Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Friday, June 12, 2009

Lama Menyepi Kerana Terlalu Sibuk

Hampir 3 minggu aku tak sempat memasukkan berita2 terkini. Keadaan tidak mengizinkan. Kali ni aku ditugaskan sebagai Pengurus pasukan kawad kaki sekolah setelah cikgu Diah dan cikgu Haslinda pindah sekolah. Berat rasanya untuk memikul sesuatu tugas yang diterima kerana tugas sebagai penyelaras j-QAF pun tidak terlaksana secara tersusun lagi. Apapun semua itu satu cabaran dan pengalaman yang perlu aku hadapi. Alhamdulillah sedikit sebanyak ada juga mematangkan aku dalam bergerak dan menyusun strategi.

No comments:

Post a Comment