Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Tuesday, March 23, 2010

Mengikuti Kuliah Ustaz Zahazan

Bertempat di surau austrol park
bermula sekitar jam 9mlm.
" Nasihat bagi mereka yang hatinya mati "
Ust Zahazan ketika menyampai ceramahnya




Alhamdululillah, inilah pertama kalinya saya dan teman-teman dapat bersama dengan seorang tokoh ulama muda. Kehadiran amat menggalakkan. Macam ceramah-ceramah pas pulak malam tadi. Sesungguhnya amat beruntung sesiapa dapat mengikuti ceramahnya malam tadi.
5 isi penting untuk hati yang mati :
1. Membaca al-quran dan mentadabbur
2. Membaca al-quran sambil memahami maknanya.
3. Solat tahajjud ( qiamullail )
4. menziarahi orang-alim
5. berzikir/istighfar
Saya secara jujur tertarik dengan ulasan menziarahi orang2 alim...tak ramai dikalangan kita yang menziarahi orang alim....yang kebiasaan kita ziarah yang padanya tidak ada pada pandagan allah yakni kehidupannya jauh dari Allah. Justeru sudah tentu perbualan kita kepada banyak perkara-perkara fasiq ( rosak ) yang boleh mengundang kepada kerosakan dan kefasiqan hati kita. Contoh berbicara tentang game, permainan, bola, rancangan tv dan seumpamanya. Hasilnya setakat itu sahaja. Sebab itu hati kita mati dari mengingati Allah.
Sebaliknya jika kita menziarahi orang alim...sudah tentu yang terkeluar dari mulut mereka adalah nasihat yang baik yang kebanyakkan menunujukkan ittiba' nabi ( mengikut nabi ).
Betapa nikmatnya dapat bersama dengan orang yang banyak ilmu ni. Rugilah bagi mereka yang tidak dapat bersama.
Pemerhatian saya malam tadi, orang tempatan dari sabah tak ramai...sekitar 15% sahaja yang hadir..selebihnya adalah orang-orang dari semenanjung yang berkhidmat di Sabah. Di manakah lagi orang tempatan Sabah ??? Sesungguhnya perjuangan ini masih panjang. Betapa kecintaan mereka terhadap program2 islam ini masih jauh jika dibandingkan dengan program2 berbentuk juara lagu dan perihal maksiat ini....muhasabah diri : أدعوا الى سبيل ربك بالحكمة
Hampir 50% adalah dari kalangan ustaz/ustazah.....yang sememangnya mereka ini sudah mempunya latar belakang ilmu agama...warga lain tak tahu kemana.....?????
Kesimpulan : tanyalah iman sendiri


Sunday, March 21, 2010

Jom Bersama Ustaz Zahazan


Asslamualaikum...aku dapat berita ni dari seorang sahabat, makluman yang aku dapat ustaz Zahazan akan menyampaikan kuliah maghrib disurau ustrol park pada hari isnin 22/3/2010. Mudahan2 alfadhil ustaz dapat bersama dengan kita. Sesiapa yang nak reload ilmu bolehlah datang ke surau tersebut. Al-fadhil ust sebenarnya mendapat undangan khas dari petronas sabah tapi kuliahnya untuk petronas akan disampaikan pada hari selasa. Jom...........

