Isyarat mata kiriku genap hari ke 5. Kata orang-orang tua, kalau mata kiri yang sentiasa bergerak-gerak, isyaratnya mahu menangis dan kalau isyarat mata kanan isyarat berita gembira. Dalam hati kecil ini sentiasa tertanya-tanya kenapa ni ????? Tergerak juga di hati kecil mahu bertanyakan perkhabaran dikampungku tapi ada sahaja halangannya. Hinggalah petang kelmarin sabtu sekitar jam 6 petang, aku mendapat panggilan dari kakakuku Mazlina " Jangan terkejut ye "....terus darahku tiba-tiba naik....Sabki belum lagi dijumpai tenggelam tak timbul-timpul..sayu rasanya hati ini di saat itu....kenapa ujian datang disaat aku dalam situasi isteri belum habis pantang bersalin....kalau sudah habis pantang atau sudah ada kekuatan segalanya, pasti aku ringankan kakiku ini terbang balik kelate di saat itu juga. Namun segala perancangan itu Allah ta'ala telah aturkan.....Ya Allah berikanlah aku kekuatan menempuhi hidup ini....
Isteriku menyuruh aku pulang, kejam rasanya kalu aku berbuat demikian...Aku redha atas pemergiannya. Orang yang selalu bertengkar dengan aku semasa kecil kini meninggalkanku buat selamanya. Jarak kami berdua cuma 5 minit sahaja. Aku yang keluar dulu kemudian barulah dia. Meskipun kami kembar tapi kami langsung tidak seiras malah bila kami berdua orang akan kata kami ni macam tidak kembar.
6 pg tadi sesudah subuh, aku menelefon kat rumah kelate.......kebetulan isterinya siti yang angkat, bunyi suaranya sudah membuatkan air matanya mengalir....aku tidak dapat menahan air mataku ini....lantas aku melontarkan kata-kata padanya..." sabar ye Siti " hanya itu yang aku mampu lontarkan.
Ya allah.......hambamu yang daif ini memohon keampunan buat saudara kembarku ku Mohd Sabki binti Halimah....Ampunilah segala dosa-dosanya yang lalu.
Biodata kami berdua :
Mohd Sabri b Ibrahim dilahirkan 5.12.1978 hingga ..???????????
Mohd Sabki b Ibrahim dilahirkan 5.12.1978 hingga 27.6.2009
hanya meninggalkan isterinya sahaja....zuriatnya mati sebelum bersalin dan hingga ke hari ini tidak dikurniakan rezeki...
al-fatihah buat saudara kembarku....mudah-mudahan segala bekalan yang engkau bawa mampu dijadikan hujjah dan syafa'at di alam sana.
Sunday, June 28, 2009
Wednesday, June 24, 2009
Terkenang Kat Anak 2 orang Ini
Cuti bersalin isteriku telah pun habis...tambah lagi 2 hari pun dah habis....so kembalilah aku ke sekolah menjalankan tugas......yang menjadi mangsa si 2 orang hero ku ini.....untuk sebulan ni mungkin aku terpaksa letak mereka di pasti kebetulan disana ada tempat mengasuh....hari ni sudah hari ke 3 hantar mereka.....yang paling syahdu....mereka akan menangis tak mau tinggal sana...si abang pada mulanya seronok mau pergi sekolah..tapi masuk hari ke2, dia tak mau pergi....aku terpaksa pujuk dengan pisang goreng....hari ni pujuk dengan ais krim...esok entah apa lagi yang bisa memujuk hati mereka....si kecil yang paling menyahdukan hatiku.....dia manja sedikit....kelmarin hampir mengalir air mataku melihatkan mereka menangis kesedihan......sabarlah anak-anakku.....sementara tunggu ummimu ada kekuatan....
...
