Sila Klik Gambar Bawah untuk ke Blog Baru Saya

Tuesday, April 28, 2009

Kenduri Naik Quran

Tahniah kepada Syahirah dan Akmal kerana berjaya menghabiskan iqra' dan naik quran.
Kenduri Pulut kuning yang di order khusus meraikan Syahirah dan Akmal

Saudara Abg Aziz memberi sokongan moral kepada anakknya


Terima kasih atas makan pulut kuning beramai-ramai.


Friday, April 24, 2009

Belajar Tajwid Melalui Flash

Kalu nak belajar tajwid melalui flash...buleh lah download kat sini..kawe dah buat link....harap2 banyak faedahnya........tapi sebaik-baiknya cari lah tok guru untuk belajar, kemudian tasmik dan talaqi musyafahah. Itu hok paling molek. Dok gitu deh....!!!!

Pahtu buleh lah kalu nak download gak....free joh....
http://www.ziddu.com/download/4436511/TAJWID.EXE.html

Thursday, April 23, 2009

Iri Hatiku Melihat Kecekalanmu

Sumber: http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/04/kenangan-juang-bersama-ayah-chik.html
Kenangan Juang Bersama Ayah Chik

Assalamualaikum , salam perjuangan terlebih dahulu saya hulurkan buat Ayah Chik semoga senantiasa dikurniakan taufiq dan hidayah , jua ketabahan jiwa yang tinggi dan mantap dalam memimpin sebuah bahtera perjuangan yang besar meredah samudera luas dan buas .

Saya memohon maaf berbanyak maaf jika kenangan on line ini mengganggu penumpuan Ayah Chik dalam mengemudi bahtera saat laut kian bergelora dan gelombang kian mengganas .

Saya yakin , melalui susur galur pentarbiyyahan yang pernah dilalui oleh Ayah Chik pula berbekalkan pengalaman yang luas sebagai seorang pejuang yang tidak pernah penat dan lelah mengharungi cabaran , rintangan dan halangan di sepanjang jalan , Ayah Chik cekal menghadapi apa jua situasi sukar .

Biarpun kini wajah dan jasad Ayah Chik semakin dimamah usia namun jiwa kental dan hati waja seorang pejuang yang diamanahkan oleh ummah untuk menjulang panji syariah masih terserlah . Pastinya semangat Ayah Chik tidak akan luntur apalagi mundur hanya kerana kedengaran dentuman petir dan kilat di langit , kerana sebelum ini sudah biasa basah dihujan dan goyang diribut .

Saya telah mengikuti dari dekat perjuangan Islam yang digerakkan oleh Ayah Chik sejak tahun 1984 , sedang tika itu saya hanyalah seorang murid bertatih baca alif , ba , ta di tingkatan 2 sekolah menengah kebangsaan . Setiap hujung minggu saya akan ke pekan sehari untuk membeli kaset ceramah Ayah Chik dan Ayah Ziq [ Tok Guru Nik Aziz ] yang diterbitkan oleh Pustaka Jihad [ kalau tidak silap saya ] .

Amanat Hj. Hadi

Tidak perlulah saya meriwayatkan kisah yang sedia diketahui umum . Cuma apa yang saya mahu kenangkan kembali ialah bagaimana Ayah Chik telah membawa satu gelombang kebangkitan Islam dengan meletakkan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang benar - benar menepati piawaian sebuah gerakan Islam yang tulen .

Bergandingan dengan Al Marhum Tuan Guru Hj Yusuf Ar Rawa , Al Marhum Tuan Guru Hj. Fadhil Noor dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat , Ayah Chik mara memobilisasi kesedaran rakyat yang bermula dengan pemantapan aqidah perjuangan mereka .

Amanat Hj Hadi menjadi popular malah seluruh markaz PAS ketika itu akan menyimpan amanat tersebut di dalam frame tergantung di dinding . Bermula dari mak cik dan pak cik di kampung dan desa hinggalah kepada ikhwah dan akhawat mahasiswa university mula menyahut seruan jihad ke arah mendaulatkan Islam di atas tanahair tercinta .

Nabi Hadi dan Nabi Fadhil

Ayah Chik gigih ke serata negeri memenuhi undangan membelah kubu kuat UMNO yang berserakan di seluruh negara . Membangkitkan kesedaran , menyemarak semangat juang , membekalkan ilmu , menambah ahli serta cawangan dan menggerakkan jentera parti di semua peringkat agar aktif mendepani cabaran faham sekular yang dibawa oleh UMNO dan BN .

