Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Friday, February 26, 2010

Musibah Kebakaran Di Kg Pandan Putatan

Malang buruk tidak berbau, satu kebakaran di kg Pandan Putatan yang melibatkan 42 rumah ( sumber berita TV3 )hangus terbakar.Ikut cakap2 orang kampung ketika aku ke pasar tadi dekat2 60 rumah. Allua'lam. Kebakaran berlaku sekitar 8.30pg.Masalah yang dihadapi, tekanan air rendah dan rumah terlalu dekat antara satu sama lain menyebabkan sukar untuk kereta bomba memasuki kawasan kebakaran.
Pemandangan dari teluk villa - pasir putih
Surau yang hampir dijilat api ( sekitar 10.10pg )





Pemandangan dari dekat ketika api sedang marak
Kepada anda yang tidak ditimpa musibah di alu-alukan bantuan dalam semua bentuk dan bolehlah menyalurkan bantuan kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah bertempat blog atas kedai al-amin pasir putih.



Wednesday, February 17, 2010

Kursus Pintar Jawi


Baru2 ni mengisi masa dan tambah ilmu, aku ada ikut kursus pintar jawi..alhamdulillah happr dapat ikut kursus itu coz banyak dapat ilmu.....saper2 berminat untuk downdload bahan jawi bolehlah download kat sini...

Tuesday, February 9, 2010

Dapatkan Kembali Barang Yang Dicuri

Saya dapat berita jiran sebelah rumah dicuri motornya ketika dimasjid putatan. Dah 2,3 hari dicuri..kesian...Dasar pencuri memang tak reti nak beza kat masjid atau dijalanan...yang penting misinya berjaya.Bila dapat tau...rasa geram teramat sangat. Rasa nak belasa je kalau kedapatan.
Apapun setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Teringat pula 1 qaedah yang guru saya bagi. Mudah-mudahan kesungguhan dan ketulusan hati kita, Allah qabulkan.

kaifiat :
1. Buat dulu solat sunat taubat dan lepas tu solat sunat hajat 2 rakaat.
2. Selepas salam , baca :

- fatihah : hadiahkan kepada rasulullah, para sahabat, guru2 dan muslimin dan muslimat.
- 1. يَا لَطِيفُ يَا حَفِيظُ
ulang sebayak 129x

- 2. surah lokman ayat 16 : baca 1x

ٰبُنَيَّ إِنَّهَآ إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ أَوْ فِي ٱلأَرْضِ يَأْتِ بِهَا ٱللَّهُ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ

kemudian ulang ayat ini dengan bilangan ganjil. Kalau termampu baca hingga 119x .

يَأْتِ بِهَا ٱللَّهُ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ
Minta dengan Allah supaya dikembalikan. Kebiasaan si pencuri akan kepanasan dan tak selesa.

Monday, February 1, 2010

Masa terluang

Cuti Sabtu dan Ahad sekarang betul2 cemburu, apatah lagi hari2 lain, bznya. Balik sekolah hari2 paling kurang jam 4. Alhamdulillah ahad petang cuba juga luangkan sedikit masa dengan family pi belakang rumah.
Bersama dengan si Nurul Jannah





Air yang jernih

Kalau macam ni, hari2lah kena bawa depa ni...cantik pemandangannya



Wednesday, January 13, 2010

Tuesday, January 12, 2010

Beberapa Petua

Petua ini saya dapat dari tok guru saya c.lan

1. Muntah dan cirit

Kebiasaan kalau berkaitan dengan muntah dan cirit, pastinya keracunan. Untuk redakan keadaan :
i)dapatkan air basuhan beras dan diberi minum kepada pesakit.
ii) atau diberi minum air kangkung.

2. Kudis yang melata kat badan

dapatkan daun nangka yang hijau, bakar daun hingga menjadi abu kemudian abu tadi dicampur dengan minyak masak, sapukan pada kudis tersebut.

Selamat mencuba.

