Al-fadhil Ust Adnan beberapa kali membaeri teguran dan nasihat dalam kita membuat rawatan khususnya berkaitan dengan ganggaun mahkluk halus ini, antaranya :
1) ikhlas diri kerana Allah
2) amanah dalam melakukan tugas ( fardu ain / kifayah ) mengikut keadaan setempat
3) semua keizinan adalah dari Allah
4) Dalam kes penyembelihan, kita hanya menggunakan peantaraan dan keizinan dari Allah.
Dalam mengendalikan kes2 yang berkaitan dengan sihir, titik beratkan soal ini :
1) Tujuan kita lakukan rawatan agar pesakit sembuh
2) Jangan sesekali menawarkan diri untuk membalas perbuatan penyihir. Serahkan kepada Allah. Saya pernah menyoal bagaimana kalau dah berkali2 kita buat rawatan, apakah kita tidak berhak membalas balik bagi pihak pesakit ? Saya tanya sebab saya kekadang ada juga bagi sebiji dua kepada si penyihir, tapi bertujuan supaya penyihir itu ambil iktibar, jawab guru ; itu tidak menjadi masalah.
alasan : kerana kehidupan kita ada qisas, bagaimana kalau kita balas balik, tiba2 terlebih had dari apa yang si penyihir lakukan.
3) Kurangkan soal selidik dengan pesakit yang tidak sedarkan diri semasa proses rawatan. Contoh : dari mana kau datang? siapa yang suruh ? soalan kenapa, siapa, darimana,apa kau mau dan seumpamanya ini satu bala. Kenapa ?
pesakit yang tidak sedarkan diri, bila tanya dari mana, siapa tuan kamu ? Jin dalam badan pesakit akan menjawab terutama apabila diugut. Yakinkah kita dengan jawapan yang diberi itu adalah betul.
Apa kesan?
- berlaku syak dan pandangan buruk kepada penama yang disebut oleh jin pesakit
- berlaku pergaduahan antara keluarga pesakit dengan penama yang disebut oleh jin pesakit.
Justeru : kembali kepada asal, tujuan rawatan dilakukan agar ia sembuh, sihat seperti sedia kala.
Untuk pesakit, perawat perlu memberi zikir2 pendinding dan ditambah dengan zikir berkaitan dengan pembatal sihir. Di sini pesakit perlu kuatkan diri dengan melakukan zikir2 tersebut dan niatkan sebagai pantulan sekiranya berkaitan dengan sihir. Insyallah dengan izin Allah, pesakit akan merasa kelainan dan bersemangat.
Pengalaman : Kebanyakan pesakit hanya pergi berubat, tanpa :
1 ) Diberi zikir-zikir khusus
2) Zikir diberi tetapi tidak diamalkan
3) Pesakit tidak menjaga fardu yang lain cth : ( tidak solat, dedahkan aurat, tidak puasa dan fardu-fardu yang lain )
Pesanan untuk pesakit : Carilah mana-mana bomoh, dukun, rawatan islam dan seumpamanya kalau 3 perkara di atas tidak dititik beratkan, anda akan terus berada dalam gelomang tipuan dan gangguan syaitan.
No comments:
Post a Comment