Melihat sambutan luar biasa rakyat dari seluruh negara terhadap dakwah Ayah Chik bersama PAS , akhirnya Ayah Chik dan Al Marhum Tuan Guru Fadhil Noor difitnah oleh UMNO dan BN kononnya mereka berdua [ Ayah Chik dan Ust Fadhil Noor ] akan menjadi nabi Melayu menjelang usia 40 tahun . Fitnah ini terpampang di dada - dada akhbar . Ya ... saya masih ingat !

Nyata segalanya tidaklah melemahkan semangat Ayah Chik untuk terus menongkah cabaran . Melalui Kuliah pagi jumaat dan Khutbahnya di Masjid Rusila , Ayah Chik membina fikrah Islami yang syumul dikalangan ahli yang rata - rata belum jelas hala tuju perjuangan mereka . Suara mimbar Rusila terus bergema menguasai ruang udara , membentengi ummah dari wabak sekular yang disebarkan oleh UMNO dan BN .

Masjid Rusila menjadi pangkalan kebangkitan Islam ketika itu . Nama Masjid Rusila terus masyhur ke serata dunia serentang dengan kehebatan al Qum di zaman pemerintahan Khomeini. Malah para pemimpin Gerakan Islam di peringkat antarabangsa lebih mengenali Rusila berbanding Taman Melewar pada waktu itu .

Seangkatan dengan kemasyhuran Masjid Rusila ialah Masjid Pulau Melaka di Kelantan yang di pimpin oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nikmat .

Bertolak dari dua masjid inilah , bersama sentuhan 2 Tok Guru [ Ayah Chik dan Ayah Ziq ] , sinar Islam terus memancar menerangi kegelapan ummah . Sehingga kini , hampir tidak kedengaran lagi mereka yang berani mengatakan politik suku agama suku sebagaimana sebelumnya , kalimah ini senantiasa meniti di bibir pemimpin UMNO dan BN .

Ayah Chik juga dinobatkan sebagai ulama' bertaraf antarabangsa . Sebaris Dr Yusuf Al Qaradhawi , Qadhi Hussein , Mehdi Akif , dan lainnya dalam menganggotai majlis Gerakan Islam antarabangsa , Majlis Pembebasan Al Quds dan Majlis Taqrib Mazahib di peringkat antarabangsa .

Tentu sahaja air tangan Al Marhum Mujahid ulung Said Hawa rhm ini benar - benar menjadi , bak mutiara buat ummah sepanjang zaman khasnya bagi ummat Islam di blok Nusantara ini .

Jauh Ayah Chik meniti ranjau , sehinggalah kini Ayah Chik diamanahkan sebagai Presiden PAS . Al Marhum Yusuf Rawa dan Al Marhum Ustaz Fadhil telah lama meninggalkan kita semua . Kini tinggal Ayah Chik bergandingan dengan Ayah Ziq memimpin parti .

Malang cabaran mutaakhir ini ternyata lebih liar dan cukup menguji ketahanan kepimpinan 2 Tok Guru ini . Namun saya doakan agar mereka terus diberikan kekuatan luar biasa bagi menyerap segala tekanan dan terus gemilang memacu perjuangan yang masih jauh destinasinya .

Ayah Chik , usahlah resah dan risau biarpun diluar sana kedengaran suara kritikan keras ke atas gaya dan cara kepimpinan Ayah Chik . Bagi saya , mereka berhak untuk melahirkan rasa tidak puas hati selama mana masih dalam frame akhlak dan adab berbeza pandangan . Segala kritikan boleh diambil secara positif untuk muhasabah dan sempadan dalam gerakkerja kita memimpin perjuangan ini .

Selama Ayah Chik benar dan ikhlas memimpin perjuangan ini , saya sangat yakin pertolongan Allah swt akan senantiasa mengiringi perjuangan dan kepimpinan Ayah Chik sementara anak - anak buah yang dididik sekian lama akan terus mengantar doa restu mereka agar Ayah Chik sabar dan tabah seterusnya dipelihara oleh Allah swt .

