Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Thursday, October 22, 2009

wahai anak-anak ku


Anak-anak ku yang disayangi, ingat pesanan abi, besar nanti jadilah tentera-tentera Allah yang sentiasa menyumbangkan segala jiwa ragamu demi perjuangan islam. Usah gentar dengan segala ujian dan tohmahan, kerana semua ini adalah fitrah dan sunnatullah. Janji Allah pasti kan tiba....islam akan mentadbir suatu hari nanti.
Anak-anak ku.....cita-cita abi nak jadi hafiz quran tak kesampaian....dikaulah yang bakal meneruskan cita murni ini.....Ya Allah Engkau Maha Kaya, Engkau Maha Mendengar bisikan hati kecil ini, kurniakan kami anak-anak yang soleh/solehah..alangkah beruntung hamba-hambanya yang memiliki anak yang soleh dan solehah. Aku rindukan suasana seperti itu...Amin.....ya rabbal alamin....

Rehlah ke Kundasang dan Poring

aktiviti kupas durian

tengah bakar ikan dengan cikgu lan




view gunung kinabalu



sejuk bangat ni......




view gunung kinabalu.....sorang lagi anak aku tak der kat sini...



jambatan poring


bestnya dapat mandi budak2 ni.....



Cuti Depavali, kami satu family pi rehlah kundasang, bersama kami 2,3 family lagi....ambil masa sekitar 2jam 30 minit untuk sampai ke sana....

Wednesday, October 7, 2009

Ribut Melanda, Apa harus kita lakukan ?




Semenjak akhir-akhir ini sering kali kita dilanda ribut, meskipun tempias dari negara2 jiran, boleh tahan juga bila terkena....hakikatnya ia adalah musibah yang datang dari Allah. Sesetengah orang khususnya mereka yang berpendidikan tinggi menganggap ini adalah bencana alam. Tidak ketinggalan dikalangan pimpinan tinggi kerajaan juga pernah mengungkap perkataan sedemikian"bencana alam". Sedangkan islam mengajar kita segala kerosakan dan kemusnahan alam ini adalah hasil daripada tangan-tangan manusia sendiri.

Apapun sebagai hamba yang daif dan kerdil, seharusnya kita memohon kepada allah agar dijauhi dari segala musibah ini. Ucaplah perkataan إنا لله وإنا إليه راجعون apabila ditimpa sebarang musibah. Ayat ini sebenarnya tidak dikhususkan kepada kematian semata-mata malah ia seharusnya dilafaz dan digunakan untuk semua musibah.

Antara yang mungkin harus kita lakukan disaat genting berhadapan dengan sebarang bala dan musibah ini, lakukanlah :
1) solat sunat hajat, mohon kepada Allah untuk tolak bala.


2) baca doa-doa ini mengikut jenis-jenis musibah :


a) kebakaran سَلاَمٌ عَلَى إِبْرَاهِيمْ فِي الْعالَمِينِ



b) taufan / ribut : سَلاَمٌ عَلَى سُلَيْمَان فِي الْعَالَمِينْ




c ) Banjir : سَلاَمٌ عَلَى نُوحٍ فِى الْعَالَمِينْ




Bacalah doa ini sebelum dan ketika berlaku. Ulangi ia berkali-kali dengan harapan Allah menjauhi kita dari segala musibah.




Thursday, October 1, 2009

Download Kitab Fathul bari


Dapatkan kitab Fathul Bari dalam bentuk word. Terdapat 44 fail didalamnya. Kitab ini menggunakan bahasa arab....kena rujuk kamus lah....kamus yang paling baik berguru...
downlaod disini atau link kat sebelah kanan blog ini dibahagian muat turun pc

Gempa Bumi Ingatkan Kita Hari Goncangan

Akhir-akhir ini kerap kali berlaku gempa bumi...hari ini berlaku di negara2 luar...malaysia setakat ini selamat lagi....kajian mengatakan kerana faktor kedudukan bumi Malaysia terselamat dari ancaman gempa dan seumpamanya. Gempa bumi dalam bahasa melayu...dalam bahasa arah disebut zilzal/zalzalah. Saya sendiri ketika menuntut di al-azhar 1999-2003 pernah 1x mengalami situasi gempa bumi..ia berlaku hampir 7 saat...tapi tidak kuat....sekali rasa macam katil kena goyang....hakikatnya inilah yang dinyatakan dalam hadis nabi antara tanda0tanda qiamat semakin hampir kerap kali berlaku zalzalah. Marilah sama-sama kita hayati dan fahami isi kandungan dari surah ini. Dalam surah ini secara jelas dan terang menceritakan tentang goncangan bumi yang akan berlaku disaat hari qiamat nanti....insya allah jika ada ruang untuk khutbah jumaat nanti, saya akan membicarakan topik ini...dan insya allah saya akan cuba kaitkan dengan sains dan logik akal tentang bagaimana benarnya firman Allah ini.

maksud ayat :
1) apabila bumi digoncang dengan segoncangnya
2)nescaya bumi akan memuntahkan segala isi perut yang terdapat dalamnya
3)dan manusia bertanya "mengapa berlaku begini"?
4)pada hari itu menceritakan beritanya
5)kerana tuhanmu telah memerintahkan yang sedemikian itu
6)pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam2, supaya diperlihatkan kepada mereka balasan pekerjaan mereka
7)barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walaupun sebesar zarrah nescaya dia akan melihat balasannya
8)barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walaupun sebesar zarrah nescaya dia akan melihat balasannya.

download ust zahazan punya syarahan tafsir surah zalzalah