Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Thursday, April 9, 2009

Rumahku Di Teluk Villa


Rumah saya semasa dalam proses pembelian dan setahun tinggal di sana.
Januari 2008 hingga Nov 2008

Desember 2008 - Kini ( Belum bayak perubahan )

Kepada sahabat-sahabat dan pengunjung, inilah rumah saya di Teluk Villa Putatan. No 140 Lorong 1. Boleh lah datang ziarah-ziarah. Insya allah pintu sentiasa terbuka. tapi contek dulu coz takut-takut out station.

Sunday, April 5, 2009

Kenali Tok Kenali


Nama sebenar beliau ialah Mohamad Yusof Bin Ahmad. Beliau juga dikenali dengan nama timangannya iaitu Awang dan Awang Kenali. Akhirnya beliau dikenali sebagai Tok Kenali. Beliau lahir pada tahun 1287H bersamaan 1868M di Kubang Kerian, Kota Bharu. Bapanya seorang petani, manakala ibunya Fatimah adalah seorang anak tok lebai yang berilmu dan kuat ibadat dikenali sebagai Tok Leh.
Tok Kenali menjadi yatim sejak kecil apabila ayahnya meninggal dunia pada usianya yang baru mencecah 5 tahun. Seterusnya beliau dipelihara oleh datuknya, Tok Leh. Hasil didikan datuknya, Tok Kenali boleh membaca dan menulis sejak dari kecil. Ibunya pula sentiasa mendoakan agar anaknya ini menjadi orang yang berilmu dan dapat menyumbangkan ilmunya kepada masyarakat. Selain itu, nenek tirinya iaitu Tok Mek Ngah amat prihatin terhadap makanan dan minuman yang dimakan oleh Tok Kenali. Dia tidak membenarkan Tok Kenali makan makanan sembarangan sebaliknya beliau sendiri yang akan memasak untuk diberikan kepada cucu kesayangannya itu.
Pengajaran yang wajar diambil daripada kehidupan Tok Kenali semasa kecil ini ialah doa ibu terhadap anak dan makanan yang dimakan hendaklah dipastikan secara bersungguh-sungguh agar makanan tersebut bersih, halal dan suci.
Tok Kenali merupakan kanak-kanak yang pintar. Ekoran kepintarannya itu, semasa berusia 9 tahun, beliau telah dilantik untuk menjadi kerani oleh Penggawa atau Penghulu Kubang Kerian iaitu Tok Kweng Ahmad. Tugasnya ialah membilang pokok buah-buahan orang kampung yang berbuah untuk dipungut cukainya oleh Pejabat Penggawa. Tok Kenali mula belajar al-Quran sejak kecil daripada datuknya iaitu Tok Leh. Seterusnya beliau berguru dengan Tuan Guru haji Ibrahim. Ingatan Tok Kenali cukup kuat, sehinggakan pada usia 6 tahun, beliau sudah mampu mengingati dengan baik pelajaran yang dipelajarinya, di samping sudah dapat membaca al-Quran dengan baik.
Semasa Tok Kenali berumur 10 tahun, beliau berulang-alaik ke Kota Bharu yang jauhnya lebih kurang 8 kilometer dengan berjalan kaki. Usaha gigih yang dilakukan oleh beliau ini adalah semata-mata untuk belajar dan mendalami ilmu agama di Masjid Muhammadi terutamanya ilmu nahu Arab. Beliau berkeyakinan bahawa asas kepada pemahaman terhadap al-Quran dan hadis ialah penguasaan terhadap ilmu bahasa Arab terlebih dahulu kerana kedua-dua sumber utama dalam Islam diturunkan dalam bahasa Arab.
Ketika berumur 18 tahun, Tok Kenali melanjutkan pengajian agamanya di tanah suci Makkah. Kesungguhan Tok Kenali belajar ilmu di Makkah membuatkan Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad Bin Ahmad Zain Mustafa al-Fatani telah mengambilnya sebagai anak angkat. Selama lebih kurang 25 tahun menuntut ilmu daripada alim ulamak di tanah suci Makkah, membuatkan Tok Kenali berjaya menguasai pelbagai disiplin ilmu.