Wednesday, April 22, 2009

Ijazah Solat Hajat Dari Guruku

Pelbagai cara dan kaifiat untuk melakukan solat hajat. Terpulang kepada individu itu sendiri untuk melakukan bagaimana caanya. Apa yang saya catatkan di sini berdasarkan pengalaman 2 orang guru saya bila berdepan dengan kes-kes berat yang melibatkan sihir yang berat-berat. Guru-guru saya menyarankan agar dilakukan solat hajat ini.

Kaifiat 1 : 2 Rakaat ( Dari Cikgu. Roslan )

Rakaat pertama : Fatihah , Ayat Kursi 11x atau 21 x
Rakaat kedua : Fatihah , Ayat Kursi 11x atau 21 x

Kaifiat 2 : 4 Rakaat 2 Salam ( Dari Ust Adnan )

Rakaat pertama : Fatihah , Ayat Kursi dan surah ikhlas 10x
Rakaat kedua : Fatihah , Ayat Kursi dan surah ikhlas 20xsalam
Rakaat ketiga : Fatihah , Ayat Kursi dan surah ikhlas 30x
Rakaat keempat : Fatihah , Ayat Kursi dan surah ikhlas 40x
selepas salam terus membaca ayat seribu dinar 40x dan terus minta dengan Allah

Tuesday, April 21, 2009

Ziarah Proton Exora




Kelmarin pulang dari sekolah aku singgah sat proton edar di putatan, sajer-sajer tengok produk baru dia...selesa juga bila dok atas tu....macam wish pun ada design dia kat dalam. Berkenan juga dihati nak ambik tapi kena ukur baju sendiri.

Monday, April 20, 2009

Kisah Ulit yang wataknya menggoda

Sabtu malam selepas insyak sekitar 9 malam, ingatkan aku dapat rehat panjang sesudah penat sehari di sek bersama budak-budak di KEm bestari solat tapi ia tidak begitu. Izzat call aku minta datang tengok Si ???? lagi....dalam hati ada yang kacau lagi ke....Sebelah petang masa di sekolah sudah ada isyarat kat tangan dan malam pun sudah ada gelombang datang jenguk aku rupanya. Sesudah solat isyak ( malam ni solat kat umah bersama isteri je coz tak larat nak pi masjid ) aku pun pi lah ke rumah abg Nik. Tak pasal-pasal dengan sebab ada kes-kes begina antara kami semua jadi akrab. Macam sebuah keluarga. kepada abg Nik n Izzat jangan segan-segan bagi tau kalau-kalau ada masalah. Yakinlah semua ini adalah ketentuan Allah....dia dah susun semua itu.
Kisah Ulit begini ceritanya....dia masuk sesudah jin pertama ditamatkan. Ingat dah tak der sekali dah masuk ke tubuh mula mau meloloskan diri....alhamdulilllah ada abg nik n izzat. So terus kunci dengan " abi Lahab " Assalamualaikum........waalaikumusslam. Awak !!! tolong lepas kan saya. Kenapa awak kacau dia ? aku tanya dia. Aku disuruh. Aku suruh pikat lelaki selain dari Izzat. Aku baik tak macam mereka ( Jin ) . Mereka jahat. Aku islam....Kalau kau islam kau tak kan buat kerja macam ni..Kataku kepada jin.....aku disuruh...aku diberi makan. Awaaaakkk !!!! lepaskanlah saya....memang menggoda betul coz suara dia lembut betul....Siapa nama kau ???aku bertanya kepada jin....' Ulit " kelakar betul namanya...Ulit kalau kau betul2 islam cuba mengucap dan baca Fatihah..Ulit menurut...maknanya betul2 islamlah...Awak nak bunuh saya kan ????? Sesama islam saya tak bunuh...tapi kamu janji jangan kembali lagi kepada tuan kamu...Kamu sekarang bebas dari tuanmu...Perhambakanlah diri mu kepada Allah yang mencitapkan kamu. Kamu pergilah belajar ke masjid nabi....( Ulit pejamkan matanya untuk melihat masjid nabi...) dah nampak masjid tu??? ye..saya dah nampak...Aku pergunakan jin Ulit ni coz dia islam dan kita bagi tazkirah sikit.....cakap tak boleh bohong dan aku pergunakan dia untuk scan.....harap2 dia tak tipu aku.....tapi padaku dengar je...percaya tidak 100%. Ulit !! ada lagi tak jin lain yang nak kacau dia...ada lagi......ok...ulit kau tolong tengok jap apa yang akan berlaku kepada jin2 yang nak kacau dia ni......aku mohon pada Allah beberapa biji bom peluru perpandu dengan bacaan surah ihklas.....Allahu akbar....apa dah jadi sekarang dengan jin2 tadi.....( tanyaku kepad ulit )...dah tak der...awak bunuh dia ke.???....tak saya hantar bom jer....Ulit minta upah....ngada2 betul...awak !!!!!!!! saya suka lah kat izzat....kata si Ulit dengan penuh menggatalnya....apa...!!! hitam macam ni pun kau minat ke????spontan aku perli Ulit....tak payah....Izzat dah ada orang punya...kalau kau nak pasangan nanti aku minta dengan Allah supaya datang dari bangsa mu sendiri. Ya allah hamba mu memohon agar didatangkan jodoh kepada Ulit yang sesuai dengannya ( baca surah ihklas )...hah......macam mana boleh ke ??? Ulit pun tengok disebelah dia ...boleh lah....Ulit saper namanya...malulah nak cakap....biarlah saya sorang yang tahu namanya...ok lah kalau begitu...