Monday, January 11, 2010

Kelas Mengaji Al-quran 2010

السلام عليكم
Kepada anak2 yang mengaji quran dengan ustaz, insya allah kelas akan bermula 1 feb 2010 ( isnin ). Tolong sebarkan kepada rakan2 kamu yang lain. Penyertaan murid baru tidak diterima. Ustaz tak larat dah nak ngajar ramai2 ni. Carilah ustaz dan ustazah kat taman teluk villa ni yang lain. Ramai lagi. Kalau tak tau siapa mereka mai tanya ustaz, ustaz akan bagi no rumah mereka. Ramai lagi Ustaz dan ustazah yang tak der kerja...dok melepak kat umah je. Kamu kena faham keadaan ustaz, komitmen banyak.....syukran

Sunday, January 3, 2010

Download RPH j-QAF Tahun 6

Kepada sahabat2 yang nak download rph tahun 6, nah kau download lah sini....tak payah nak login apa2....sedekah fatihah je kat saya mudahan2 dapat pahala semua....jangan lupa agihkan kepada yang memerlukan..

http://www.ziddu.com/download/7977184/RPH_THN_6_Sem_1.pdf.html http://www.ziddu.com/download/7663084/rph-th6-jqaf-sem1-2.pdf.html

Saturday, January 2, 2010

Kenduri Bubur Asyura

Sekian lamanya aku menyepi dalam dunia kacau asyura' kini asyura yang selalu disebut2 dalam impianku selama 10 tahun kini kembali......lamanya tak kacau ayura ni......seingat aku last sekolah dulu sampailah ke tarikh 31/12/09...kat sini sempat juga bergambar2....cadangnya nak ambik gambar ikut step2 untuk latihan buat syura sendiri...coz asyura ni kalau nak harapkan generasi baru alaf nak segera semua ni memang tak reti buat asyura...contohnya aku sendirilah....tapi tak juga kesampaian nak ambik gambar mcm tu...coz aku pun dok buat kerja yg bermacam2....so kalau asyik dok bergambar je...apalak kata syef yg besar tu....bos besar yg pakai kopiah...heehe....
aku puji ayah...banyak benda pasal masak ni dia mmg pakar......dalam family aku hanya kak nah je yg aku nampak ikut jejak pakar masak.....

bubur asyura ni hampir nak masak.....bestnya...

semua tenaga, kecik hingga orang tua pakat2 bekerja

kaum hawa macam biasalah pakat dok kupas gotu dan goni....mcm2 lah tu



syef yg paling besar( my father ) sedang menyukat beras, masih lagi nak pakai penyukat, lastnya pakai cawan juga coz zaman sekarang nak cari kat ner penyukat ni....



kalau bukan kerana aku, kawah n dapur....depa ni tak boleh makan asyura...hehee..
kebiasaan bubur asyura hanya dibuat bulan muharam sahaja...kat kg aku ni tak ramai yang buat..kalau depa buat pun 1 kawah je....dalam family ku depa selalu buat 3-4 kawah, cuma kali ni 2 kawah setengah je...itu pun tak ke mana....tak cukup juga bila di agih2kan......bagus..kekalkan amalan bersedekah.....moga2 ada kebaikannya.

Wednesday, December 9, 2009

Khutbah Aidil Adha Tok Guru 2009

Khutbah Aidiladha Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat
Tarikh : 10 zulhijjah 1430 / 27.11.2009
Tempat : Masjid Pulau Melaka
Sila Download MP3

Nasihat Guru Untuk Perawat

Al-fadhil Ust Adnan beberapa kali membaeri teguran dan nasihat dalam kita membuat rawatan khususnya berkaitan dengan ganggaun mahkluk halus ini, antaranya :

1) ikhlas diri kerana Allah
2) amanah dalam melakukan tugas ( fardu ain / kifayah ) mengikut keadaan setempat
3) semua keizinan adalah dari Allah
4) Dalam kes penyembelihan, kita hanya menggunakan peantaraan dan keizinan dari Allah.