Tok Kenali berjaya menjadi seorang ulamak yang pakar dalam bidang nahu dan tatabahasa Arab. Dalam bidang fekah, beliau berjaya menguasai ilmu dalam keempat-empat mazhab iaitu Syafei, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Namun, mazhab Syafei menjadi asas kepada pegangannya. Dalam bidang tasawwuf, Tok Kenali mirip kepada aliran tasawwuf yang dibawa oleh Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali. Manakala dalam bidang akidah, beliau mirip kepada aliran Abu Hassan al-Asyaari dan Abu Mansur al-Maturidi.
Tok Kenali pulang ke tanahair untuk mencurahkan ilmu yang dipelajarinya pada tahun 1908. Beliau mengambil keputusan untuk pulang juga adalah ekoran kematian guru dan ayah angkat yang disayanginya iaitu Syeikh Wan Ahmad yang menghembuskan nafasnya yang terakhir di bumi Makkah pada tahun 1906.
Sekembalinya beliau ke tanahair, beliau telah mengasaskan penubuhan dua buah pondok di kampung kelahirannya dalam mukim Kenali. Selain mengajar di pondok, beliau juga mencurahkan ilmu di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Setelah kematian ibunya, beliau berhijrah ke Kota Bharu dan menjadi tenaga pengajar utama di Masjid Muhammadi yang sememangnya terkenal pada waktu itu sebagai pusat pengajian terbilang di Nusantara. Setelah 5 tahun tinggal di Kota Bharu, beliau kembali semula ke kampungnya dan mengasaskan penubuhan pondok di Kampung Belukar dalam mukim Kenali. Dakwah yang disampaikan oleh Tok Kenali mendapat sambutan hangat apabila berduyun-duyun orang ramai datang untuk menuntut ilmu daripadanya. Apatah lagi pada waktu itu, masyarakat begitu mencintai ilmu dan majlis ilmu.
Tok Kenali bukan sahaja terkenal sebagai ulama besar pada waktu itu, tetapi masyarakat juga begitu kagum dengan akhlak dan keperibadian yang ditonjolkan oleh beliau. Antara akhlak dan keperibadian mulia Tok Kenali adalah seperti yang berikut:
Sangat menghormati dan memulaikan ibu bapa. Beliau sering memohon restu daripada ibunya sebelum melakukan sesuatu.
Seorang yang zuhud, merendah diri, sangat pemurah dan suka menderma.
Sentiasa berusaha memenuhi jemputan dan undangan orang ramai. Beliau tidak menghampakan hajat masyarakat terhadapnya kecuali apabila beliau mendapat keuzuran.
Gemar beriktikaf di masjid, membaca al-Quran dan banyak berzikir kepada Allah.
Minat yang tinggi terhadap ilmu dan suka membaca.
Suka berjalan kaki.
Tidak bermewah dalam berpakaian, sebaliknya pakaiannya cukup berserdahana.
Penyabar dan tidak mudah marah.
Antara sumbangan Tok Kenali dalam masyarakat Islam di Nusantara ialah:
Mendirikan sistem pengajian pondok yang berkonsepkan pengajian secara 'halaqah'.
Menggalakkan sistem hafazan dalam pembelajaran bahasa Arab, tauhid, fekah dan tasawwuf.
Melahirkan ulama dalam pelbagai disiplin ilmu agama.
Mendorong pembukaan sekolah-sekolah Melayu.
Mengumpul dan menyimpan hasil kesusasteraan Melayu klasik.
Tok Kenali menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah 2 bulan diserang sakit kaki. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana menderita sakit kaki dan tidak dapat berjalan, namun beliau tidak pernah mengeluh di atas segala kesakitan yang ditanggungnya itu. Beliau meninggal dunia pada hari Ahad 2 Syaaban 1352 Hijrah bersamaan 19 November 1933 Masihi ketika berusia 65 tahun. Lebih daripada 2500 orang yang datang dari segenap pelusuk untuk menziarahi jenazah Tok Kenali. Lebih daripada seribu orang telah menunaikan solat jenazah untuk allahyarham Tok Kenali.

Keralekkan Menonton Upin & Ipin

Hari ni aku tak ke mana-mana. Just dok Umah jer mengasuh anak-anakku. Isteri ke muktamar muslimat hari ni. So bagi mengawal kenakalan dan gelagat anak-anak, aku buka citer upin & ipin.