Ulit...sekarang kamu keluarlah tanpa mencederakan sedikit pun badan dia yer...sebelum keluar aku minta buat sumpah dulu tutup hijabnya dari melihat manusia...habis lah cerita Ulit....

Rindunya kepada sabahat2 Usrah Astro

Kesibukan seminggu dua ni membuatkan aku tidak dapat hadir ke usrah. Bila tengok muka-muka sahabat di blog abu nuha rindu pula kat depa-depa. Aku harapkan sahabat-sahabat mengerti keadaanku. Dalam masa 3,4 hari ni keadaanku lagi sibuk...tidur pun tak cukup. Ujian Allah pelbagai rupa. Tanggungjawab sesama islam perlu dilaksanakan. Aku anggapkan ia satu amanah disaat aku diperlukan. Aku harapkan setiap langkahku diredai olehmu ya Allah. Ujian ku kali ini boleh tahan kerana inilah yang paling kritikal aku alami. Kepada jin-jin suruhan yang cincang belakangku .....boleh kau tanya aku " kenapa sakit?????"alhamdulillah Allah ketemukan juga u all dengan ku kecuali yang satu tu ust Zahar sudah bereskan. 2 yang berbaki ketemu juga akhirnya. Bagiku pengalaman seperti ini harus apa pada pengamal perubatan islam. Bukan itu yang ku pinta tetapi hakikatnya kita tidak ada sikit pun kuasa. Semuanya milik Allah.....terdetik juga dihati....benteng aku tak kuat ke hingga boleh menembusi kulitku ini???? Nabi kita pun terkena sihir apatah lagi kita orang awwam ini. Soalan ini aku juga tertanya pada c.lan..begitulah jawapannya. Terima kasih atas peringatan itu....mungkin ini sebagai ujian kecil terhadapku......terima kasih kepada guru-guru ku al-adhil ust Adnan dan c.lan......

Friday, April 17, 2009

Ashabul Munjiyyat

Kepada sahabat-sahabat ana Team Munjiyyat ijazah dari al-fadhil ust Andan, boleh download bahan-bahan dan zikir-zikir yang di ambil daripada ust Adnan disini..ana dah upload.
Sila pastikan komputer antum ada Perisian Quran in word dan font jawi.
Download disini.


Buku Munjiyyat :
Download Manzil ( ayat 33 ) Sahaja :
Ayat Selusuh :
Doa Pembatal Sihir Imam Mutawalli Syarawi :

HizibAbdulQadirJailani :


Wirid Latif Imam Qutub Abdullah :

Thursday, April 16, 2009

Khutbah dimasjid al-hilal

Esok 17 april aku akan berkhutbah di masjid al-hilal....7 perkara yang diharamkan dan perlu dihindari...aku harap mesej ini sampai kepada penduduk disekitar petagas,taman jumbo dan putatan...nantikan esok...

