Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Wednesday, August 5, 2009

Gambar Kembar ku

Kepada sahabat2 dan pengunjung2........sedekahkan fatihah untuk kembar ana.....ana baru je terima petang tadi gambar ini dari abg ipar ana....hampir sebulan telah berlalu kembarku meninggalkan kami untuk selamanya....al-fatihah
sebak hatiku melihat gambar ini....namun apakan daya....setiap yang bernyawa pasti akan menemuinya...alfatihah







sesekali terniat juga dalam hati nak berjumpa dalam mimpi......tapi setakat ini tercapai lagi untuk bertemu dengannya...berbanding dengan arwah abg ku dan datuk ku.....mereka sudah kerap kali aku berjumpa...ya Allah...engkau maha kaya...hadirkan diri kembarku dalam mimpi ku......

Monday, July 20, 2009

Ribut diteluk Villa Putatan depan rumahku

bumbung terbang ditiub angin....seorang penduduk sedang menyaksikan secara live


gambar ini saya ambil pagi sekitar 6.30pg ketika nak ke sekolah
difahamkan dalam rumahnya banjir kerana dimasuki air....canves yang dipasang siap sekitar jam 10.30 mlm sebagai altenatif.

saksikan movie

Allahu akbar!!! Allahu akbar!!...Allahu akbar!!!....maha besar allah yang menciptkan segala isi bumi dan langit. Semuanya adalah kehendak dari Allah.... sama-samalah kita muhasabah diri...setiap yang berlaku ada sebab dan musabbab.

1. Allah memberi peringatan kepada kita atau..

2. Kaffarah atas kesilapan kita yang lalu atau ....

3. Allah ingin mengangkat martabat kita...atau...

semuanya perlu dijawab dengan iman kita sendiri.

kejadian ini berlaku depan rumah saya sekitar jam 5 lebih.....saya baru je nak mulakan sesi rawatan tiba-tiba angin bertiub kencang. Sebelum kejadian, tuan rumah masih diluar...5 minit sebelum bumbung terbang tuan rumah sampai...saya memaklumkan padanya berjaga-jaga sebab bumbung mahu terbang ....








peringatan bersama...apabila kita berdepan dengan suasana begini...jangan lupa untuk diazankan...kerana dikhuatiri musibah yang datang itu didampingi dengan benda-benda halus.....antara yang disarankan dalam islam

azan apabila :

1. rumah/hutan terbakar

2.ribut atau taufan

mudah-mudahan dengan azan kebakaran atau taufan akan reda


Saturday, July 18, 2009

Dengarkan Mp3 Israk Mikraj

Sempena dengan bulan rejab ini, ada baiknya kita mengingati kembali peristiwa-peristiwa besar dalam islam khususnya peristiwa israk dan mikraj. saudara-saudari boleh muat turun kat sini melalui link yang telah saya sediakan. Selamat mendengar dan ambil manfaat sebaik mungkin.

01. Ust Harun B Din
http://www.mediafire.com/download.php?dmzynmeutzn

02. Ust Nasaruddin Daud
http://www.mediafire.com/download.php?0uyegmeyyzy
03. Mohd Fuad Kamaluddin al-Maliki

http://www.mediafire.com/download.php?inlz55okyyn

04. Tuan Ibrahim Tuan Man
http://www.mediafire.com/download.php?fnrczgmgtcd

Sunday, July 12, 2009

Print amalan pembatal sihir

Kepada mereka yang berhadapan dengan masalah sihir, sila amalkan amalan ini dan niatkan ayat yang dibaca sebagai pendiding untuk diri sendiri. Niatkan juga sebagai pantulan kembali kepada tuan yang buat.
sila muat turun di sini :

http://www.mediafire.com/download.php?zvdwzmjynmj

ayat yang saya sertakan di sini ringkas je.....biar ringkas yang penting keyakinan dan berterusan.

Thursday, July 9, 2009

Terhangat Dipasaran Jam Berjenama

Assalamualaikum................
haahaaaa......mengisi masa terluang....saya cuba masukkan jam-jam yang berjenama....kalau anda berminat bolehlah hubungi saya.....







