Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Sunday, February 28, 2010

Rehlah Kuala Abai

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak ada aktiviti qiam anjuran team ashabul munjiyyat, qiam dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bermula dari jam 3.15 pg hingga ke subuh. Tapi sayang ust Adnan tidak dapat hadirkan diri kerana ada beliau dari kk ke k.belud 1.30pg. Justeru beliau tidak dapat hadirkan diri. C.Lan yang hander kesemuanya.
Dimulai dengan solat tahajjud, taubat, tasbih 4 rakaat, hajat dan penutup witir. Sesudah witir ijazah pisau diberikan kepada ahli baru. Aku yang sudah dapat sebelum ini upgrate tukar design.

Pesanan yang bermakna kali ini, kalau dapat lakukan solat sunat sebelum subuh 2 rakaat dengan bacaan fatihah dan alam nasyrah dirakaat pertama,fatihah dan alam tarakaifafa'ala dirakaat ke 2. Alam Nasyrah untuk mudah terima ilmu pada hari tersebut, Alam Tarakaifafa'ala untuk kunci kepada segala jenis penyakit dunia. Maha besar kekuasaan Allah tapi begitu sukar sebenarnya untuk kita lakukan dan istiqamah dalam melaksanakan solat sunat sebelum subuh.
Mudah-mudahan diberikan kekuatan kepadaku untuk dilaksanakan. Ya Allah kurniakan hambamu kekuatan untuk perbanyakan sujud pada Mu.

Pesanan kedua sebagai peringatan, bacaan surah yasin sesudah melakukan solat subuh. Insya allah pada hari tersebut Allah akan permudahkan segala urusan.


Sekitar jam 9.30pg kami ke Kuala Abai, salah satu tempat peranginan di Kota Belud yang tidak dikomersilkan. Pun begitu tempatnya sungguh nyaman dan gerenti puas hati sebab airnya yang jernih bagaikan macam tidak ada air. Air di paras leher mampu kita lihat jari jemari kaki kita dengan jelas...itulah bukti air di sini terlalu jernih.











Rehlah kali ni agak rehlah spontan je...insya allah untuk kali yang akan datang, kami rancang mau buat special sedikit adakan aktiviti panggang memmanggang...tapi yang frust nya asyik gambar orang je kat sini...gambar sendirinya ndak ada bah....ndak sempat aku memukul gambarku.



Friday, February 26, 2010

Musibah Kebakaran Di Kg Pandan Putatan

Malang buruk tidak berbau, satu kebakaran di kg Pandan Putatan yang melibatkan 42 rumah ( sumber berita TV3 )hangus terbakar.Ikut cakap2 orang kampung ketika aku ke pasar tadi dekat2 60 rumah. Allua'lam. Kebakaran berlaku sekitar 8.30pg.Masalah yang dihadapi, tekanan air rendah dan rumah terlalu dekat antara satu sama lain menyebabkan sukar untuk kereta bomba memasuki kawasan kebakaran.
Pemandangan dari teluk villa - pasir putih
Surau yang hampir dijilat api ( sekitar 10.10pg )





Pemandangan dari dekat ketika api sedang marak
Kepada anda yang tidak ditimpa musibah di alu-alukan bantuan dalam semua bentuk dan bolehlah menyalurkan bantuan kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah bertempat blog atas kedai al-amin pasir putih.



Wednesday, February 17, 2010

Kursus Pintar Jawi


Baru2 ni mengisi masa dan tambah ilmu, aku ada ikut kursus pintar jawi..alhamdulillah happr dapat ikut kursus itu coz banyak dapat ilmu.....saper2 berminat untuk downdload bahan jawi bolehlah download kat sini...

Tuesday, February 9, 2010

Dapatkan Kembali Barang Yang Dicuri

Saya dapat berita jiran sebelah rumah dicuri motornya ketika dimasjid putatan. Dah 2,3 hari dicuri..kesian...Dasar pencuri memang tak reti nak beza kat masjid atau dijalanan...yang penting misinya berjaya.Bila dapat tau...rasa geram teramat sangat. Rasa nak belasa je kalau kedapatan.
Apapun setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Teringat pula 1 qaedah yang guru saya bagi. Mudah-mudahan kesungguhan dan ketulusan hati kita, Allah qabulkan.

kaifiat :
1. Buat dulu solat sunat taubat dan lepas tu solat sunat hajat 2 rakaat.
2. Selepas salam , baca :

- fatihah : hadiahkan kepada rasulullah, para sahabat, guru2 dan muslimin dan muslimat.
- 1. يَا لَطِيفُ يَا حَفِيظُ
ulang sebayak 129x

- 2. surah lokman ayat 16 : baca 1x

ٰبُنَيَّ إِنَّهَآ إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ أَوْ فِي ٱلأَرْضِ يَأْتِ بِهَا ٱللَّهُ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ

kemudian ulang ayat ini dengan bilangan ganjil. Kalau termampu baca hingga 119x .

يَأْتِ بِهَا ٱللَّهُ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ
Minta dengan Allah supaya dikembalikan. Kebiasaan si pencuri akan kepanasan dan tak selesa.

Monday, February 1, 2010

Masa terluang

Cuti Sabtu dan Ahad sekarang betul2 cemburu, apatah lagi hari2 lain, bznya. Balik sekolah hari2 paling kurang jam 4. Alhamdulillah ahad petang cuba juga luangkan sedikit masa dengan family pi belakang rumah.
Bersama dengan si Nurul Jannah





Air yang jernih

Kalau macam ni, hari2lah kena bawa depa ni...cantik pemandangannya