Berhati-hati dengan kek Apollo


Assalamualaikum !!!!!!
kepada muslimin dan muslimat, ibu-ibu dan bapak-bapak....artikel ini saya terbaca ketika solat di masjid anak bulan tahun lepas, makanan ringan jenama apollo mengandungi shubhah dan meragukan kerana dimasukkan bahan ramuan yang dikatakan diambil dari babi ( ana tak pasti samada dagingnya atau kulitnya atau tulang ).
Istilah yang digunakan dalam bahan tersebut "Pengemulsi( distilled mono glyceride E471, polyglycerol ester E475 ). Sila pastikan kod tertesbut dalam bahan ramuan makanan ringan yang hendak dibeli kerana pada jenama lain pun ada kod ini. Ana pernah jumpa pada makanan ringan yang lain.

Kepada peniaga-peniaga islam, sila boikot semua jenama yang didapati shubhah. Jangan lupa yang lain-lain pun...seperti jenama nestle, danone dan lain-lain yang perlu diboikot.
kepada sahabat-sahabat , jiran-jiran, kenalan-kenalan...yang masih tak boleh tinggalkan makanan favourite ( kegemaran ) seperti Mcdonald , KFC, Pizza Hut dan yang seangkatan dengannya tolonglah tinggalkan.
Saya ada resepi KFC sendiri...lama dah kami 1 family makan. Paling simple dan mudah,murah dan menjimatkan. Saya dapat resepi ni dari kakak ipar saya dari perak.
Bahan-bahan :
1. Serbuk kari
2. tepung gandum + tepung jagung utk rangup
3. Garam
4. Putih telur
Cara-cara :
Bahan 1,2,3 digaul semua. Ayam dicelupkan terlebih dahulu ke putih telur lepas tu golek-golekkan ke dalam bahan yang digaul tadi. Sedia untuk digoreng. Insya allah halal dan sedap.
Kepada yang malas nak buat sendiri pakailah serbuk jenama HPA pun k juga coz itu produk muslim. Sebarkannnnn.....................!!!! Demi maruah islam untuk semua.

Tuesday, April 14, 2009

Tahniah dapat naik Quran

Adik Syahirah murid dari SKSG Tahun 2SK

Tahniah kepada adik Syahirah kerana berjaya menghabiskan bacaan iqra' dan berjaya untuk naik kepada al-quran walaupun terpaksa membaca 2x iqra' 6. Mudah-mudahan dengan berjayanya naik ke satu langkah ini mampu memperbaiki mutu bacaan. Kalau kesilapan lama diulangi, ust tidak teragak2 untuk turunkan smula ke iqra'.....kepada adik Syahirah baca quran rajin-rajin....baiki suara terutamanya. Tahniah sekali lagi.

Cermin Mata Allah

Allah turunkan kepada kita Al-quran untuk pelbagai kegunaan. Antaranya penawar segala penyakit. Tetapi ramai dikalangan kita manusia tidak ambil peduli tentang penawar ini kecuali apabila di dalam kesusahan. Di sini saya catatkan satu ayat daripada surah Qaf :
ayat 22.

Monday, April 13, 2009

Hari Keluarga Di Kawang

Sabtu 11/4 kami habiskan masa di Hutan Lipur Kawang. Apa yang best kali ni kedua-dua sifu turun. Ust Adnan dan C.Lan. TQ for all kerana sudi terima undangan kami.
Kenangan bersama sebelum masing-masing bersurai
Belakang dari tempat kami berdiri ialah air terjun setinggi 20kaki. Perjalanan dari bawah mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk sampai ke tempat air terjun ini. Cantik pemandangannya tapi waktu ni hujan lebat. Tak nampak apa-apa.

C.Lan bersama Ust Adnan


Ha.ha....best juga kat sini..sesuai lah untuk yang ada anak2 kecil coz risiko x tinggi.
Mudah-mudahan suatu hari nanti akan ada lagi pertemuan seumpama ini.

Sunday, April 12, 2009

Untuk Ibu Songsang

Bagi ibu-ibu yang mengandung songsang anaknya, bacakan ayat kursi sebanyak 40x pada air dan diminum air tersebut. Mudah-mudahan kandungan anak yang dikandung kembali normal.

Ayat Penambat Hati



Ayat ini digunakan untuk menambat hati suami/isteri, anak-anak. Lakukan ketika membasuh beras,memasak, membancuh air, membasuh pakaian dan sebagainya. Gunakanlah untuk kebaikan.