Friday, June 12, 2009
Ahlan Wasahlan Buat Puteri Baru
Allahu akbar.....mengalir air mata ini setelah sekian lama inginkan bayi perempuan. sebelum tepat jam 11.25 pg ketika dibilik bersalin, aku tetap memberi semangat kepada isteriku yang hampir tak bermaya agar kuatkan semangat, alhamdulillah allah permudahkan. Tepat jam 11.25 pg pada 17 jamadil akhir 1430/11 jun 2009 isteriku telah berjaya melahirkan seorang bayi yang seberat 3.4 kilo. Hampir seminit lebih aku tertanya2 lelaki atau perempuan sebab penglihatan aku terhalang. aku cuba bertanya doktor, lelaki atau perempuan, doktor sambil tersenyum melihat aku, tiba2 penglihatanku jelas melihat jantina. Aku terus melontarkan ucapan tahniah buat isteriku kerana Allah maqbulkan doa kita. Betapa pada masa itu air mata ingin mengalir tapi ku tetap mengawalnya. Namun tempiasnya tetap ada. Ku sujud syukur padamu Ya allah. Kami bercadang meletakkan namanya sebagai Nur Jannah/Nurul Jannah yang bermasud cahaya syurga.
Lama Menyepi Kerana Terlalu Sibuk
Hampir 3 minggu aku tak sempat memasukkan berita2 terkini. Keadaan tidak mengizinkan. Kali ni aku ditugaskan sebagai Pengurus pasukan kawad kaki sekolah setelah cikgu Diah dan cikgu Haslinda pindah sekolah. Berat rasanya untuk memikul sesuatu tugas yang diterima kerana tugas sebagai penyelaras j-QAF pun tidak terlaksana secara tersusun lagi. Apapun semua itu satu cabaran dan pengalaman yang perlu aku hadapi. Alhamdulillah sedikit sebanyak ada juga mematangkan aku dalam bergerak dan menyusun strategi.
Sunday, May 31, 2009
Download Mp3 Zikir Pendinding Ringkas
MP3 Zikir Pendinding
Ketika bacaan 3 Qul...niat dan minta kepada Allah lindungi diri kita dari segala kejahatan jin dan kejahatan manusia.
Ana halalkan segala penyebaran dalam apa jua bentuk sekalipun....gunakan segala kecanggihan yang ada pada hari ini.
Thursday, May 21, 2009
Wakaf Pasti Sempelang Kota Kinabalu
Hasil daripada mesyuarat malam tadi 20 mei 09 , wakaf lot untuk pasti sempelang masih berbaki sebanyak RM 27,000 yang belum terjual. 1 lot RM 50. Kepada yang berminat bolehlah menyalurkan sumbangan wakaf tersebut kepada :
Ust Muhammad b Suaid (0198121621)
Ust Muhasibi ( 0138600545)
Ana ( Sabri ) - ( o138898706)
Atau terus ke akaun Pas Tanjung Aru :
(Ana akan masukkan no akaun selepas ini coz terlupa simpan kat ner)
Satu Lagi pelaburan yang menguntungkan
Anda ada lebihan duit ?
Saya orang berada ...
Saya baru je nak kaya....
Saya kaya pun tidak...miskin pun tidak.....
insyallah saya yakin dengan janji Allah...
Jom kita pakat derma RM 10 sahaja . Anda mampu memberinya !
Kepada sahabat2 dan pengunjung, anda inginkan pelaburan akhirat, insya allah tiada ada ruginya. Jangan lepaskan peluang ini sebelum ajal kita sampai. Ana takut bila nyawa dah sampai kat halkum baru berniat nak menderma. Tidak ada guna lagi.
Lupakah kita pada hadis nabi saw yang berbunyi :
عن ابي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية ، أو علم يُنتفع به ، أو ولد صالح يدعو له
maksudnya : apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibubapa mereka.
maksudnya : apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibubapa mereka.
Mudah-mudahan dengan sumbangan sahabat-sahabat,tuan-puan akan dikira sebagai amal jariah kita semua. insyallah.
Kepada yang berminat bolehlah menghubungi ust Muhammad b Suaid di talian 0198121621.
RM 10 sahaja. Anda mampu memberinya ! Takbirr...