Dalam mengendalikan kes2 yang berkaitan dengan sihir, titik beratkan soal ini :

1) Tujuan kita lakukan rawatan agar pesakit sembuh
2) Jangan sesekali menawarkan diri untuk membalas perbuatan penyihir. Serahkan kepada Allah. Saya pernah menyoal bagaimana kalau dah berkali2 kita buat rawatan, apakah kita tidak berhak membalas balik bagi pihak pesakit ? Saya tanya sebab saya kekadang ada juga bagi sebiji dua kepada si penyihir, tapi bertujuan supaya penyihir itu ambil iktibar, jawab guru ; itu tidak menjadi masalah.
alasan : kerana kehidupan kita ada qisas, bagaimana kalau kita balas balik, tiba2 terlebih had dari apa yang si penyihir lakukan.
3) Kurangkan soal selidik dengan pesakit yang tidak sedarkan diri semasa proses rawatan. Contoh : dari mana kau datang? siapa yang suruh ? soalan kenapa, siapa, darimana,apa kau mau dan seumpamanya ini satu bala. Kenapa ?
pesakit yang tidak sedarkan diri, bila tanya dari mana, siapa tuan kamu ? Jin dalam badan pesakit akan menjawab terutama apabila diugut. Yakinkah kita dengan jawapan yang diberi itu adalah betul.
Apa kesan?
- berlaku syak dan pandangan buruk kepada penama yang disebut oleh jin pesakit
- berlaku pergaduahan antara keluarga pesakit dengan penama yang disebut oleh jin pesakit.

Justeru : kembali kepada asal, tujuan rawatan dilakukan agar ia sembuh, sihat seperti sedia kala.

Untuk pesakit, perawat perlu memberi zikir2 pendinding dan ditambah dengan zikir berkaitan dengan pembatal sihir. Di sini pesakit perlu kuatkan diri dengan melakukan zikir2 tersebut dan niatkan sebagai pantulan sekiranya berkaitan dengan sihir. Insyallah dengan izin Allah, pesakit akan merasa kelainan dan bersemangat.

Pengalaman : Kebanyakan pesakit hanya pergi berubat, tanpa :
1 ) Diberi zikir-zikir khusus
2) Zikir diberi tetapi tidak diamalkan
3) Pesakit tidak menjaga fardu yang lain cth : ( tidak solat, dedahkan aurat, tidak puasa dan fardu-fardu yang lain )

Pesanan untuk pesakit : Carilah mana-mana bomoh, dukun, rawatan islam dan seumpamanya kalau 3 perkara di atas tidak dititik beratkan, anda akan terus berada dalam gelomang tipuan dan gangguan syaitan.

Wednesday, December 2, 2009

Sekitar Raya Aidil adha
















Ulasan Doa Tok Guru


1. Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya dan seluruh pemuda Islam insyaallah mengaminkan doa Tok Guru sebagai seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati .
2. Sabda Rasulullah saw :
اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب
[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ]
ibnu Hibban
3. Rakyat dan pemimpin negeri Kelantan telah dizalimi apabila Kerajaan UMNO dan BN gagal memberikan hak mereka berupa royalti hasil minyak petroleum kurniaan Allah swt kepada bumi Kelantan . Kegagalan Kerajaan UMNO dan BN menunaikan tanggungjawab mereka memulangkan hak rakyat negeri kelantan sebenarnya adalah sikap yang dicela oleh Allah swt .
4. Belumpun sempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa , terlebih dahulu kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :
فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون
[ Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .]
5. Antara rezeki dan harta atau barang yang bermanafaat untuk rakyat Kelantan ialah royalti justeru royalti adalah hak mereka . Malangnya kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib termasuk dalam golongan mereka yang menghalang rezeki tersebut . Tuan Guru selaku pemimpin kerajaan negeri sudah jenuh berikhtiar dengan penuh diplomasi sebelum ini , nampaknya Datuk Najib dan kerajaan UMNO dan BN yang dipimpinnya tidak memahami bahasa diplomasi .
6. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi . [ الدعاء سلاح المؤمن ]
7. Adapun langkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyebut nama di dalam doa beliau sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :
اللهم عليك بقريش
Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]
8. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :
اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط
Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .
Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar .
Sirah Ibnu Ishaq
9. Zambry [ Menteri besar Perak yang tidak sah ] menunjukkan kejahilannya apabila mengeluarkan kenyataan kononnya Nabi saw tidak pernah mendoakan kecelakaan Abu Lahab . Mungkin Zambry juga tidak membaca al Quran Surah al Lahab . Bukankah Allah swt telah berfirman maksudnya :
Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan masuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .
Jika Allah telah melaknatnya dan ayat itu dibaca sepanjang zaman . Apakah Zambry memerlukan ayat lain untuk melaknat Abu Lahab ? Ayat ini dibaca oleh Nabi saw dan seluruh ummatnya disepanjang zaman .
10. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman .

Tuesday, November 24, 2009

Banjir kali ke 2

persediaan menghadapi banjir, menyiapkan perahu
perahu hampir siap untuk digunakan

hehe....sejuknya





ayam turut menjadi mangsa bajir


si beruk ni pun turut menjadi mangsa banjir










air mula naik mencecah ke lantai luar rumah, sekiranya hujan turun dengan lebat selepas ini, dijangkakan akan berlaku banjir besar lagi.




pesta air pastinya untuk kanak-kanak



Wednesday, November 18, 2009

Berbaki 2 hari

Sebulan 2 ni Allah je yang tau........sibuk sangat...nak bercerita kat blog pun tak sempat..ye lah tengah bz dgn rutin sekolah...tetiba ada je pesakit...inilah yang dikatakan ujian dan amanah kehidupan..insya allah di kelantan nanti aku akan bercerita semula.....itupun kalau tak sibuk....lagi tinggal 2 hari je aku akan melabuhkan saki baki hidup di Sabah..19 nov tepat 6.40pm aku akan berangkat....hampir 2 tahun aku tak balik kelate....apa sudah cerita aku pun tak tau...

Dalam lipatan memoryku...sepanjang 2 tahun tak balik ke kelate ni......kembarku kembali ke rahmatullah dan pastinya tidak akan kembali lagi......dibalik hati kecil ku terasa takut juga hendak berdepan dengan situasi ketiadaannya dirumah kelate ni...takut pilu, sedih dan seumpamanya....insya allah aku sampai malam jumaat..esok paginya hari jumaat, aku akan ziarah keluarga2ku yg telah pergi buat selamatnya.....rindu pada kalian semua...lama aku tidak menjenguk kalian...al-fatihah buat kalian semua.....

Thursday, October 22, 2009

wahai anak-anak ku


Anak-anak ku yang disayangi, ingat pesanan abi, besar nanti jadilah tentera-tentera Allah yang sentiasa menyumbangkan segala jiwa ragamu demi perjuangan islam. Usah gentar dengan segala ujian dan tohmahan, kerana semua ini adalah fitrah dan sunnatullah. Janji Allah pasti kan tiba....islam akan mentadbir suatu hari nanti.
Anak-anak ku.....cita-cita abi nak jadi hafiz quran tak kesampaian....dikaulah yang bakal meneruskan cita murni ini.....Ya Allah Engkau Maha Kaya, Engkau Maha Mendengar bisikan hati kecil ini, kurniakan kami anak-anak yang soleh/solehah..alangkah beruntung hamba-hambanya yang memiliki anak yang soleh dan solehah. Aku rindukan suasana seperti itu...Amin.....ya rabbal alamin....

Rehlah ke Kundasang dan Poring

aktiviti kupas durian

tengah bakar ikan dengan cikgu lan




view gunung kinabalu



sejuk bangat ni......




view gunung kinabalu.....sorang lagi anak aku tak der kat sini...



jambatan poring


bestnya dapat mandi budak2 ni.....



Cuti Depavali, kami satu family pi rehlah kundasang, bersama kami 2,3 family lagi....ambil masa sekitar 2jam 30 minit untuk sampai ke sana....

Wednesday, October 7, 2009

Ribut Melanda, Apa harus kita lakukan ?