Description
Self Winding Automatic Movement: No need battery For Life. Glass : High Quality Mineral-Crystal Glass Case Size : 40mm Band : leather Band Color: Brown Date Indicator at 3 o'clock 100% Brand New





Description
Self Winding Automatic Movement: No need battery For Life. Glass : High Quality Mineral-Crystal Glass Case Size : 40mm Band : leather Band Color: Black Date Indicator at 3 o'clock 100% Brand New











Category Winding Movement. No Battery Needed For Life Dial Colour Black Glass High Quality Crystal Mineral Glass Case Stainless Steel Front & Back Band High Quality Black Leather Strap Size 31MM x 38MM Time setting Screw Out The Crown First And Set Time Condition 100% BRAND NEW
















Brand: CHOPARD 1000 MIGLIA GRAN TURISMO XL CHRONOGRAPH SPEED BLACK 3 SILVER
Engine: Top QUALITY AUTOMATICS (NOT NEED BATTERY FOR LIFE)
Case: HIGH QUALITY SOLID SWISS CASING STAINLESS STEEL
Band: HIGH QUALITY CHOPARD SPORT RUBBLE
Condition: 100% Brand New
Size: Men
Sub-Dial: All Function





BRAND:OMEGA DE VILLE HOUR VISION
CATEGORY:Automatic Movement From Japan.
BAND:OMEGA GENEINE LEATHER
GLASS:Cystral Scretch Resistance Glass
CASE:Stainless Steel Front&Back
SUBDIALS:Date
CONDITION:100% New
Free Watch Box





Friday, July 3, 2009

Ayat-ayat Pembatal Sihir

Ayat-ayat untuk pembatal sihir.
Cara amalan ialah niatkan ayat yang kita baca dan sedekahkan untuk badan kita. Jadikan ia sebagai pendiniding dan pantulan. Mudah-mudahan sihir yang datang kepada kita akan terpantul semula kepada si onar.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
} بِسْمِ اللّهِ الرّحْمنِ الرّحِيم {
} الْحَمْدُ للّهِ رَبّ الْعَالَمِينَ * الرّحْمنِ الرّحِيمِ * مَلِكِ يَوْمِ الدّينِ * إِيّاكَ نَعْبُدُ وإِيّاكَ نَسْتَعِينُ * اهْدِنَا الصّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ * صِرَاطَ الّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِم وَلاَ الضّآلّينَ {
} الَمَ * ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لّلْمُتّقِين * الّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصّلاةَ وَممّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ * والّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَآ أُنْزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالاَخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ * أُوْلَئِكَ عَلَىَ هُدًى مّن رّبّهِمْ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ {
} اللّهُ لاَ إِلَهَ إِلاّ هُوَ الْحَيّ الْقَيّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لّهُ مَا فِي السّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَن ذَا الّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مّنْ عِلْمِهِ إِلاّ بِمَا شَآءَ وَسِعَ كُرْسِيّهُ السّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيّ الْعَظِيمُ * لاَ إِكْرَاهَ فِي الدّينِ قَد تّبَيّنَ الرّشْدُ مِنَ الْغَيّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطّاغُوتِ وَيْؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ * اللّهُ وَلِيّ الّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُمْ مّنَ الظّلُمَاتِ إِلَى النّورِ وَالّذِينَ كَفَرُوَاْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مّنَ النّورِ إِلَى الظّلُمَاتِ أُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ { [البقرة: 255-258]
وَاتّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشّيَاطِينُ عَلَىَ مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنّ الشّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلّمُونَ النّاسَ السّحْرَ وَمَآ أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتّىَ يَقُولاَ إِنّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلّمُونَ مَا يَضُرّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الاَخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ{ [البقرة :102]
} وَأَوْحَيْنَآ إِلَىَ مُوسَىَ أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ * فَوَقَعَ الْحَقّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ * فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ * وَأُلْقِيَ السّحَرَةُ سَاجِدِينَ * قَالُوَاْ آمَنّا بِرَبّ الْعَالَمِينَ * رَبّ مُوسَىَ وَهَارُونَ { [الأعراف:117 –122]
} وَقَالَ فِرْعَوْنُ ائْتُونِي بِكُلّ سَاحِرٍ عَلِيمٍ * فَلَمّا جَآءَ السّحَرَةُ قَالَ لَهُمْ مّوسَىَ أَلْقُواْ مَآ أَنتُمْ مّلْقُونَ * فَلَمّآ أَلْقُواْ قَالَ مُوسَىَ مَا جِئْتُمْ بِهِ السّحْرُ إِنّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ * وَيُحِقّ اللّهُ الْحَقّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ { [يونس:79-81]
} قَالُواْ يَمُوسَىَ إِمّآ أَن تُلْقِيَ وَإِمّآ أَن نّكُونَ أَوّلَ مَنْ أَلْقَىَ * قَالَ بَلْ أَلْقُواْ فَإِذَا حِبَالُهُمْ وَعِصِيّهُمْ يُخَيّلُ إِلَيْهِ مِن سِحْرِهِمْ أَنّهَا تَسْعَىَ * فَأَوْجَسَ فِي نَفْسِهِ خِيفَةً مّوسَىَ* قُلْنَا لاَ تَخَفْ إِنّكَ أَنتَ الأعْلَىَ * وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوَاْ إِنّمَا صَنَعُواْ كَيْدُ سَاحِرٍ وَلاَ يُفْلِحُ السّاحِرُ حَيْثُ أَتَىَ { [طه:65-69]
} قُلْ هُوَ اللّهُ أَحَدٌ * اللّهُ الصّمَدُ * لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُنْ لّهُ كُفُواً أَحَدٌ {
} قُلْ أَعُوذُ بِرَبّ الْفَلَقِ * مِن شَرّ مَا خَلَقَ * وَمِن شَرّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ * وَمِن شَرّ النّفّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ * وَمِن شَرّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ{
} قُلْ أَعُوذُ بِرَبّ النّاسِ * مَلِكِ النّاسِ * إِلَهِ النّاسِ * مِن شَرّ الْوَسْوَاسِ الْخَنّاسِ * الّذِى يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النّاسِ* مِنَ الْجِنّةِ وَالنّاسِ{