Saturday, May 16, 2009
Alternatif Barangan Boikot
Assalamualaikum.....kepada sahabat2,jiran tetangga, muslimin dan muslimat, pengunjung budiman....apakah kita istiqamah dengan barangan yang jelas memberi sumbangan besar kepada israel laknatullah......??? Terkadang kita terpesona dengan promosi yang ditawarkan hingga sanggup menggadaikan lebihan 10sen,20sen atau seumpamanya dengan membeli barangan yang memberi saham kepada israel.....mudah-mudahan Allah ta'ala memberi kita kekuatan untuk terus boikot dan tidak lagi tergoda dengan tawaran harga murah yang meraih kertas bewarna merah, biru dan seumpamanya dari poket kita.
Disini saya sertakan barangan alternatif yang mungkin sebagai penganti barangan yang memberi saham kepada israel.

Disini saya sertakan barangan alternatif yang mungkin sebagai penganti barangan yang memberi saham kepada israel.

Tuesday, May 12, 2009
Saturday, May 9, 2009
Cita-citaku Nak Naik Ke Bulan
Nama saya Muhammad Sofiyuddin. Umur saya 1 tahun 10 bulan. Saya bercita-cita nak naik ke bulan.
Mesyuarat Agung Pas Kawasan Putatan 2009
Alhamdulillah 30 Jamadil Akhir 1340 bersamaan 8 mei 2009, pas kasawan putatan telah berjaya di adakan diperkarangan surau astrol. Bermula dari solat magrib diadakan majlis aqiqah dan jamuan, selepas solat isyak mesyuarat agung dimulakan.
Wednesday, May 6, 2009
Mengiringi Murid Kawad Kaki Ke Tawau
Friday, May 1, 2009
Amalan Apabila Berdepan Dengan Musuh
Untuk menjadikan ayat2 ni sebati dengan kita seelok2nya kita jadikan ia sebagai zikir selepas solat. Caranya sedekahkan Fatihah kepada Rasulullah dan guru kita.
Kemudian barulah dimulakan dengan amalan/zikir yang kita inginkan.
1. Amalkan surah alam nasyrah sebanyak 7x setiap kali solat.
Insya allah bila berdepan dengan musuh, musuh akan tunduk.
Bacaalam nasyrah didepan musuh kita dan hembus.
2. Katakan musuh kita sudah melampau, baca ayat ini :
وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَكِنَّ الله َرَمَى
surah al-anfal ayat ke 17 .
Sila rujuk al-quran kerana ada ayat yang panjang pendek bacaannya.
Baca kemudian qasadkan tenaga kat tangan kita, mula membelasahnya.
3. Boleh juga dibaca ayat ini bila musuh mula agresif :
وَمَا مِنْ دَّابَّةٍ فِى الأَرْضِ وَلاَ طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَا حَيْهِ إِلاَّ أُمَمٌ أَمْثَالُكُمْ
Surah al-an'am ayat 38 .
Sila rujuk al-quran kerana ada ayat yang panjang pendek bacaannya.
Ayat ini akan meringankan tubuh kita....
Kemudian barulah dimulakan dengan amalan/zikir yang kita inginkan.
1. Amalkan surah alam nasyrah sebanyak 7x setiap kali solat.
Insya allah bila berdepan dengan musuh, musuh akan tunduk.
Bacaalam nasyrah didepan musuh kita dan hembus.
2. Katakan musuh kita sudah melampau, baca ayat ini :
وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَكِنَّ الله َرَمَى
surah al-anfal ayat ke 17 .
Sila rujuk al-quran kerana ada ayat yang panjang pendek bacaannya.
Baca kemudian qasadkan tenaga kat tangan kita, mula membelasahnya.
3. Boleh juga dibaca ayat ini bila musuh mula agresif :
وَمَا مِنْ دَّابَّةٍ فِى الأَرْضِ وَلاَ طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَا حَيْهِ إِلاَّ أُمَمٌ أَمْثَالُكُمْ
Surah al-an'am ayat 38 .
Sila rujuk al-quran kerana ada ayat yang panjang pendek bacaannya.
Ayat ini akan meringankan tubuh kita....
Tuesday, April 28, 2009
Kenduri Naik Quran
Tahniah kepada Syahirah dan Akmal kerana berjaya menghabiskan iqra' dan naik quran.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