Beginilah kesungguhan mereka berdua khusyuk tak terkata bila dah dapat tengok citer kegemaran mereka ni. Citer yang pada mereka tak jemu-jemu coz setiap hari tengok. Apa nak dikata.

Thursday, April 2, 2009

Mencari Khusuk Dalam Solat

Solat merupakan salah satu rukun islam yang wajib dilaksanakan dalam apa jua keadaan sekali pun. Apa yang ditakuti apakah solat kita diterima atau sebaliknya. Takutnya pada peringatan "maka celakalah bagi mereka yang mendirikan solat, orang-orang solat mereka lalai
" فويل للمصلين ألذين عن صلاتهم ساهون
Justeru kebayakan ulamak membincangkan cara-cara untuk mendapatkan kekhusyukan ketika solat.

1) Wuduk yang sempurna

2) datang awal ke masjid bagi yang solat berjemaah dimasjid atau seumpamananya dan lakukan solat sunat qabliyyah terlebih dahulu. Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat MB Kelantan dalam kuliahnya ketika membincangkan kitab Ihya' Ulumuddin ( إحياء علوم الدين ) tujuan solat sunat untuk memujuk hati kita kepada solat dan meninggalkan perkara2 dunia.

3) Betul dan rapatkan sof dengan cara yang betul iaitu menyamakan tumit dengan orang sebelah kita.

4) Baca doa " رَبِّ أّعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِين وَأَعُوْذُ بِكَ رَبِّي أَن يَحْضُرُونَ" dan baca surah an-nas

5) Memahami setiap bacaan dalam solat terutama bagi kita orang ajnabi ( bukan arab ) Takbiratul-Ihram & Takbir Allah Maha Besar.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujin ya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,Rahmatilah daku,kayakan daku,angkatlah darjatku, rezekikan daku,berilah aku hidayah,sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau sela watkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Mudah-mudahan memberi manfaat kita semua.

Tuesday, March 31, 2009

Bezanya IQ Murid Sekarang Dengan Murid Dulu

Seperti biasa setiap kali saya mengajar ada je cerita2 yang akan disampaikan mengikut keadaan subjek yang diajar. Baik Quran ke, akhlak, ulum dan seumpamanya supaya murid-murid tidak boring. Hari ni saya ada mengajar akhlak di tahun 5SK di bawah tajuk adab menolong ibubapa.

Perbincangan yang di bawa adalah dari segi hukum dan kebaikan kita menolong ibubapa. Alhamdulillah mereka semua faham menolong hanya kepada perkara-perkara yang baik sahaja, yang jahat tidak dikira derhaka jika menginkarinya. Kesimpulan dari itu, saya menghuraikan satu kata-kata " syurga dibawah tapak kaki ibu " .

Saya pun menceritakan satu cerita yang pernah diceritakan oleh ust saya dulu-dulu, bila murid-murid mendengar " syurga dibawah tapak kaki ibu " ada murid ni balik rumah dia pergi tengok betul ke syurga ada dibawah tapak kaki ibu. Untuk memudahkannya dia pi tengok syurga itu semasa ibunya sedang tidur. Ditengok-tengoknya tak der pun kat kaki ibunya, so naik lah ke atas sikit pi ke betis pun tak der syurga tu, pi lagi naik lutut pun tak der, naik lagi ke paha puuun tak der, last jumpa syurga lain, eh...ehh.. ini syurga bapak ni.........hahhaha....punya ketawanya budak-budak dalam kelas......

Beginilah tingginya IQ murid-murid sekarang...

Monday, March 30, 2009

Sampaikanlah Ilmu Walau Sepotong Ayat

Hampir setahun 3 bulan aku menetap di Teluk Villa Putatan. Pada mulanya tidak ada orang yang datang mengaji quran kat rumah aku kecuali anak murid tetap semasa tinggal di petagas. Kini bila dah setahun lebih yang mengaji mencecah 30 orang. Alhamdulillah...ikutkan hati malas sudah terima orang untuk ngaji coz terlalu ramai. Tapi fikirkan ini saje sumbangan yang mampu aku berikan pada penduduk taman teluk villa ni.
Salah seorang muridku Hafiz Danial kalau tak silap nama penuhnya hampir 6 bulan baca iqra' kini sudah mampu membaca quran dengan baik. Penekanan kini kepada hukum tajwid sahaja. Tahniah kepada Hafiz.....sejuk hati mak dia....pengalaman maknya bila menceritakan sebelum ni ada juga hafiz pergi ngaji tapi mcm tak der perubahan tapi bila mai ngaji kat sini....sudah mula menunjukkan potensi....syukur....