Sunday, June 28, 2009

Inna Lillahi Buat Kembarku

Isyarat mata kiriku genap hari ke 5. Kata orang-orang tua, kalau mata kiri yang sentiasa bergerak-gerak, isyaratnya mahu menangis dan kalau isyarat mata kanan isyarat berita gembira. Dalam hati kecil ini sentiasa tertanya-tanya kenapa ni ????? Tergerak juga di hati kecil mahu bertanyakan perkhabaran dikampungku tapi ada sahaja halangannya. Hinggalah petang kelmarin sabtu sekitar jam 6 petang, aku mendapat panggilan dari kakakuku Mazlina " Jangan terkejut ye "....terus darahku tiba-tiba naik....Sabki belum lagi dijumpai tenggelam tak timbul-timpul..sayu rasanya hati ini di saat itu....kenapa ujian datang disaat aku dalam situasi isteri belum habis pantang bersalin....kalau sudah habis pantang atau sudah ada kekuatan segalanya, pasti aku ringankan kakiku ini terbang balik kelate di saat itu juga. Namun segala perancangan itu Allah ta'ala telah aturkan.....Ya Allah berikanlah aku kekuatan menempuhi hidup ini....
Isteriku menyuruh aku pulang, kejam rasanya kalu aku berbuat demikian...Aku redha atas pemergiannya. Orang yang selalu bertengkar dengan aku semasa kecil kini meninggalkanku buat selamanya. Jarak kami berdua cuma 5 minit sahaja. Aku yang keluar dulu kemudian barulah dia. Meskipun kami kembar tapi kami langsung tidak seiras malah bila kami berdua orang akan kata kami ni macam tidak kembar.
6 pg tadi sesudah subuh, aku menelefon kat rumah kelate.......kebetulan isterinya siti yang angkat, bunyi suaranya sudah membuatkan air matanya mengalir....aku tidak dapat menahan air mataku ini....lantas aku melontarkan kata-kata padanya..." sabar ye Siti " hanya itu yang aku mampu lontarkan.
Ya allah.......hambamu yang daif ini memohon keampunan buat saudara kembarku ku Mohd Sabki binti Halimah....Ampunilah segala dosa-dosanya yang lalu.

