Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Thursday, October 28, 2010

Firts Time Masalah Besar Sepanjang Pegang Jawatan

Dalam struktur organisasi sekolah, kita tak dapat lari dari tugas, hampir setahun setengah tugas sebagai Penyelaras Kawad Kaki dibebankan..Seronok juga dapat sebab dapat belajar banyak perkara..yang tak seronok pun banyak juga terutama kerjasama dengan rakan team..apapun itu adalah resam dalam bekerja.
Untuk kali ini oleh kerana penyelaras kawad kaki masih disandang, maka untuk kem unit beruniform yang akan diadakan di kem Rela Tuaran, aku juga jadi penyelaras....cuma pengalaman kali ini aku ada buat tempahan baju untuk kem ini...setelah perbincangan dengan pembekal..alhamdullillah semua diatur...akhir baju sampai hari selasa hampir 3 hari program akan berjalan..seronok rasanya..tapi bila dibuka baju...saiz baju itu kecil dan sesuai untuk murid tahap 1.....baju di order dengan kuantiti yang banyak....disiasat berlaku masalah kefahaman dia orang tak capai kehendak kita...saya buat order saiz M,L dan XL untuk murid tahun 4,5 & 6. Berkali2 saya jelaskan untuk murid tahun 4,5 & 6, makna kata murid besar..tahu2 di ikut standart sek rendah....itu yang jadi macam itu.....duit habis hampir 3ribu...ini yang mengganggu fikirannku selama 2 hari..betul2 bercelaru, serabut....berkali2 bila jumpa pk mau letak jawatan.....ya Allah kuat betul dugaan yang aku rasakan kali ni...alhamdulillah selepas buat solat sunat hajat mohon keampunan dan tenangkan fikiranku...yakin ku padaMU ya Allah setiap masalah akan ada penyelesaian....hari ini berjumpa dengan GB..alhamdulillah dengan hati yang tenang aku ceritakan keadaan yang berlaku...GB pun dengan hati yang tenang juga mendengar dan tiada pula nak maki hamun.....cuma pesan GB kita belajar dari kesilapan...benar kata2 itu dan akan ku jadikan ia sebagai iktibar dimasa mendatang...hasil keputusan belum lagi diketahui kerana akan dipanjangkan dalam perbincangan selepas ini....mudahan2 dipermudahkan

1 comment:

  1. Alhamdulillah.Inilah ustaz yang dicari.Boleh diberi tugasan luar bidang keustazan.Tahniah.

    ReplyDelete