Ini Nik ( baju biru ) dan sorang lagi saper namanya, aku belum kenal dengan jelas lagi coz baru juga ngaji kat sini dalam seminggu dua ni...mereka sek kat SMK pekan putatan ni jer. Syabas kepada mereka kerana semangat untuk belajar quran tu ada. Harapan aku mereka ni bukan setakat semangat belajar quran je, kalau boleh solat dan lain2 pun sama juga. Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan kepada aku dan mereka semua untuk menjalani kehidupan yang akan datang.

Wednesday, March 25, 2009

Siaran Langsung Kuliah Ilmu

Jom kita pakat dengar kuliah maghrib secara langsung.

Kuliah Maghrib setiap hari Rabu (Tafsir Al-Quran oleh Ustaz Nasrudin bin Hassan At-Tantawi) dan Khamis (Tafsir Hadis Kitab Riadhussolihin Imam Nawawi oleh Ustaz Nasrudin bin Hassan At-Tantawi) menerusi WebTV1.

Sila Klik dapa URL yang saya sediakan disini
:http://webtv.pas.org.my/v2/

Setiap Pagi Jumaat : Kuliah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

http://www.kelantan.tv/

Kuliah Jumaat dari Masjid Rusila Marang, Terengganu.Oleh Tuan Guru HajiAbdul Hadi bin Awang. Jam 9.00 pagi.

http://terengganukini.net/v2/

Saturday, March 21, 2009

Permasaalahan Berkaitan Dengan Solat Siri 2

Kanak-Kanak dalam Saf
Soalan:
Saya nak tahu tentang hukum kanan-kanak yang belum baligh sembahyang bersama dengan kita. Apa hukumnya, tolong jelaskan?
Jawapan:
Jika kita solat berjamaah sedangkan didalam saf tersebut terdapat kanak-kanak, maka solat kita tetap sah bahkan pahala berjamaah tetap tidak terjejas, cuma hanya berkurang dalam pahala saf. Jadi perkara yang tidak baik jika kita melarang kanak-kanak ikut bersama-sama orang tua berjamaah di masjid. Bahkan setengah masjid di tempat kita sengaja membuat pengumuman melarang kanak-kanak umur lima tahun masuk ke dalam masjid. Sebetul cara ini secara tidak langsung kita telah mematikan minat anak untuk datang dan mencintai masjid. Padahal Rasulullah SAW pernah membawa cucu baginda ke dalam masjid ketika baginda menjadi imam. Ketika itu Hassan dan Hussein memanjat bahu baginda sehingga baginda melamakan sujudnya. Ini membuktikan bahawa Rasulullah begitu peka terhadap perkembangan agama kanak-kanak.

Barangkali masyarakat kita perlu merubah minda yang keliru dalam mendidik anak-anak mencintai masjid dan melatih mereka dalam solat. Jangan terlalu memperhatikan pahala saf sehingga minat anak-anak dikubur atau diabaikan. Wallahu A'lam.

Sunday, March 15, 2009

Download kitab-kitab di sini

Dapatkan tafsir quran edisi bahasa arab di sini
Download Kitab Tafsir Quran, Kitab Hadis, Tauhid & Feqh
Kebayakannya dalam edisi bahasa indon.
jangan lupa download !!!

Permasaalahan Berkaitan Dengan Solat Siri 1

Tertidur Waktu Solat Subuh


Soalan:
Saya mendengar ada orang mengatakan kalau kita terlewat bangun waktu Subuh lalu waktu Syuruk telah lepas, kita boleh terus sembahyang Subuh tanpa perlu niat Qadha'. Betulkah Ustaz? Kalau boleh Ustaz tolong jelaskan?
Jawapan:
Jika kita terlewat waktu subuh kerana tertidur, sedangkan waktu syuruk telah lepas ataupun matahari telah terbit, maka ketika terjaga tersebut segeralah mengerjakan solat Subuh. Tidak perlulah kita berniat qadha', sebab terlepas sesuatu hukuman tersebut lantaran bukan sengaja. Namun jika kita mengetahui telah masuknya waktu subuh tetapi kita meneruskan tidur, maka perkara ini jelas berdosa.