Biodata kami berdua :
Mohd Sabri b Ibrahim dilahirkan 5.12.1978 hingga ..???????????

Mohd Sabki b Ibrahim dilahirkan 5.12.1978 hingga 27.6.2009
hanya meninggalkan isterinya sahaja....zuriatnya mati sebelum bersalin dan hingga ke hari ini tidak dikurniakan rezeki...

al-fatihah buat saudara kembarku....mudah-mudahan segala bekalan yang engkau bawa mampu dijadikan hujjah dan syafa'at di alam sana.

Wednesday, June 24, 2009

Terkenang Kat Anak 2 orang Ini


Cuti bersalin isteriku telah pun habis...tambah lagi 2 hari pun dah habis....so kembalilah aku ke sekolah menjalankan tugas......yang menjadi mangsa si 2 orang hero ku ini.....untuk sebulan ni mungkin aku terpaksa letak mereka di pasti kebetulan disana ada tempat mengasuh....hari ni sudah hari ke 3 hantar mereka.....yang paling syahdu....mereka akan menangis tak mau tinggal sana...si abang pada mulanya seronok mau pergi sekolah..tapi masuk hari ke2, dia tak mau pergi....aku terpaksa pujuk dengan pisang goreng....hari ni pujuk dengan ais krim...esok entah apa lagi yang bisa memujuk hati mereka....si kecil yang paling menyahdukan hatiku.....dia manja sedikit....kelmarin hampir mengalir air mataku melihatkan mereka menangis kesedihan......sabarlah anak-anakku.....sementara tunggu ummimu ada kekuatan....

...

Friday, June 12, 2009

Ahlan Wasahlan Buat Puteri Baru

Allahu akbar.....mengalir air mata ini setelah sekian lama inginkan bayi perempuan. sebelum tepat jam 11.25 pg ketika dibilik bersalin, aku tetap memberi semangat kepada isteriku yang hampir tak bermaya agar kuatkan semangat, alhamdulillah allah permudahkan. Tepat jam 11.25 pg pada 17 jamadil akhir 1430/11 jun 2009 isteriku telah berjaya melahirkan seorang bayi yang seberat 3.4 kilo. Hampir seminit lebih aku tertanya2 lelaki atau perempuan sebab penglihatan aku terhalang. aku cuba bertanya doktor, lelaki atau perempuan, doktor sambil tersenyum melihat aku, tiba2 penglihatanku jelas melihat jantina. Aku terus melontarkan ucapan tahniah buat isteriku kerana Allah maqbulkan doa kita. Betapa pada masa itu air mata ingin mengalir tapi ku tetap mengawalnya. Namun tempiasnya tetap ada. Ku sujud syukur padamu Ya allah. Kami bercadang meletakkan namanya sebagai Nur Jannah/Nurul Jannah yang bermasud cahaya syurga.
gambar ini setelah 5 jam dilahirkan
أهلا وسهلا الى الأرض الدنيا

Mengiringi Pasukan Kawad Kaki Ke N9

Bertolak dari airpot Kota Kinabalu 10.45pg





Pasukan kawad kaki bergambar kenangan di SM Teknik Tuanku Jaafar

Tiba di Airpot Kota Kinabalu pada 10 jun 09 tepat jam 10.10pg

Lama Menyepi Kerana Terlalu Sibuk

Hampir 3 minggu aku tak sempat memasukkan berita2 terkini. Keadaan tidak mengizinkan. Kali ni aku ditugaskan sebagai Pengurus pasukan kawad kaki sekolah setelah cikgu Diah dan cikgu Haslinda pindah sekolah. Berat rasanya untuk memikul sesuatu tugas yang diterima kerana tugas sebagai penyelaras j-QAF pun tidak terlaksana secara tersusun lagi. Apapun semua itu satu cabaran dan pengalaman yang perlu aku hadapi. Alhamdulillah sedikit sebanyak ada juga mematangkan aku dalam bergerak dan menyusun strategi.

Sunday, May 31, 2009

Download Mp3 Zikir Pendinding Ringkas

MP3 Zikir Pendinding
Anda boleh muat turun MP3 Zikir Pendinding yang ringkas ini. Amalkan disaat anda free atau bila-bila masa sahaja yang anda inginkan kecuali ditempat-tempat yang diharamkan seperti tandas. Disiplan diri untuk membacanya terutama selepas solat subuh dan asar.

