Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Friday, September 4, 2009

Zalimnya Hukuman Manusia


Manusia memerah otak memikirkan bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah. Seringkali jawapan yang diberikan oleh otak manusia tersasar dari yang sepatutnya.Dalam usaha menyelesaikan jenayah, manusia memerah otang mencari jalan untuk mengatasinya. Lain negara lain caranya, lain undang-undangnya dan lain kaedah menghukumnya.Bila dicadangkan penyelesaian dengan kaedah yang ditetapkan oleh Allah, ramai yang kata itu zalim, kejam! Mereka lupa hukum Allah mempunyai ruh NAKALAN MINALLAH yang mampu menyelesaikan masalah yang manusia hadapi. Ia nampak menggerunkan, tetapi minima keperitannya, besar pengajarannya kepada manusia lain.Hukum ciptaan manusia, nampak canggih tapi menyiksakan, kejam dan tidak mendatangkan pengajaran kepada manusia lain. Yang paling utama, ia tiada ruh NAKALAN MINALLAH (pencegahan dari Allah).
Lihat gambar di atas. Ia adalah kesan hukuman sebat yang dilaksanakan di sebuah penjara. Fikirkanlah:
1. Yang membuat hukum itu ialah manusia yang tidak sunyi dari salah dan silap. Bukan dari Allah yang Maha Mengetahui.
2. Sebatannya hanya 10-15 kali atau 20 kali sahaja. Tetapi kecederaannya sangat serius. Ia dipukul pada satu tempat dari pukulan pertama hingga terakhir. Ini bercanggah dengan kaedah Islam.
3. Pesalah disebat di dalam penjara. Siapa yang nak ambil iktibar. Siapa yang akan insaf. Pesalah itu sendiripun tidak akan insaf. Bahkan akan timbul pula perasaan dendam terhadap pelaksana hukuman.
4. Pesalah diaibkan dengan didedahkan auratnya. Islam menyuruh hukuman dilaksanakan dalam keadaan pesalah lengkap berpakaian menutup aurat.
5. Fikirkan pula alat yang digunakan dan kekuatan hayunannya.
Terlalu jauh hukuman ini dari keadilan Islam. Bagaimana sesebuah negara itu akan mendapat pemeliharaan Allah apabila undang-undangnya menyimpang jauh dari panduan Allah.

No comments:

Post a Comment