Dua Imam Satu Surau
Soalan:
Apakah hukumnya sembahyang dua imam (dua kumpulan makmum) dalam satu surau yang hanya dipisahkan oleh dinding, seandainya sembahyang tersebut ialah sembahyang fardhu yang dilakukan serentak?
Jawapan:
Mengerjakan solat dengan dua imam dalam satu surau dalam masa yang sama hukumnya tidak boleh. Dalam masalah ini kami kemukakan tentang imam tetap dalam satu masjid. Jika satu jamaah hadir disuatu masjid yang mempunyai imam tetap tetapi pada masa itu ia tidak hadir, maka diperintahkan kepada mereka menghantarkan utusan menjemput ia hadir. Tetapi jika bimbang luput waktu solat, maka dibolehkan seorang yang lain tampil menjadi imam. Kata Imam Nawawi, jika dibimbangkan timbul fitnah hendaklah mereka solat bersendirian dan diistihbabkan kepada mereka mengulangi solat bersama imam itu jika ia hadir. Jadi jelaslah jika tidak hadir saja imam tetap disuruh solat sendirian jika khuatir menimbulkan fitnah apakah lagi dengan sengaja membuat jemaah sendiri di belakang atau di sebelah imam yang sedang solat.

Seandainya kita orang yang datang kemudian, sedangkan di dalam surau atau masjid tersebut ada dua imam yang sedang berjemaah, maka dalam hal ini ada beberapa pendapat. Jika makmum dapati dua orang imam masing-masing sedang solat dengan jemaahnya, maka ikutilah imam yang tetap. Namun jika keduanya tidak termasuk imam yang tetap dan masing-masing sebaya dan memiliki ciri-ciri imam yang dikehendaki, cuma perbezaannya yang satu cepat bacaannya sedangkan yang satu lagi lambat. Menurut Al Faurani dalam kitab Al Ibanah "Hendaklah dilihat kepada makmum itu sendiri. Jika ia seorang yang lambat membaca maka hendaklah ia mengikut imam yang lambat membaca. Sebaliknya jika ia cepat membaca maka hendaklah ia mengikuti imam yang cepat membaca".

Imam Al Tarmizi telah menjelaskan dalam Al Sunah iaitu diistihbabkan kepada imam bertasbih enam kali dalam rukuk dan sujud supaya makmum di belakangnya sempat bertasbih tiga kali". Kemudian menurut Imam Syafi'e dalam kitab Al-Umm "Pada hemah saya eloklah setiap masa bagi imam menambahkan tasyahud, tasbih dan bacaan surah sekadar yang dilihatnya boleh memberi kesempatan kepada makmum yang berat lidahnya menyempurnakan bacaannya yang perlu dibaca olehnya."

Hukum Mufaraqah Dari Imam Ketika Solat

فتـاوى الصلاة
هل يجوز للمأموم ترك الصلاة خلف الإمام؟.
السؤال: هل يجوز للمأموم ترك الصلاة خلف الإمام؟. المفتي: الشيخ / عبــد الآخـــر حمـــاد الإجابة: الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد,,
لا أدري إن كان مقصود الأخ السائل السؤال عن ترك المأموم للصلاة خلف الإمام بعد أن يكون قد دخل معه في الصلاة ،أو أنه يترك الصلاة خلفه فلا يصلي خلفه أصلاً .
فإن كان الأمر الأول هو المقصود فهذا الذي يسميه العلماء بمفارقة الإمام ،وصورته أن ينوي المأموم مفارقة إمامه ويكمل الصلاة وحده ، والأصل أن ذلك لا يجوز وأن على المأموم أن يتابع إمامه لقول الرسول صلى الله عليه وسلم : (إنما جعل الإمام ليؤتم به), ولكن إذا كان هناك عذر يمنع المأموم من الاستمرار في صلاته مثل إطالة الإمام الصلاة بصورة تشق على المأموم فله مفارقة الإمام ،وقد ورد في ذلك حديث في الصحيحين فيه أن معاذاً رضي الله عنه صلى بقومه فأطال بهم الصلاة فانفتل منهم رجل فصلى وحده ،ثم أخبر الرسول صلى الله عليه وسلم بذلك فلم ينكر عليه ،بل أنكر صلى الله عليه وسلم على معاذ إطالته الصلاة فقال له : (أفتان أنت يا معاذ)،وهكذا لو كان الإمام يسرع في صلاته إسراعاً شديداً بحيث يضيع ركن الاطمئنان فإن للمأموم أن ينوي المفارقة كذلك ،وقس على ذلك.
أما إن كان المقصود أن يترك المأموم الصلاة خلف إمام معين فلا يذهب للصلاة وراءه أصلاً ،فإنه إن كان هناك سبب شرعي بأن يكون هذا الإمام فاسقاً أو مبتدعاً فنعم له ذلك ،بل عليه أن يترك الصلاة خلفه ويبحث عن إمام آخر غير مبتدع ولا فاسق ،إلا إذا لم يكن في منطقته غير أولئك المبتدعين فإنه يصلي خلفهم ولا شيء عليه في قول عامة أهل العلم لأن الصلاة خلفهم خير من ترك الجمع والجماعات كما بينه شيخ الإسلام ابن تيمية في المجلد الثالث والعشرين من مجموع الفتاوى والله أعلم