Ketika bacaan 3 Qul...niat dan minta kepada Allah lindungi diri kita dari segala kejahatan jin dan kejahatan manusia.

Ana halalkan segala penyebaran dalam apa jua bentuk sekalipun....gunakan segala kecanggihan yang ada pada hari ini.

Thursday, May 21, 2009

Wakaf Pasti Sempelang Kota Kinabalu

Hasil daripada mesyuarat malam tadi 20 mei 09 , wakaf lot untuk pasti sempelang masih berbaki sebanyak RM 27,000 yang belum terjual. 1 lot RM 50. Kepada yang berminat bolehlah menyalurkan sumbangan wakaf tersebut kepada :
Ust Muhammad b Suaid (0198121621)
Ust Muhasibi ( 0138600545)
Ana ( Sabri ) - ( o138898706)
Atau terus ke akaun Pas Tanjung Aru :
(Ana akan masukkan no akaun selepas ini coz terlupa simpan kat ner)
Pandangan dari depan


Alat permainan yang disediakan di pusat asuhan sempelang

Anak didik dari Pusat Asuhan Pasti

Pelancaran Pasti Sempelanag

Dirasmikan oleh al-fadhil Ust Nasaruddin Mat Isa

1 Lot/kaki RM 50
Boleh juga bagi sumbangan kurang dari RM 50 mengikut kemampuan anda.

Satu Lagi pelaburan yang menguntungkan

Anda ada lebihan duit ?
Saya orang berada ...
Saya baru je nak kaya....
Saya kaya pun tidak...miskin pun tidak.....
insyallah saya yakin dengan janji Allah...
Jom kita pakat derma RM 10 sahaja . Anda mampu memberinya !

Kepada sahabat2 dan pengunjung, anda inginkan pelaburan akhirat, insya allah tiada ada ruginya. Jangan lepaskan peluang ini sebelum ajal kita sampai. Ana takut bila nyawa dah sampai kat halkum baru berniat nak menderma. Tidak ada guna lagi.
Lupakah kita pada hadis nabi saw yang berbunyi :
عن ابي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية ، أو علم يُنتفع به ، أو ولد صالح يدعو له
maksudnya : apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibubapa mereka.
Mudah-mudahan dengan sumbangan sahabat-sahabat,tuan-puan akan dikira sebagai amal jariah kita semua. insyallah.
Kepada yang berminat bolehlah menghubungi ust Muhammad b Suaid di talian 0198121621.
RM 10 sahaja. Anda mampu memberinya ! Takbirr...

Saturday, May 16, 2009

Alternatif Barangan Boikot

Assalamualaikum.....kepada sahabat2,jiran tetangga, muslimin dan muslimat, pengunjung budiman....apakah kita istiqamah dengan barangan yang jelas memberi sumbangan besar kepada israel laknatullah......??? Terkadang kita terpesona dengan promosi yang ditawarkan hingga sanggup menggadaikan lebihan 10sen,20sen atau seumpamanya dengan membeli barangan yang memberi saham kepada israel.....mudah-mudahan Allah ta'ala memberi kita kekuatan untuk terus boikot dan tidak lagi tergoda dengan tawaran harga murah yang meraih kertas bewarna merah, biru dan seumpamanya dari poket kita.

Disini saya sertakan barangan alternatif yang mungkin sebagai penganti barangan yang memberi saham kepada israel.

racun serangga

ubat gigi


susu

sabun mandi

sabun mandi

sabun basuh pakaian

sabun basuh pakaian

berus gigi

lampin buang

milo


lampin buang

pewangi kereta antara penyumbang terbesar
mudah-mudahan memberi panduan kepada kita dalam membeli.

Saturday, May 9, 2009

Cita-citaku Nak Naik Ke Bulan

Nama saya Muhammad Sofiyuddin. Umur saya 1 tahun 10 bulan. Saya bercita-cita nak naik ke bulan.
ni aper punya fesyen tak tau lah......yang penting hatiku seronok
Jom kita minum dulu.....

ye.....saya berjaya mendarat dibulan...

Eksperimen bermula....cara mandian paling berkesan....