Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Monday, July 19, 2010

Tips kebahagiaan Rumahtangga/Pelbagai Karenah Manusia


Apabila berada dalam dunia perubatan ni, macam2 karenah manusia yang bermasalah. Kekadang membuatkan aku termenung sejenak. Yang jelas ujian Allah berikan kepada manusia terlalu pelbagai....jelasnya setiap ujian yang Allah berikan kepada manusia mengikut tahap dan keimanan masing2 yang semestinya ia mampu hadapi..cuma Allah mahu uji sejauh mana kamu mampu bertahan dan bersabar dengan ujian Allah. Sebab itu Nabi mengajar kita, perbayakkan solat sunat taubat dan sunat hajat.

Solat Sunat Taubat, mohon taubat dengan Allh kerana ujian yang Allah beri pasti ada sebabnya.

Solat Sunat Hajat mohon kepada Allah hajat kita dan sertakan sekali niat kita untuk tolak bala.

Mudahan2 dengan kekuatan 2 solat sunat ini memberikan kita kekuatan.


Dalam sebulan 2 ini, datang kes masalah rumah tangga, suami ada perempuan lain, suami tak balik rumah dan macam2 lah masalah suami ni......Isteri yang datang ni kekadang tak lah mengatakan kelemahan dia atau masalah berpunca dari dia. Respon ku tentang ini...sepatutnya kena muhasabah diri dia dulu kenapa suami dia berlaku begitu....Memang tak nafi ada juga lelaki yang perangai berfoya2......Apapun nasihatku tentang ini jaga diri kita ( isteri ) terlebih dahulu...iseri kena layan/jaga dan bagi apa yang dia mahu secukupnya ( batin ) insya allah si suami tak main kayu 3. Apapun kita kena pasrah segala qada' dan qadar Allah...kita tak tahu yang mendatang.

Pening betul kepala nak selesaikan masalah rumahtangga orang ni.....

Pengikat kasih sayang rumahtangga : (Pesan Ustaz Hj Yussuf semasa aku form 3/4/5 di SMU Meheliah Geting )

1) Makan bersama ( biarlah air tangan isteri ) makan kat luar kekadang tu boleh lah

2) Solat berjemaah ( sekali sekala ajak suami solat kat umah ) suruh suami banyakkan solat berjemaah kat masjid/surau

3) Isteri perlu berhias terutama semasa suami pulang dari kerja

4) Isteri kena menawarkan diri untuk melakukan hubungan kelamin

5) Sentiasa bersalaman sewaktu pergi kerja dan pulang.

6) Isteri / suami makan atau minum bekas yang sama.

7) Kuatkan hati untuk bangun qiam bersama

Pesanan ini masih ku ingat sampai sekarang....syukran Ya ustaz....mudah-mudahan jadi iktibar atas perkongsian ini.

Link Info Syubhah

Pautan yang bagus dikongsi...dalamnya banyak info tentang halal dan haram...
http://www.syubhah.webs.com/

Monday, July 12, 2010

Link Buku Panduan j-QAF

Download buku panduan pembelajaran dan pengajaran j-QAF kat sini :

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=130&Itemid=71

Hitung Tarikh Lahir Di Bulan Islam

Tidak semua yang tahu bila tarikh lahir kita khususnya dalam bulan islam. Yang jelas kecenderungan kita kepada bulan Masihi adalah lebih mudah kerana lamanya pemikiran kita dijajah. Justeru anda tak perlu risau, gunakan kakulater ini..insya allah anda akan ketemui tarikh lahir anda.

Donwload perisian axcel untuk kiraan tarikh lahir anda:

http://www.ziddu.com/download/10674126/kalkulatortarikhlahir.xls.html

Saturday, July 10, 2010

Ceramah Pakatan Rakyat


Kepada muslimin dan muslimat, dijemput hadir ke caramah pakatan rakyat pada masa dan tempat yg telah tertera pada picture tersebut. Penceramah utama pada malam tersebut ialah Dato' Taib Azamuddin ( mantan imam besar masjid negara )