Saturday, March 14, 2009

Sambutan maulidurrasul

Renungan buat semua tatkala sambutan maulid nabi. Saban tahun kita menyambut maulidurrasul disetiap lapisan masyarakat dan kakitangan kerajaan samada di masjid-masjid,sekolah-sekolah, jabatan-jabatan dan lain-lain.
Hakikatnya rasulullah tidak pernah menyambut hari kelahirannya dan begitu juga para sahabat rasulullah pun tidak pernah menyambut hari kelahiran rasulullah. Sambutan maulidurrasul mula disambut semenjak sedekad dua dekad ini hasil daripada kesedaran ulamak-ulamak kita ekoran umat hari ini makin lupa tentang sejarah perjuangan rasulullah.
Mujurlah adanya ulamak-ulamak yang menyedari betapa perlunya sambutan maulidurrasul bagi meletakkan rasulullah dihati kita semua. Persoalannya, sambutan yang diadakan kini hanya sekadar perarakkan sepanduk yang dilakukan oleh setiap jabatan dan lain-lain agensi dan apabila selesai sahaja perarakan tersebut sepanduk2 diletak di stor atau bilik2 khusus. Tidak lebih daripada itu.



Sunday, March 1, 2009

Antara Aurat, Tudung & Fesyen yang Tergadai


Merujuk kepada firman Allah dalam surah an-nur ayat 31:

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
maksudnya:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya( labuhkan ).

Satu persoalan yang berlaku di zaman bergaya dan fesyen terkini, kalau boleh semuanya nak di fesyenkan hingga dalam sedar tak sedar terpesong dari konsep islam yang mendidik ke arah ubudiyyah dan rasa rendah diri untuk patuh kepada Allah.

Gambar di atas yang saya paparkan semuanya menjelaskan fesyen terkini yang kononnya pada pemahaman sesetengah wanita islam ia menutup aurat, hakikatnya ia adalah satu gambaran yang prnah disabdakan oleh nabi saw pada 1430 tahun dahulu " di akhir zaman umatku perpakaian tetapi umpama tidak berpakaian".

Maaf saya katakan, realitinya, kebanyakkan wanita hari ini lebih kepada fesyen. Agak susah untuk melihat wanita-wanita bertudung seperti yang sarankan dalam firman Allah " labuhkan tudungmu hingga ke paras dada" Ulamak dalam menafsirkan perkataan labuh ke paras dada sehingga pakaian/tudung tidak membentuk tubuh seseorang. Selagi terbentuk tubuh, ia tidak menepati kehendak islam yang sebenar.

Di mana kedudukan anda sekarang? Alah.....janji aku tutup aurat.....Alah...lebih baik pakai dari langsung tak pakai.....inilah yang berlaku dikalangan wanta hari ini.
Ada juga yang pakai tudung cat bawal dan seangkatan dengannya...cat jenis ini tidak diluluskan kerana ia nipis dan terbayang. Inilah yang dikatakan pakai tudung macam tak pakai.
jumpa lagi dalam episod seterusnya...