Friday, April 10, 2009

Surat Tuan Guru kepada YB Nga berkenaan Ayat Al-Quran

Oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
YB Encik Nga Kor MingADUN Pantai RemisMP TaipingPejabat EXCO Negeri Perak, IpohPERAK DARUL RIDZUAN.Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahteraYang Berhormat,Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universi ti, baik di IPTS atau IPTA.Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *

(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)

Menteri Besar Kelantan

MerangkapMursyidul Am PAS

Berpantun Dengan Jin

Minggu ni terlalu bz bagi ana hingga nak ngadap ternet pun kekadang malam-malam di saat mata-mata insan sedang dilena mimpi. Jumpa kes boleh tahan beratnya. Saka + sihir + sangkut tepi jalan. Kisah kali ni yang saka + sihir dah selesai selepas 2,3x buat. Esok malam tengah dok ajar budak2 ngaji kat umah, jiran sebelah umah datang lagi. Dia minta kalau boleh aku tinggalkan sekejap budak2 ni coz nak pi ambik pesakit ni. Rupa2nya tersadai kat tepi pokok pisang turun dari bukit Vor. So kami pun bawa balik rumah pakcik jiran aku ni.

Bila cek2 ada yang lain pula. Aku tanya dari mana tapi tak mau jawab. Apa lagi aku gunakan teknik baru dadahkan dia n pukau. Baru nak citer. Rupanya dari Hospital likas. Sangkut dari sana. Ate naper kau bawa dia lalu jalan bukit vor....sajer2 aku nak bawa dia jalan2. kata jin likas ni....so aku ajak dia masuk islam tapi dia tak nak.so aku habiskan jer lah dengan izin Allah.
Lepas tu datang pulak yang lain....rupa2nya dari pokok pisang bukit Vor. "Awat hang kacau dia"aku tanya dia." dah dia yang langgar rumah aku" Kemudian aku tanya dia kau kenal tak ust Zainal...aku tanya jin tu...." ye aku kenal , kenapa kau pun kenal dia" tanya jin tu...ye aku kenal dia. Aku selalu jumpa kat masjid hilal bila solat jumaat....tiba2 jin tu kata kat aku.." tak tanya pun" dalam hati aku hampeh betul jin ni........so aku pun keluarkan pantun ku " Buah nyo buah kelapa tak tanya tak apa" hah..kau jawab sekarang pantun aku.....sampai jin tu pun tergelak bila dengar pantun aku.....baru tau..terus tak terjawab pantun aku....begitu al-kisahnya .

Masalah Migren


Cuba amalkan setiap kali solat 3x, minta dengan allah.
banyakkan selawat syifa' paling kurang 100x sehari.Inyallah mudah-mudahn Allah izizkan.

Bacaan Sujud Sahwi


Thursday, April 9, 2009

Rumahku Di Teluk Villa


Rumah saya semasa dalam proses pembelian dan setahun tinggal di sana.
Januari 2008 hingga Nov 2008

Desember 2008 - Kini ( Belum bayak perubahan )

Kepada sahabat-sahabat dan pengunjung, inilah rumah saya di Teluk Villa Putatan. No 140 Lorong 1. Boleh lah datang ziarah-ziarah. Insya allah pintu sentiasa terbuka. tapi contek dulu coz takut-takut out station.

