktibar dimasa mendatang...hasil keputusan belum lagi diketahui kerana akan dipanjangkan dalam perbincangan selepas ini....mudahan2 dipermudahkan

Wednesday, October 20, 2010

Membekalkan Rehal Al-Quran Kaw Kota Kinabalu


Assalamualaikum..antara yang terkini dalam pemasaran yang saya lakukan adalah membekalkan rehal al-quran....kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rehal al-quran seperti gambar yang disertakan, bolehlah mengbungi saya terus...harga semestinya murah daripada harga yang ada kat pasaran negeri sabah.

Untuk Saiz 43cm x 26cm / 43cm x 28cm, harga pasaran Kota Kinabalu RM 60 ke atas...tapi kalau dapatkan dengan saya insya allah dapat kurang sedikit mengikut kuantiti.

Friday, October 15, 2010

Bersama Ulamak Muda Di sabah


Assalamualaikum.......

Kepada muslimin dan muslimat, sama2 kita menghadirkan diri ke majlis ilmu bersama dengan al-fadhil ustaz Nasaruddin Hassan ( Tantawi ) dalam kuliah maghrib di surau Kg Muhibbah Petagas pada hari Sabtu malam ahad ( 16/10/2010 ) dan kuliah subuh di Masjid sipanggil Putatan pada pg ahad ( 17/10/2010)

Friday, October 1, 2010

Jam Azan Digital

Penghantaran kawasan Kota Kinabalu adalah percuma


Assalamualaikum.......

Sekiranya anda memakai jam azan ini, ia akan memaparkan waktu solat 5 waktu secara automatik mengikut lokasi anda berada.Jam azan ini juga dilengkapi dengan laungan azan jika masuknya waktu solat.Jika anda tidak pasti dimana arah kiblat, jam azan ini juga akan menunjukkan arah kiblat mengikut lokasi anda berada. Tiada masalah!Waktu solat adalah termasuk pada 400 bandar di dunia. Anda cuma perlu pilih lokasi anda berada dan segalanya akan di'set'kan secara automatik.Ia juga dilengkapi dengan kalendar Hijrah dan Gregorian.Anda juga boleh menetapkan bunyi alarm khas untuk menggantikan laungan azan.



sekali lagi saya nyatakan kelebihannya :



1. Azan mekah full 5 waktu bila sampai waktunya

2. update automatik waktu solat ikut kaw.

3. alam/tarikh Masihi/hijrah/

4. arah kiblat



Penghantaran kawasan Kota Kinabalu adalah percuma



Cara pembelian :


Langkah 1 : Butiran Pembayaran


Lakukan pembayaran ke akaun Maybank sama ada dengan kaedah ATM Transfer atau Cash Deposit


160184009596


atas nama - Mohd Sabri b Ibrahim


Langkah 2 : Pengesahan Tempahan Dan Maklumat Penghantaran


Sila nyatakan tarikh/waktu dan cara pembayaran melalui telefon atau emeilkan slip pembayaran format jpeg.


Langkah 3:

emeilkan alamat surat menyurat untuk penghantaran melalui





Penghantaran kawasan Kota Kinabalu adalah percuma
Pastikan pembayaran yang dilakukan adalah benar. Semakan akan dilakukan terlebih dahulu samada benar atau tidak pembayaran dilakukan.