Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Thursday, September 24, 2009

Mana Milik Kita ?


Allahu akbar! Allahu Akbar...bagai nak menitis air mata bila terkenangkan almarhum menyampaikan lagu ini.....cukup bermakna rupanya lirik ini...walaupun pada asalnya jika diperhatikan lirik ini tidak menepati susunan seperti bait2 lain. Tinggalkan soal kesesuaian bahasa...perhatikan hakikatnya terdapat unsur yang mendalam antaranya rukun iman dan konsep beriman kepada qada' dan qadar serta konsep tawakkal kepada Allah.

Sama-sama hayati lirik ini dan juga boleh juga donwlond mp3nya sekali bagi yang berminat.

Mana milik kita ?
Tidak ada milik kita
semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
kita hanya mengusahakan sahaja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakan
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kita punya
kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
yang memberi segalanya
malulah kepada Allah
Kerana Milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang kita ada
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita disisinya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

http://mediafire.com/download.phd?zkzrjyinnmw

Saturday, September 12, 2009

Hulurkan Zakat Untuk Kawasan


Mesej yang ana baru terima, kepada sabahat2 ana kawasan putatan, arahan dari YDP agar zakat kita tahun ini disumbangkan kepada Pas Kawasan Putatan...Mohon kerjasama....sila berhubung dengan ust Abd Mujib. Sebarkan kepada sahabat2 lain yang memahami tuntutan ini...

Monday, September 7, 2009

Download Resepi Kuih Muih

Sesiapa yang terasa nak makan kuih muih kelate boleh lah download kat sini....ana sediakan dalam bentuk publisher...boleh print terus.....melebihi 15 resepi dan kurang dari 20 resepi. Kami 1 familya baru 2,3 kuih je baru buat...kalu dah buat tu jangan lupa past kat ana tu...susah-susah anak siapakn buku resepi ni...hihi..

http://www.mediafire.com/download.php?zhnf3ymmtym

selamat menjamu kuih muih...

Peluang untuk Mewaqafkan Harta Fi Sabilillah

Cepat...kita pakat rebut peluang untuk pelaburan akhirat...sementara ramadan masih dalam genggaman kita....terlalu banyak tawaran yang dijanjikan Allah....jangan sia-siakan usia dan sedikit rezeki kurniaan allah untuk islam. Sesiapan yang berminat untuk beli harta waqaf..bentuk bangunan pasti ( pusat asuhan tunas islam ) di sempelang Kota Kinabalu bolehlah menghubungi ana ditalian 0138898706.
Anda boleh juga memasukkan terus ke akaun no B.Islam 10016010025973

Untuk 1 Lot RM 50 sahaja...boleh beli berapa banyak yang anda mahu....insya allah ganjaran cukup besar lebih2 lagi bulan ramadan ni. Di sini ana sediakan beberapa keping gambar.







Gambar ini di ambil ketika perasmian yang disempurnakan oleh YB Nasaruddin Mat Isa
Mudah-mudahan waqaf yang anda infa'kan akan diberi ganjaran yang setimpal. Amin....

Manfaatkan sisa buangan


Alhamdulillah, puasa kali ni aku dapatkan siapkan kerusi hasil dari sisa buangan. Aku pungut ditempat pembuangan sampah kat pasir putih...akhirnya menjadi juga.






Friday, September 4, 2009

Zalimnya Hukuman Manusia


Manusia memerah otak memikirkan bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah. Seringkali jawapan yang diberikan oleh otak manusia tersasar dari yang sepatutnya.Dalam usaha menyelesaikan jenayah, manusia memerah otang mencari jalan untuk mengatasinya. Lain negara lain caranya, lain undang-undangnya dan lain kaedah menghukumnya.Bila dicadangkan penyelesaian dengan kaedah yang ditetapkan oleh Allah, ramai yang kata itu zalim, kejam! Mereka lupa hukum Allah mempunyai ruh NAKALAN MINALLAH yang mampu menyelesaikan masalah yang manusia hadapi. Ia nampak menggerunkan, tetapi minima keperitannya, besar pengajarannya kepada manusia lain.Hukum ciptaan manusia, nampak canggih tapi menyiksakan, kejam dan tidak mendatangkan pengajaran kepada manusia lain. Yang paling utama, ia tiada ruh NAKALAN MINALLAH (pencegahan dari Allah).
Lihat gambar di atas. Ia adalah kesan hukuman sebat yang dilaksanakan di sebuah penjara. Fikirkanlah:
1. Yang membuat hukum itu ialah manusia yang tidak sunyi dari salah dan silap. Bukan dari Allah yang Maha Mengetahui.
2. Sebatannya hanya 10-15 kali atau 20 kali sahaja. Tetapi kecederaannya sangat serius. Ia dipukul pada satu tempat dari pukulan pertama hingga terakhir. Ini bercanggah dengan kaedah Islam.
3. Pesalah disebat di dalam penjara. Siapa yang nak ambil iktibar. Siapa yang akan insaf. Pesalah itu sendiripun tidak akan insaf. Bahkan akan timbul pula perasaan dendam terhadap pelaksana hukuman.
4. Pesalah diaibkan dengan didedahkan auratnya. Islam menyuruh hukuman dilaksanakan dalam keadaan pesalah lengkap berpakaian menutup aurat.
5. Fikirkan pula alat yang digunakan dan kekuatan hayunannya.
Terlalu jauh hukuman ini dari keadilan Islam. Bagaimana sesebuah negara itu akan mendapat pemeliharaan Allah apabila undang-undangnya menyimpang jauh dari panduan Allah.