Sunday, April 5, 2009

Kenali Tok Kenali


Nama sebenar beliau ialah Mohamad Yusof Bin Ahmad. Beliau juga dikenali dengan nama timangannya iaitu Awang dan Awang Kenali. Akhirnya beliau dikenali sebagai Tok Kenali. Beliau lahir pada tahun 1287H bersamaan 1868M di Kubang Kerian, Kota Bharu. Bapanya seorang petani, manakala ibunya Fatimah adalah seorang anak tok lebai yang berilmu dan kuat ibadat dikenali sebagai Tok Leh.
Tok Kenali menjadi yatim sejak kecil apabila ayahnya meninggal dunia pada usianya yang baru mencecah 5 tahun. Seterusnya beliau dipelihara oleh datuknya, Tok Leh. Hasil didikan datuknya, Tok Kenali boleh membaca dan menulis sejak dari kecil. Ibunya pula sentiasa mendoakan agar anaknya ini menjadi orang yang berilmu dan dapat menyumbangkan ilmunya kepada masyarakat. Selain itu, nenek tirinya iaitu Tok Mek Ngah amat prihatin terhadap makanan dan minuman yang dimakan oleh Tok Kenali. Dia tidak membenarkan Tok Kenali makan makanan sembarangan sebaliknya beliau sendiri yang akan memasak untuk diberikan kepada cucu kesayangannya itu.
Pengajaran yang wajar diambil daripada kehidupan Tok Kenali semasa kecil ini ialah doa ibu terhadap anak dan makanan yang dimakan hendaklah dipastikan secara bersungguh-sungguh agar makanan tersebut bersih, halal dan suci.
Tok Kenali merupakan kanak-kanak yang pintar. Ekoran kepintarannya itu, semasa berusia 9 tahun, beliau telah dilantik untuk menjadi kerani oleh Penggawa atau Penghulu Kubang Kerian iaitu Tok Kweng Ahmad. Tugasnya ialah membilang pokok buah-buahan orang kampung yang berbuah untuk dipungut cukainya oleh Pejabat Penggawa. Tok Kenali mula belajar al-Quran sejak kecil daripada datuknya iaitu Tok Leh. Seterusnya beliau berguru dengan Tuan Guru haji Ibrahim. Ingatan Tok Kenali cukup kuat, sehinggakan pada usia 6 tahun, beliau sudah mampu mengingati dengan baik pelajaran yang dipelajarinya, di samping sudah dapat membaca al-Quran dengan baik.
Semasa Tok Kenali berumur 10 tahun, beliau berulang-alaik ke Kota Bharu yang jauhnya lebih kurang 8 kilometer dengan berjalan kaki. Usaha gigih yang dilakukan oleh beliau ini adalah semata-mata untuk belajar dan mendalami ilmu agama di Masjid Muhammadi terutamanya ilmu nahu Arab. Beliau berkeyakinan bahawa asas kepada pemahaman terhadap al-Quran dan hadis ialah penguasaan terhadap ilmu bahasa Arab terlebih dahulu kerana kedua-dua sumber utama dalam Islam diturunkan dalam bahasa Arab.
Ketika berumur 18 tahun, Tok Kenali melanjutkan pengajian agamanya di tanah suci Makkah. Kesungguhan Tok Kenali belajar ilmu di Makkah membuatkan Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad Bin Ahmad Zain Mustafa al-Fatani telah mengambilnya sebagai anak angkat. Selama lebih kurang 25 tahun menuntut ilmu daripada alim ulamak di tanah suci Makkah, membuatkan Tok Kenali berjaya menguasai pelbagai disiplin ilmu.
Tok Kenali berjaya menjadi seorang ulamak yang pakar dalam bidang nahu dan tatabahasa Arab. Dalam bidang fekah, beliau berjaya menguasai ilmu dalam keempat-empat mazhab iaitu Syafei, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Namun, mazhab Syafei menjadi asas kepada pegangannya. Dalam bidang tasawwuf, Tok Kenali mirip kepada aliran tasawwuf yang dibawa oleh Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali. Manakala dalam bidang akidah, beliau mirip kepada aliran Abu Hassan al-Asyaari dan Abu Mansur al-Maturidi.
Tok Kenali pulang ke tanahair untuk mencurahkan ilmu yang dipelajarinya pada tahun 1908. Beliau mengambil keputusan untuk pulang juga adalah ekoran kematian guru dan ayah angkat yang disayanginya iaitu Syeikh Wan Ahmad yang menghembuskan nafasnya yang terakhir di bumi Makkah pada tahun 1906.
Sekembalinya beliau ke tanahair, beliau telah mengasaskan penubuhan dua buah pondok di kampung kelahirannya dalam mukim Kenali. Selain mengajar di pondok, beliau juga mencurahkan ilmu di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Setelah kematian ibunya, beliau berhijrah ke Kota Bharu dan menjadi tenaga pengajar utama di Masjid Muhammadi yang sememangnya terkenal pada waktu itu sebagai pusat pengajian terbilang di Nusantara. Setelah 5 tahun tinggal di Kota Bharu, beliau kembali semula ke kampungnya dan mengasaskan penubuhan pondok di Kampung Belukar dalam mukim Kenali. Dakwah yang disampaikan oleh Tok Kenali mendapat sambutan hangat apabila berduyun-duyun orang ramai datang untuk menuntut ilmu daripadanya. Apatah lagi pada waktu itu, masyarakat begitu mencintai ilmu dan majlis ilmu.
Tok Kenali bukan sahaja terkenal sebagai ulama besar pada waktu itu, tetapi masyarakat juga begitu kagum dengan akhlak dan keperibadian yang ditonjolkan oleh beliau. Antara akhlak dan keperibadian mulia Tok Kenali adalah seperti yang berikut:
Sangat menghormati dan memulaikan ibu bapa. Beliau sering memohon restu daripada ibunya sebelum melakukan sesuatu.
Seorang yang zuhud, merendah diri, sangat pemurah dan suka menderma.
Sentiasa berusaha memenuhi jemputan dan undangan orang ramai. Beliau tidak menghampakan hajat masyarakat terhadapnya kecuali apabila beliau mendapat keuzuran.
Gemar beriktikaf di masjid, membaca al-Quran dan banyak berzikir kepada Allah.
Minat yang tinggi terhadap ilmu dan suka membaca.
Suka berjalan kaki.
Tidak bermewah dalam berpakaian, sebaliknya pakaiannya cukup berserdahana.
Penyabar dan tidak mudah marah.
Antara sumbangan Tok Kenali dalam masyarakat Islam di Nusantara ialah:
Mendirikan sistem pengajian pondok yang berkonsepkan pengajian secara 'halaqah'.
Menggalakkan sistem hafazan dalam pembelajaran bahasa Arab, tauhid, fekah dan tasawwuf.
Melahirkan ulama dalam pelbagai disiplin ilmu agama.
Mendorong pembukaan sekolah-sekolah Melayu.
Mengumpul dan menyimpan hasil kesusasteraan Melayu klasik.
Tok Kenali menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah 2 bulan diserang sakit kaki. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana menderita sakit kaki dan tidak dapat berjalan, namun beliau tidak pernah mengeluh di atas segala kesakitan yang ditanggungnya itu. Beliau meninggal dunia pada hari Ahad 2 Syaaban 1352 Hijrah bersamaan 19 November 1933 Masihi ketika berusia 65 tahun. Lebih daripada 2500 orang yang datang dari segenap pelusuk untuk menziarahi jenazah Tok Kenali. Lebih daripada seribu orang telah menunaikan solat jenazah untuk allahyarham Tok Kenali.

