Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Monday, July 25, 2011

Pengurusan Jenazah Nor Fasihatus Solihah










Tepat jam 4.45 aku dipanggil masuk ke bilik bersalin. Dibalik tirai pabila sesampai sahaja aku sudah ternampak ketulan bewarna merah keluar dan terampai2 dikatil hospital likas. Ternyata kandungan pertama dari isteriku telah pun keluar dan aku yakin itu adalah yg telah pun meninggal. Perasaan cemas ada sebab bila ditanya isteri ada ke tidak rasa gerak2 bayi, mungkin kerana terlalu sakit justeru jawapannya tidak. Nurse yang sedang melakukan tugasnya cuba melakukan permeriksaan kepala bayi seorang lagi sudah hampir mahu keluar, lalu sekejap itu juga air ketuban dan baby keluar seketul..alhamdulillah Allah Maha Adil & Penyanyang. Baby perempuan selamat tepat jam 4.50pg. Syukur pada Mu ya Allah atas nikmat pemberian ini. Kami meminta jasa baik doktor untuk melihat jenazah sorang lagi..dibuka dibalik lipatan ketulan darah lalu aku mula ternampak jari kaki dan seterusnya anggota2 lain. Rupanya2 jantina yang sama. Sebelum keluar alhamdulillah sempat azan & iqamah untuk yang masih hidup.

Jam 10pg isteriku menghubungi aku jenazah sudah boleh dituntut. Jam 11 aku sampai.Alhamdullillah pengurusan begitu cepat dengan dibantu oleh kawan2. Terima kasih semua. Selepas jumaat jumpa pengulu dan penggali kubur. Pengusan jenazah mandi dan solat sunat Jenazah selasai, terus ke kubur untuk proses pengkebumian. Alhamdulillah sekitar jam 3 lebih sikit semuanya selesai.