Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Sunday, June 28, 2009

Inna Lillahi Buat Kembarku

Isyarat mata kiriku genap hari ke 5. Kata orang-orang tua, kalau mata kiri yang sentiasa bergerak-gerak, isyaratnya mahu menangis dan kalau isyarat mata kanan isyarat berita gembira. Dalam hati kecil ini sentiasa tertanya-tanya kenapa ni ????? Tergerak juga di hati kecil mahu bertanyakan perkhabaran dikampungku tapi ada sahaja halangannya. Hinggalah petang kelmarin sabtu sekitar jam 6 petang, aku mendapat panggilan dari kakakuku Mazlina " Jangan terkejut ye "....terus darahku tiba-tiba naik....Sabki belum lagi dijumpai tenggelam tak timbul-timpul..sayu rasanya hati ini di saat itu....kenapa ujian datang disaat aku dalam situasi isteri belum habis pantang bersalin....kalau sudah habis pantang atau sudah ada kekuatan segalanya, pasti aku ringankan kakiku ini terbang balik kelate di saat itu juga. Namun segala perancangan itu Allah ta'ala telah aturkan.....Ya Allah berikanlah aku kekuatan menempuhi hidup ini....
Isteriku menyuruh aku pulang, kejam rasanya kalu aku berbuat demikian...Aku redha atas pemergiannya. Orang yang selalu bertengkar dengan aku semasa kecil kini meninggalkanku buat selamanya. Jarak kami berdua cuma 5 minit sahaja. Aku yang keluar dulu kemudian barulah dia. Meskipun kami kembar tapi kami langsung tidak seiras malah bila kami berdua orang akan kata kami ni macam tidak kembar.
6 pg tadi sesudah subuh, aku menelefon kat rumah kelate.......kebetulan isterinya siti yang angkat, bunyi suaranya sudah membuatkan air matanya mengalir....aku tidak dapat menahan air mataku ini....lantas aku melontarkan kata-kata padanya..." sabar ye Siti " hanya itu yang aku mampu lontarkan.
Ya allah.......hambamu yang daif ini memohon keampunan buat saudara kembarku ku Mohd Sabki binti Halimah....Ampunilah segala dosa-dosanya yang lalu.

Biodata kami berdua :
Mohd Sabri b Ibrahim dilahirkan 5.12.1978 hingga ..???????????

Mohd Sabki b Ibrahim dilahirkan 5.12.1978 hingga 27.6.2009
hanya meninggalkan isterinya sahaja....zuriatnya mati sebelum bersalin dan hingga ke hari ini tidak dikurniakan rezeki...

al-fatihah buat saudara kembarku....mudah-mudahan segala bekalan yang engkau bawa mampu dijadikan hujjah dan syafa'at di alam sana.

Wednesday, June 24, 2009

Terkenang Kat Anak 2 orang Ini


Cuti bersalin isteriku telah pun habis...tambah lagi 2 hari pun dah habis....so kembalilah aku ke sekolah menjalankan tugas......yang menjadi mangsa si 2 orang hero ku ini.....untuk sebulan ni mungkin aku terpaksa letak mereka di pasti kebetulan disana ada tempat mengasuh....hari ni sudah hari ke 3 hantar mereka.....yang paling syahdu....mereka akan menangis tak mau tinggal sana...si abang pada mulanya seronok mau pergi sekolah..tapi masuk hari ke2, dia tak mau pergi....aku terpaksa pujuk dengan pisang goreng....hari ni pujuk dengan ais krim...esok entah apa lagi yang bisa memujuk hati mereka....si kecil yang paling menyahdukan hatiku.....dia manja sedikit....kelmarin hampir mengalir air mataku melihatkan mereka menangis kesedihan......sabarlah anak-anakku.....sementara tunggu ummimu ada kekuatan....

...

Friday, June 12, 2009

Ahlan Wasahlan Buat Puteri Baru

Allahu akbar.....mengalir air mata ini setelah sekian lama inginkan bayi perempuan. sebelum tepat jam 11.25 pg ketika dibilik bersalin, aku tetap memberi semangat kepada isteriku yang hampir tak bermaya agar kuatkan semangat, alhamdulillah allah permudahkan. Tepat jam 11.25 pg pada 17 jamadil akhir 1430/11 jun 2009 isteriku telah berjaya melahirkan seorang bayi yang seberat 3.4 kilo. Hampir seminit lebih aku tertanya2 lelaki atau perempuan sebab penglihatan aku terhalang. aku cuba bertanya doktor, lelaki atau perempuan, doktor sambil tersenyum melihat aku, tiba2 penglihatanku jelas melihat jantina. Aku terus melontarkan ucapan tahniah buat isteriku kerana Allah maqbulkan doa kita. Betapa pada masa itu air mata ingin mengalir tapi ku tetap mengawalnya. Namun tempiasnya tetap ada. Ku sujud syukur padamu Ya allah. Kami bercadang meletakkan namanya sebagai Nur Jannah/Nurul Jannah yang bermasud cahaya syurga.
gambar ini setelah 5 jam dilahirkan
أهلا وسهلا الى الأرض الدنيا

Mengiringi Pasukan Kawad Kaki Ke N9

Bertolak dari airpot Kota Kinabalu 10.45pg





Pasukan kawad kaki bergambar kenangan di SM Teknik Tuanku Jaafar

Tiba di Airpot Kota Kinabalu pada 10 jun 09 tepat jam 10.10pg

Lama Menyepi Kerana Terlalu Sibuk

Hampir 3 minggu aku tak sempat memasukkan berita2 terkini. Keadaan tidak mengizinkan. Kali ni aku ditugaskan sebagai Pengurus pasukan kawad kaki sekolah setelah cikgu Diah dan cikgu Haslinda pindah sekolah. Berat rasanya untuk memikul sesuatu tugas yang diterima kerana tugas sebagai penyelaras j-QAF pun tidak terlaksana secara tersusun lagi. Apapun semua itu satu cabaran dan pengalaman yang perlu aku hadapi. Alhamdulillah sedikit sebanyak ada juga mematangkan aku dalam bergerak dan menyusun strategi.