Keralekkan Menonton Upin & Ipin

Hari ni aku tak ke mana-mana. Just dok Umah jer mengasuh anak-anakku. Isteri ke muktamar muslimat hari ni. So bagi mengawal kenakalan dan gelagat anak-anak, aku buka citer upin & ipin.



Beginilah kesungguhan mereka berdua khusyuk tak terkata bila dah dapat tengok citer kegemaran mereka ni. Citer yang pada mereka tak jemu-jemu coz setiap hari tengok. Apa nak dikata.

Thursday, April 2, 2009

Mencari Khusuk Dalam Solat

Solat merupakan salah satu rukun islam yang wajib dilaksanakan dalam apa jua keadaan sekali pun. Apa yang ditakuti apakah solat kita diterima atau sebaliknya. Takutnya pada peringatan "maka celakalah bagi mereka yang mendirikan solat, orang-orang solat mereka lalai
" فويل للمصلين ألذين عن صلاتهم ساهون
Justeru kebayakan ulamak membincangkan cara-cara untuk mendapatkan kekhusyukan ketika solat.

1) Wuduk yang sempurna

2) datang awal ke masjid bagi yang solat berjemaah dimasjid atau seumpamananya dan lakukan solat sunat qabliyyah terlebih dahulu. Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat MB Kelantan dalam kuliahnya ketika membincangkan kitab Ihya' Ulumuddin ( إحياء علوم الدين ) tujuan solat sunat untuk memujuk hati kita kepada solat dan meninggalkan perkara2 dunia.

3) Betul dan rapatkan sof dengan cara yang betul iaitu menyamakan tumit dengan orang sebelah kita.

4) Baca doa " رَبِّ أّعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِين وَأَعُوْذُ بِكَ رَبِّي أَن يَحْضُرُونَ" dan baca surah an-nas

5) Memahami setiap bacaan dalam solat terutama bagi kita orang ajnabi ( bukan arab ) Takbiratul-Ihram & Takbir Allah Maha Besar.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujin ya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,Rahmatilah daku,kayakan daku,angkatlah darjatku, rezekikan daku,berilah aku hidayah,sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau sela watkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Mudah-mudahan memberi manfaat kita semua.