Saturday, February 28, 2009

Muhasabah Diri

Ayuh sahabat-sahabat, kita renung bersama sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sekalian yang membaca, kekadang kita merasakan kita ini adalah yang terbaik. Buktinya kita selalu kritik hasil kerja orang lain, buktinya kita tidak menghargai kerja orang lain, buktinya kita tanpa rasa rendah diri mengarahkan sesuatu perkara yang padanya mengharapkan adanya habuan yang dia akan dapat tanpa memikirkan penat lelah orang yang memerah tenaga, fikiran dan segalanya untuk sesuatu yang dirancang. Itulah yang dikatakan resam kehidupan.
Satu kisah yang mungkin boleh dikongsi bersama, kalau tak silap kisah Lukmanul Hakim bersama anaknya dalam satu destinasi. Berjalanlah Lukmanul Hakim bersama anaknya menuju ke suatu tempat dengan menunggang seekor keldai. Anaknya dengan selesa berada di atas tungganggan sedang bapanya Lukmanul Hakim berjalan kaki. Tiba-tiba berkatalah seseorang yang tidak dikenali, dasar anak derhaka, tergamak dibiarkan bapanya berjalan kaki sedangkan dia menunggang keldai.
Lalu turunlah anaknya dari tunggangan tersebut dan giliran bapanya pula yang menunggang keldai sedang anaknya berjalan kaki. Berjalanlah mereka berdua ke destinasi yang dituju. Tiba-tiba berkatalah seseorang kepada Lukmanul Hakim, dasar bapa yang tak kasihkan anak, sanggup dibiar anaknya berjalan kaki sedang dia bersenang lenang atas tunggangan.
Lukmanul Hakim dan anaknya meneruskan perjalanannya. Kali ini mereka berdua menunggang keldai tadi bersama-sama, anaknya didepan dan bapanya dibelakang. Tiba-tiba berkata seseorang , dasar manusia tidak ada hati perut, keldai itu dah lah kecil, dinaik kedua-duanya atas keldai itu.
Akhirnya Lukmanul Hakim bersama anaknya meneruskan perjalanan tanpa dijadikan keldai itu sebagai tunggangan sambil menarik tali keldai itu. Tiba-tiba berkata seseorang, ada keldai dibawa sahaja, kenapalah tidak dijadikan keladai itu sebagai tunggangan. Mengeluh panjang Lokmanul Hakim bersama anaknya.
Kesimpulan….ragam manusia ini bermacam-macam, ikhlaskan niat dalam semua perkara 100% peratus, tidak boleh 80-20% . Yakinlah, sesungguhnya keikhlasan yang sebenar akan menatijahkan sesama kita bertolak ansur, , memahami antara satu sama lain dan yang paling kemuncaknya dicampakkan ke dalam hati kita reda di atas apa yang berlaku. Hasilnya, kepenatan yang dirasai merupakan satu pengorbanan dan pengalaman manis dan sudah pasti kegembiraan akan dikecapi selepas daripada itu. Soalnya …bilakah????
Berkata saidina Omar al-khattab :

حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا
Hisablah diri kamu terlebih dahulu sebelum kamu dihisabkan.

sekiranya setuju dengan atikel ini diam dan muhasabah sekarang juga, jika tidak setuju boleh dipanjangkan.

Sekian-http//:telukvila.blogspot.com

Wednesday, February 25, 2009

Bahan Bacaan Dalam Solat




Hancurkan Tempat Maksiat

Salah satu cara untuk menghancur dan musnahkan maksiat ( tempat judi, tempat kaki botol, atau apa2 je yang berbentuk maksiat) boleh juga test tempat budak2 melepak dengan membaca ayat :

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ البَاطِلِ إِنَّ البَاطِلَ كَانَ زَهُوْقًا

baca pada batu kecil ( sebesar ibu jari ) sebanyak 7x untuk 7 biji batu. Batu itu dibaling pada tempat maksiat. Ulang selama 7 kali atau 7 hari ( bersamaan 49 batu ). Mengikut guru saya orang yg berada / terlibat tidak rasa selesa dan panas menyebabkan mereka tidak akan bertahan utk berada di situ. Pengalaman ini telah dikongsi bersama melalui guru saya sendri dan kawan saya.