Semenjak akhir-akhir ini sering kali kita dilanda ribut, meskipun tempias dari negara2 jiran, boleh tahan juga bila terkena....hakikatnya ia adalah musibah yang datang dari Allah. Sesetengah orang khususnya mereka yang berpendidikan tinggi menganggap ini adalah bencana alam. Tidak ketinggalan dikalangan pimpinan tinggi kerajaan juga pernah mengungkap perkataan sedemikian"bencana alam". Sedangkan islam mengajar kita segala kerosakan dan kemusnahan alam ini adalah hasil daripada tangan-tangan manusia sendiri.

Apapun sebagai hamba yang daif dan kerdil, seharusnya kita memohon kepada allah agar dijauhi dari segala musibah ini. Ucaplah perkataan إنا لله وإنا إليه راجعون apabila ditimpa sebarang musibah. Ayat ini sebenarnya tidak dikhususkan kepada kematian semata-mata malah ia seharusnya dilafaz dan digunakan untuk semua musibah.

Antara yang mungkin harus kita lakukan disaat genting berhadapan dengan sebarang bala dan musibah ini, lakukanlah :
1) solat sunat hajat, mohon kepada Allah untuk tolak bala.


2) baca doa-doa ini mengikut jenis-jenis musibah :


a) kebakaran سَلاَمٌ عَلَى إِبْرَاهِيمْ فِي الْعالَمِينِ



b) taufan / ribut : سَلاَمٌ عَلَى سُلَيْمَان فِي الْعَالَمِينْ




c ) Banjir : سَلاَمٌ عَلَى نُوحٍ فِى الْعَالَمِينْ




Bacalah doa ini sebelum dan ketika berlaku. Ulangi ia berkali-kali dengan harapan Allah menjauhi kita dari segala musibah.




Thursday, October 1, 2009

Download Kitab Fathul bari


Dapatkan kitab Fathul Bari dalam bentuk word. Terdapat 44 fail didalamnya. Kitab ini menggunakan bahasa arab....kena rujuk kamus lah....kamus yang paling baik berguru...
downlaod disini atau link kat sebelah kanan blog ini dibahagian muat turun pc

Gempa Bumi Ingatkan Kita Hari Goncangan

Akhir-akhir ini kerap kali berlaku gempa bumi...hari ini berlaku di negara2 luar...malaysia setakat ini selamat lagi....kajian mengatakan kerana faktor kedudukan bumi Malaysia terselamat dari ancaman gempa dan seumpamanya. Gempa bumi dalam bahasa melayu...dalam bahasa arah disebut zilzal/zalzalah. Saya sendiri ketika menuntut di al-azhar 1999-2003 pernah 1x mengalami situasi gempa bumi..ia berlaku hampir 7 saat...tapi tidak kuat....sekali rasa macam katil kena goyang....hakikatnya inilah yang dinyatakan dalam hadis nabi antara tanda0tanda qiamat semakin hampir kerap kali berlaku zalzalah. Marilah sama-sama kita hayati dan fahami isi kandungan dari surah ini. Dalam surah ini secara jelas dan terang menceritakan tentang goncangan bumi yang akan berlaku disaat hari qiamat nanti....insya allah jika ada ruang untuk khutbah jumaat nanti, saya akan membicarakan topik ini...dan insya allah saya akan cuba kaitkan dengan sains dan logik akal tentang bagaimana benarnya firman Allah ini.

maksud ayat :
1) apabila bumi digoncang dengan segoncangnya
2)nescaya bumi akan memuntahkan segala isi perut yang terdapat dalamnya
3)dan manusia bertanya "mengapa berlaku begini"?
4)pada hari itu menceritakan beritanya
5)kerana tuhanmu telah memerintahkan yang sedemikian itu
6)pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam2, supaya diperlihatkan kepada mereka balasan pekerjaan mereka
7)barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walaupun sebesar zarrah nescaya dia akan melihat balasannya
8)barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walaupun sebesar zarrah nescaya dia akan melihat balasannya.

download ust zahazan punya syarahan tafsir surah zalzalah