Kembalinya Nenek Ku Ke Rahmatullah

sekitar jam 11 pagi, aku dapat panggilan dari mak yang nenenk sekarang sedang tenat dan nazak mengahadapi sakaratul maut. Aku masih lagi tidur kerana malam tadi jam 3pg dah bangkit untuk menghadiri jemputan kuliah subuh kepada pelajar2 yang menyertai kem anak soleh. sampai sana sekitar jam 4.30. Alhamdulillah sempat juga buat yang sunat2. So balik ke rumah sambung tidur lah sikit. Tut-tut jam 11 dapat panggilan nenek nazak dari ptg kelmarin lagi.
Aku terus bangkit coz agak terkejut juga..sambil2 tu cuba mencari jawapan apalgi yang nak dibaca supaya dipermudahkan menghadapi sakaratul maut itu selain dari surah yasin. Sempat juga scan keadaan nenek..bila di scan nampak gaya sekitar jam 4 ni may be ajalnya tiba. Sewaktu solat asar kat masjid, sempat bercerita dengan sahabat dan bertanya pendapat ayat apalagi yang nak dibaca ketika nazak...jawapan yang sama surah yasin tapi dengan bil 40 org. sekitar 2 minit untuk jam 5 ptg tergerak untuk call mak, mak cakap baru je 2 minit nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir...innalillahi wainna ilaihirojiin....
Kali terakhir aku melihat nenek ialah 1.1.2010 iaitu hari ketika aku datang semula ke sabah untuk bertugas....semasa bercuti tempoh hari alhamdulillah aku sempat melakukan rawatan untuk nenek. Biasalah kalau orang dulu-dulu ni banyak amalan-amalanya....sedar tak sedar kekadang benda ni penyebab untuk menyusahkan kita menghadapi sakaratul maut. Alhamdulillah seekor je sempat masuk islam...yang lain tu may be dah ajalnya...
Umur nenek ku sekitar 90 lebih..moga2 rohmu berada dalam kedaan yang diredhai.....

Friday, March 19, 2010

Download tafsir Ali As-sobuni

Tafsir Ali As-sobuni. merupakan satu tafsir yang cukup menarik, mengupas persoalan hukum hakam daripada al-quran. Bahasa yang digunakan senang difahami. Saya semasa dimesir menjadikan ia satu bahan pembentangan dalam usrah dan rujukan dalam memahami secara mendalam persoalan hukum hakam. Seingat saya harga kat mesir tak sampai RM 50. Kat Kelantan pun ada jual kitab ini bertempat dikedai ja'far Rawas. Sesiapa yang berminat boleh lah beli kat sana. Harga ana tak ingat. Boleh juga print deret kat sini.

Download Belajar solat kanak-kanak

Kekawan yang berminat untuk download flash belajar solat,boleh kat sini.....sangat menarik dan sesuai untuk anak2...
rugi kalu tak download

http://www.ziddu.com/download/9054381/solat.exe.html

Sunday, March 14, 2010

Download Tafsir Ibnu Kathir ( PDF )


Yang berminat untuk mendownload Tafsir Ibnu Kathir dalam bentuk PDF, dapatkan di sini. Sila copy URL dan paste semula.

http://www.archive.org/details/tqatqa

mudah-mudahan banyak manfaatnya.

Thursday, March 11, 2010

Kabinet TV

Dari kabinet dapur tetiba dapat llham buat je kabinet TV.

proses cat bermula

proses deko-deko, isteri yang ambil peranan
siap..ini hasilnya



Sunday, March 7, 2010

Kenangan Di Bumi Tanta Episod 1

Tanta dalam ingantan....1999-2003 satu2nya memory dalam hidupku yang tidak aku lupakan...terima kasih buat ibu dan ayah yang bersusah payah menyara pembiayaan semasa disana...seseungguhnya pengorbanan kalian amat berharga dalam hidupku.
Dilembaran blog ini, aku nukilkan tidak lebih sebagai zikrayat( kenang-kenangan ) imbasan lampau bersama tema2 dalam satu team.
Acara menembak...Alhamdulillah aku peserta penembak paling tepat pada masa ni


Kepenatan berada di ma'rad kitab, makan sekejap kusyari ( makan mesir ) best juga walaupun pada mula sampai kat mesir sukar untuk ditelan.






nah...ini kitab yang aku beli....banyak juga


di Zoo Iskandariah




Malam kebudayaan.





Sekali-sekala kena turun ke padang juga...masa ni musim sejuk.tu pasal tebal je baju tu