Lama Menyepi

kesibukan 2,3 minggu ni tidak memungkinkan aku top up blog ni. Kekadang tu pi ubat org jam 12 ke atas baru balik rumah...bukan ku pinta tapi inilah yang dikatakan sebeb musabbab yang segalanya telah diatur sejak azali. Cuma kelainan 2,3 minggu ni semunya kes sihir je aku jumpa. Tengah2 ubat pesakit, si onar top up. ini yang melambatkan kerja aku. Teringat pesanan sifu lawan dengan surah al-fil / lahab. Terbaru ikhlas niat bom...ada juga aku test bom dengan ikhlas, bila rujuk sifu sasaran tidak menepati. Kesimpulan bom dulu baru cakap kat jin...mudahan2 jadi pengajaran kat aku utk masa mendatang.

Monday, February 16, 2009

Zikir Penenang Jiwa




Sekiranya jiwa anda resah, banyak masalah sila amalkan surah as-syarh surah al-kauthar


cara pengamalan, baca sebanyak as-syarh 7x setiap kali selepas solat dan al-kauthar bila waktu lapang.jadikan ia sebagai zikir hati . Insya allah akan berlaku perubahan pada diri kita apabila diamalkan.


Sunday, February 8, 2009

Zikir Pendinding Yang Ringkas

Zikir ini saya sediakan khusus untuk pesakit-pesakit saya. Walaubagaimana pun saper2 boleh amalkan dan jadikan ia sebagai zikir.
Zikir 7

Zikir 7 sangat feleksibel bergantung pada niat apa yang anda mahu. Niatkan ketika bacaan ke 7. Boleh diniatkan untuk bom, lingkaran api dan aper-aper je. Kebiasaan saya sarankan niat berada didalam lingkaran api supaya diri kita dilindungi dengan izin Allah. Izajah ini saya dapat daripada guru saya al-fadhil ust Adnan b Che Abu

Adapun Zikir-zikir yang dibawah ini sini saya sediakan untuk dijadikan sebagai pendiding untuk semua lapisan masyarakat. Ijazah ini saya dapat daripada guru saya Cikgu Roslan b Yasin.Mudah-mudahan memberi manfaat. Syukran untuk kedua-kedua guru saya. Mulakan dengan Al-fatihah hadiankan kepada Rasululullah, para sahabat, alik ulamak dan tok-tok guru kita semua.



1.Al-fatihah

2. Ayat Kursi

3. Yasin 1-9



4. Surah As-Syarh


5. Surah Al-Fil


6. Surah Quraisy




Tambah surah al-asr untuk semua jenis bisa-bisa,gatal demam dan lain2.


7. Surah Al-asr





8. Surah An-Nasr




9. Baca 3 Qul

Niat minta kepada Allah agar melindungi kita dari semua gangguan jin dan seumpamanya.








Di sini juga saya sedia format MP3 berdasarkan ayat-ayat di atas yang telah berikan oleh guru saya cikgu Roslan. Boleh download..
http://www.ziddu.com/download/4436652/zikirpendiding2.MP3.html

Lakukanlah ia dimasa senang....insya allah mudahan2 memberi manfaat.

Seelok-eloknya setap kali selepas solat

Sunday, February 1, 2009

Peranan Isteri Untuk Suami Yang Liat

Kehidupan kita hari ini semakin hari semakin jauh dari matlamat sebenar Allah ta'ala utuskan ke muka bumi. Punca utama sepertimana peringatan Nabi "Hubbud dunia wa karahiyatul maut". Bukti yang jelas masjid2,surau kini sepi dari pengunjung2. Ke mana perginya penduduk2 taman, penduduk2 desa dan lain2 yang bergelar manusia. Alangkah malangnya mereka yg terkena penyakit ini. Justeru perlu adanya peringatan demi peringatan.
Isteri orang pertama yg perlu mainkan peranan. Halau suaminya ke masjid kerana di sana dia akan dapat bergaul dgn masyarakat. Ketahuilah wahai sang isteri, engkau juga mampu perolehi 27 darjat dalam solatmu sekiranya suami mu berjemaah di masjid/surau dengan syarat dikau solat di awal waktu. Maha adil Allah ta'ala kepada hambanya.
Ayuh ! gerakan lidahmu dan pancaindera yang lain agar suamimu memijak kakinya ke surau/masjid yg kini hanya dimonopoli oleh gol. berumur.